Sehingga hari ini, hari perkahwinan aku dan Emmir, aku masih lagi tak tahu apa pekerjaan dia. Bila aku tanya mama, mama kata suatu hari nanti aku akan tahu apa pekerjaan suami aku ni.Tak masalahnya, mama ke aku yang nak kahwin sekarang? Aku tanya ni bukan sebab aku pandang sangat pekerjaan dia tu. Aku cuma nak tahu je. Yelah aku nak tahu sebab ini masa depan aku jugakkan? Huh
Tapi time mama kenalkan aku dengan anak aunt Roziah ni, mamat ni kata dia kerja sendiri. Sendiri macam mana tu? Nanti dah kahwin nak bagi aku makan apa? Kalau muka hensem ingat hari-hari aku pandang muka dia tu boleh kenyang ke? Ha . Tak tak aku tak marah pun, geram je.
Nak cakap dia hensem, ye lah jujur aku cakap dia memang hensem. Sekali pandang memang tak puas. Tapi tulah macam aku cakap tadi, takkan kalau setiap hari pandang muka dia tu boleh kenyang kan?
Alah, tanyalah kat semua perempuan siapa je tak memilih bila pilih pakwe atau suami. Huhu
Aku memang lah memilih tapi takdelah cerewet sangat. Kalau dia kata dia kerja kerani kerajaan pun aku okay je. Aku cuma nak tahu dia kerja apa je. Itu je.
"Aku terima nikahnya Qaseh Adriana binti Idris dengan mas kahwinnya satu ratus lima puluh empat ringgit tunai."
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Al-fatihah..."
Dengan satu lafaz aku sah menjadi isteri kepada Emmir Haris bin Omar. Aku bukan lagi gadis yang single. Tanggungjawab aku besar sekarang. Jadi ister- erk aku taknak sebut perkataan tu. Em
xxx
Aku melangkah perlahan-lahan anak tangga menuju ke bilikku. Ugh inilah perasaan yang aku nak sangat elak.
Aku memulas tombol pintu bilikku dan masuk."Aik takde sesiapa pun?" desis hatiku.
Aku masuk dan cuba berlagak tenang. Aku menuju ke atas katil. Yelah nak tidur ni. Penat kot bersembang dengan saudara-mara yang lain kat bawah. Tak puas sembang diorang dah suruh aku naik atas sebab suami dah tunggu. Ada je benda yang diorang boleh sakat aku. Ugh.
Baru je aku nak pejamkan mata. Sebelah aku terasa tenggelam. Macam ada orang baring. Eh takkanlah Emmir kot ? Habistu siapa lagi kalau bukan dia. Ish Qaseh ni!
Aku taknak menoleh apatah lagi nak buka mata. Sudahlah aku tidur mengadap syiling dan selimut paras perut pulak tu!
Aku beranikan diri. Pura-pura terkejut.
"Eh asal awak baring kat sini?"
"Tidurlah. Tak penat ke?"
"....." Aku terkejut!
Kan aku dah cakap! Takde nya lelaki dalam novel tu wujud kat dunia realiti ni. Ada pun tak ramai. Aku malas nak panjangkan cerita. Jadi aku sambung baring dan tidur.
Kalau dah garang macam ni macam mana aku nak dapat anak cepat?! Ah Qaseh itu yang kau fikirkan sekarang kenapa? Adoi.
Zzzz (tidur)
"Qaseh bangunlah."
"Qaseh"
"Qaseh dah subuh ni."
YOU ARE READING
SUAMIKU PENULIS NOVEL
Short StoryAku Qaseh Adriana. Aku setuju untuk bernikah dengan anak kawan mama bukan kerana paksaan. Jadi ini bukan kahwin paksa okay! Hehe Cuma aku tak kenal siapa lelaki itu. Tujuan aku hanya satu. Untuk dapat anak kerana aku sukakan budak-budak dan aku pun...