***
Yerin berjalan keluar dari lapangan terbang dengan lemah longlai. Dia penat, dan mahu pulang berehat di rumah Eunji dengan segera. Tapi kakinya bertindak sebaliknya, terlampau lenguh.
"Cepat la Yerin !! Lambat la kau.."
Yerin mengeluh. Dia jeling V yang kelihatan terlebih excited berbanding dirinya. Padahal yang nak balik kampungnya, dia. Dah la kena duduk sebelah dia dalam kapal terbang tadi. Banyak songeh betul mamat tu. Menyesal tak tempah seat jauh-jauh.Kalau sekejap tak kisah, ni sepanjang perjalanan selama 6 jam tu, ada ja kerenah V. Tak reti duduk diam langsung. Tu naik dengan lelaki dewasa tu, tabik ah dengan mak bapak yang bawak anak tiga empat orang naik kapal terbang. Kesabaran kena tinggi.
***
"Yay yay~ Dah sampai~!!" jerit V teruja. Yerin memutarkan bola matanya. V ni sembang datang Seoul nak jumpa kawan, ingat nak pergi rumah kawan dia la. Boleh dia buat lawak mengejut, cakap nak tumpang rumah Yerin, sebab kawan dia cakap last minute dia takda kat Seoul sekarang. Nasib baik Yerin ni berhati perut, kalau tak dah ditinggalnya V kat airport tadi.
Yerin membuka kasut di hadapan rumah.
'Eh ? Kasut siapa ni ? Unnie beli kasut baru ke ?' bisik hati Yerin sambil memandang kasut tumit tinggi berwarna coklat di rak kasut. Tak pernah dia nampak kasut tu. Apa-apa jelah.V menunggu Yerin mengetuk pintu. Yerin menarik nafas dalam-dalam.
"PARK. EUNJI !!" laung Yerin. Terkejut V. Memang cara diorang bagi salam macam ni ke ?
"YA !! SEKEJAP !!" balas seseorang dari dalam. Sama, menjerit.Kelam kabut Eunji membuka pintu. Sebaik sahaja dia dan Yerin bertentangan mata, terus mereka berpelukan.
"Yerin !! Rindunya kat Yerin.."
Mata Eunji tertumpu kepada V. Dia meleraikan pelukan dan fokus kepada V. Lelaki itu hanya memberikan senyuman."Putera malaikat bidadara mana kau bawak balik ni Yerin ? Boyfriend Yerin ke ?" bisik Eunji sambil mata tak lepas tenung V. Terpegun. Yerin pukul lengan Eunji.
"Unnie, kenalkan, ni kawan satu kolej dengan Yerin kat Daegu. Dia nak tumpang rumah unnie untuk cuti ni, walaupun sebenarnya dia boleh je pergi tempat lain" perli Yerin. V menjeling Yerin sekilas.
"Kim Taehyung imnida" V menghulurkan tangan untuk bersalaman. Eunji menyambutnya sambil tersenyum simpul.
"Park Eunji, panggil Eunji je. Jemput la masuk" mereka berdua dijemput masuk dengan mesra, terutamanya V.Yerin menggalas beg, mahu masuk ke dalam biliknya. Belum sempat nak masuk, bahunya ditepuk lembut.
"Er.. Aku..nak tidur kat mana ?" soal V.
"Entah. Pandai-pandai la buat macam rumah sendiri. Kat luar rumah tu pun selesa je kalau nak tidur. Sejuk angin malam" Yerin senyum mengejek, mengenyit mata dan terus menutup pintu. V tergaru-garu."Luar rumah..?" gumam V perlahan. Takkan la dia nak tidur kat luar ? Nanti orang culik dia pastu jual kat Zimbabwei Afrika macam mana ?
"Eh, Taehyung. Buat apa kat depan pintu bilik Yerin ni ?"
"Oh mokcik sambal belacan !!" latah V. Eunji ketawa kecil. Terhibur."M-maaf.. Um.. Eunji, ada bilik kosong untuk Taehyung tidur ?" dengan segan V bertanya.
"Ada dua bilik tamu kat atas. Taehyung guna bilik tamu yang hujung tu tau. Bilik yang lagi satu tu, dah ada orang" kata Eunji. V mengangguk, berterima kasih dan membawa begnya menuju ke bilik yang disebut.Sewaktu melintasi bilik tamu yang dikatakan dah berpunya, V terfikir, siapa agaknya ? Kawan Eunji ? V mengangkat bahu, nanti dia tahu jugak. Dia terus berjalan, tali beg dibetulkan.
Tiba-tiba bunyi kunci pintu menarik perhatiannya. Dia kembali menoleh memandang bilik tadi, mungkin elok kalau dia menyapa tetamu yang lain. Pintu terbuka. V terkejut. Beg yang dipegang, jatuh menghentam lantai.
'What the..?'
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fiksi Penggemar[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...