s e v e n

1.8K 173 2
                                    

" Aih, hyung... saya sebenarnya segan nak datang. " Mingyu cuba menarik pergelangan tangannya daripada terus ditarik oleh Wonwoo. " Ala, dengan aku tak payah nak segan-segan lah. Dekat parti ni , ada kawan-kawan aku saja. " Akhirnya, setelah mereka tiba di kawasan kolam renang, tangan Mingyu dilepaskan. Wonwoo melihat reaksi Mingyu. Lelaki muda di sebelahnya itu sememangnya terkejut melihat beberapa orang lelaki bersama wanita yang seksi , jelita dan menggoda.


" Hyung... ni parti lelaki bujang ke? Kenapa ada perem-- " Wonwoo menolak tubuh Mingyu supaya mendekati seorang gadis yang bertubuh langsing dan berkaki cantik bernama Cherry. " Nikmati parti khas ni, Mingyu... " Mingyu membulatkan matanya apabila Wonwoo tiba-tiba sahaja ghaib. 

" Hai. Saya Cherry. "


" Ehm. Saya Mingyu. "


" Nak menari? "


" Ah... tak apalah. Saya tak pandai menari. "


" Ala, jomlah. "


Cherry mencapai tangan Mingyu tanpa segan silu lantas meletakkan tapak tangan lelaki itu pada pinggangnya. Cherry kemudiannya merangkul leher lelaki itu. Mereka mula menari di tepi kolam renang sambil diiringi muzik romantik. " Mingyu.. awak kacaklah. "

Mingyu tersenyum malu. " Terima kasih... awak pun cantik. " Cherry merapatkan wajahnya dengan wajah Mingyu. Lelaki itu terkejut tetapi hanya meneruskan tarian perlahannya.


" KIM MINGYU! "


Lengan Mingyu ditarik dari belakang sebelum sempat bibirnya dan Cherry bertemu. Mingyu memusingkan badan dan menghadap seorang gadis kecil molek. " Sampai... hati awak, Mingyu! Dua kali awak buat saya macam ni... sampai hati awak... " Yunji memukul dada Mingyu lantas berlari dari tempat itu. Wonwoo yang entah muncul dari ceruk mana memegang bahu Mingyu. " Macam manalah Yunji boleh tahu pasal benda ni... kau curiga tak? " Wonwoo sengaja 'mencucuk jarum' bagi menghangatkan keadaan itu.


Mingyu mengeluh panjang.


-


Mingyu merenung bintang-bintang bersinar yang bertaburan di langit. Dia masih terkenang peristiwa sebentar tadi. Dia sangat pasti... Wonwoo sengaja mensabotajnya. Dia tak tahu apa sebab Wonwoo menipunya tapi... dia yakin, Wonwoo merupakan dalang di sebalik parti lelaki bujang tadi.


" Boleh tak tunggu sampai aku gaji? "


" Ah, takda-takda! Kalau adik kau bawa pistol dan tembak aku masa dia masuk tadi? Tak mati katak dekat situ? Ha? Aku nak bayaran penuh aku sekarang! "


" Cherry... aku tahu. Tapi, aku tak ada duit sekarang. Cukuplah tu, separuh dulu. "


" Kalau bukan sebab kita dah kawan lama, tak sanggup aku menari dengan kekasih adik kau tu. Tak rela aku bahayakan nyawa aku sendiri. "


Mingyu tersenyum sinis. Kalau dia tak dengar perbualan rahsia antara Wonwoo dan Cherry tadi, mesti dia tertipu dengan senyuman palsu Wonwoo.

" Kau fikir... kau seorang saja boleh main-main, ha? Permainan sebenar baru saja nak bermula. Tunggu balasan dari aku, Wonwoo. Kau akan menyesal bila Yunji dah jadi isteri aku. "

Oppa • Wonwoo ✔️Where stories live. Discover now