Sedang kita bergembira,
Saudara seIslam kita dihimpit sengsara.Kita disini bergelak ketawa,
mereka disina penuh derita dan kecewa.Usah kita berdiam diri,
Kerana Syria kini,
kian berdarah lagi.Semakin bumi hampiri usia tuanya,
Semakin giat si durjana itu menjajah,
Wilayah Islam kini diratah,
Bangunan bangunan dibuat punah.
Oleh mereka yang jiwanya mazmumah.Awan di langit kelihatan seolah menangisi,
Syria yang kini berdarah lagi,
Seolah awan memahami isi hati,
Mereka yang telah dizalimi.Anak kecil, wanita, mahupun warga tua,
Tak lagi dipeduli,
Diseksa sampai mati,
Dibunuh tanpa henti.Apakah manusia itu sudah hilang rasa kasih ?
Tidak kah sedikit pun mereka merasa sedih ?Ya, mungkin mereka tak lagi punya hati,
Takkan lagi merasa untuk mengasihi.Aleppo kini dipenuhi darah,
Menjadi mangsa nafsu serakah,Lantaran ,
Penyakit umat yang kian parah,
semakin lama semakin berpecah belah,
Menjadikan mereka semakin mudah dijajah .Berdoalah ,
Agar sinaran mentari pagi,
Kian menyinari bumi Syria ini.Agar kebahagiaan itu kembali lagi,
Kepada mereka yang hatinya suci.Semoga penderitaan yang kalian alami,
Akan diganti di Jannah nanti,Damailah kalian,
Menuju syurga ilahi.*15.12.16
Moga keamanan berpihak pada mereka, Aamiin.
puisi ni ada ambil ayat kerel sikit,, hoho thanks bro.