***
Tae cintakan Yerin ke ?
"Aku cintakan Yerin ke ?" gumam V seorang diri. Tapi cukup kuat untuk Yerin di sebelahnya dengar. Yerin menoleh.
"Kau sebut nama aku ke ?""Eh ? M-mana ada ! Perasan" balas V. Malu je kalau didengari Yerin, nanti mesti kena ejek dengan perempuan itu. Yerin memuncungkan bibir. Tak kisah.
V menongkat dagu, wajah comel Yerin direnung tanpa sedar.'Boleh ke aku jatuh cinta kat minah ni ?' V merenung Yerin lama. Lama sangat, tanpa dia sedar. Tiba-tiba dia disiku oleh Jungkook.
"Oi, V. Kau ni ushar apa si Yerin tu lama-lama ? Kot ye pun suka jangan la obvious sangat. Sampai blushing kawan tu" usik Jungkook. V tersedar, kalut dia duduk tegak semula. Dalam hati, dia kutuk diri sendiri. Yerin dikerling dari tepi. Wajah Yerin membahang.
'Macam mana aku nak ajak dia kahwin ? Mesti dia pelik kan ? Tetiba je. Hilang cool aku. Aish wahai otak berfungsi lah !!' Penat dia perah jus otak yang dah kering, akhirnya mentol karat menyala di atas kepala V.
"Yerin, kakak kau kat Seoul kan?"
"Er.. Ha'ah, asal ?"
"Bila kau nak balik Seoul ?" soalan dibalas soalan.
"Kenapa kau nak tahu ?"
"Jawab jelah soalan aku" V mendesak. Yerin mendengus. Asyik dia ja yang mengalah."Lusa"
"Yes !!" jerit V tiba-tiba. Semua mata memandang V pelik. Perlawanan bola tengah sengit tu, boleh pulak dia jerit yes. Gila ke ? V tersipu malu dan meminta maaf. Yerin memukul perlahan lengan V."Kau pehal tetiba jerit ?" V tersengih.
"Aku nak ikut kau balik Seoul"
"What ?!" giliran Yerin pula terjerit.
"Kau gila ke apa ?" soal Yerin separa berbisik.
"Aku serious lah. Aku ada kawan kat sana, sebab tu nak ikut kau. Boleh balik sesama" tipu V.
Yerin pandang V dengan riak tak percaya.
"Ish. Whatever lah" balas Yerin."Tempahkan tiket untuk aku sekali?" pinta V tanpa segan silunya.
"Ehh tempah la sendiri. Aku dah tempah dah pun untuk aku punya" Yerin menjelir lidah. V mencebik.
"GOAL !!!!" jerit pelajar-pelajar di situ setelah bola memasuki gol pihak lawan.***
Eunha melambaikan tangan kepada Jungkook. Sayangnya, hari ni Jungkook tak dapat hantarnya pulang kerana ada latihan bola keranjang. Eunha mula berjalan sambil telinganya disumbat earphone. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Yerin. Berkerut keningnya.
"Eh, Yerin ? Dia nak pergi mana tu ?" gumam Eunha sambil melihat Yerin memasuki sebuah teksi. Disebabkan dia tak ada hala tuju dan rasa ingin tahu yang membuak, Eunha menahan sebuah teksi dan menyuruh pemandu mengikut teksi di hadapan. Ala-ala filem gitu.
Teksi Eunha berhenti di tepi jalan. Eunha keluar dan berjalan mengejar Yerin. Dia mahu mengajak Yerin melepak. Hari ni mereka tak sempat berbual lagi. Tapi tiba-tiba tangannya direntap dari belakang, menghalangnya.
"Eunha ? Buat apa kat sini ?" soal V.
"Err.. Aku.." Eunha mencari kelibat Yerin namun dia sudah hilang. Pelik. Sekelip mata je dia hilang ? Dia pandang V semula.
"Kau buat apa kat sini ?" soalan V diulang. Genggaman dilepaskan.
"Saja jalan-jalan. Kau pulak ?"
"Sama lah" V menyilangkan tangan di belakang kepalanya. Eunha masih hairan ke mana Yerin menghilang.***
Yerin menghembus nafas lega kerana Eunha tidak lagi mengikutnya . Nasib baik ada V, sempat dia suruh V back up dia tadi.
Yerin memasuki bangunan JG Company itu. Seperti biasa dia akan ke pejabatnya terlebih dahulu. Hani menahannya di hadapan pintu."Cik Jung, betul ke Cik akan bercuti lusa hari ?" tanya Hani penuh sopan. Yerin senyum.
"Ya"
"Selama 4 hari ?" tanya Hani lagi, memastikan.
"Yep. Saya nak balik kampung" jawab Yerin.
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfic[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...