Mingyu menutup semula pintu bilik mesyaurat semasa Yunji membukanya. " Yunji, sekejap. Saya nak berbincang dengan awak. " Yunji mendengus geram lantas menolak badan Mingyu. Dengan jelingan tajam dan sinis, Yunji membalas, " Kita dah tak ada apa yang perlu dibincangkan. Awak dengan saya dah tak ada apa-apa. Tamat. Faham? Ke tepi. " Yunji menolak pintu bilik mesyuarat itu namun, Mingyu masih berkeras dan memaksa pintu itu tertutup rapat.
" Yunji... tolonglah. Saya merayu. Kita jumpa sekejap. Saya rindu awak. Dan, saya akan cerita dekat awak semuanya pasal parti hari tu. Saya dianiaya, dan saya tahu siapa yang sabotaj saya. Siapa yang dengki dengan hubungan kita... "
Hati Yunji berbelah-bahagi.
" Saya betul-betul kena tipu, Yunji... percayalah cakap saya. " Mingyu bersuara dengan bersungguh-sungguh. " Berhenti, Mingyu! Baiklah! Kita berjumpa dan itu kali terakhir, dapat? "
" Okay. Dekat mana? "
" Nanti saya sms awak. Sekarang, jangan halang jalan saya! "
-
Yunji turun ke tingkat satu rumahnya dengan bersusah payah. Dia terpaksa mengangkat kotak yang penuh dengan hadiah-hadiah pemberian Mingyu. Dia meletakkan kotak bersaiz M itu di tepi pintu utama. Matanya melirik ke jam dinding rumahnya.
" Eomma... abang pergi mana? Kenapa abang tak balik-balik lagi? Tadi, adik dah telefon abang suruh teman adik jumpa Mingyu.. " soal Yunji sambil memeluk dinding dapurnya. " Nanti abang baliklah tu. " Yunji menjuihkan bibirnya. "Abang tu... sejak ada Kath, terus lupakan adik. "
" Biarlah abang tu, Yunji... Kan mereka dah lama tak jumpa. "
" Alasan. "
Bunyi deruan kereta Wonwoo kedengaran. " Ha, abang dah balik. " Yunji terus berlari menuju ke muka pintu. Terkejut beruk gadis itu apabila Kath turut berada di dalam kereta abangnya. Asyik berkepit saja mereka berdua ni tau... geram pula Yunji melihat Wonwoo membukakan pintu untuk teman wanitanya itu. Yunji menggulingkan mata ke atas lantas mengangkat kotaknya.
" Abang, cepat! Hantar adik. "
" Hantar pergi mana pula? Abang nak pergi rumah Kath. Nak jumpa mak ayah dia. "
" Abang! Tadi kan adik dah telefon abang, bagitahu yang adik nak pulangkan hadiah Mingyu ni... abang lupa ke? "
Wonwoo menanggalkan kasutnya lalu menggaru dagunya. " Aik. Ada ke? Ehm. Yalah kut. Abang dah lupa agaknya. Takpelah, abang nak mandi. Kath sayang, awak berborak dengan eomma dulu, ya? Saya naik dulu. " Kath tersenyum kecil sambil mengangguk ringkas. Setelah Wonwoo beredar ke tingkat atas, Yunji meletakkan semula kotaknya di lantai. " Ei, Kath. "
" Ya? "
" Jangan ingat yang kau boleh rampas abang dari aku. Walau kau dah berkahwin dengan abang sekalipun, kau tak akan dapat kasih sayang abang , sama macam yang aku dapat. " Kath sedikit terluka dengan kata-kata Yunji. Tak tahu kenapa... Bahu Yunji ditepuk perlahan. " Saya tak berniat nak rampas Wonwoo dari awaklah. Saya tahu yang saya tak akan dapat bagi kasih sayang, sama macam yang awak bagi dekat Wonwoo. "
" Kalau dah tahu, jangan asyik nak berkepit dengan abang. Sampai abang mula abaikan aku. "
" Maafkan Kath, Yunji. Saya tak ada niat langsung nak ambil Wonwoo dari awak tapi, Wonwoo memang kena jumpa dengan mak ayah Kath. Sebab, mak ayah Kath nak kenal dengan Wonwoo. Mungkin, kami akan bincang sekali pasal perkahwinan. " Mata Yunji membulat. Kahwinnnn?! Abang tak boleh kahwin!
"Dahlah, Yunji.. Kath malas nak cakap banyak. Bye. " Tak semena, pipi Yunji dikucup pantas. Kath terus berjalan dengan riang ke dapur. Yunji mengusap pipinya yang sebentar tadi dicium oleh Kath. Jijik.
-
Kath menyuap bebola ketam ke dalam mulut Wonwoo yang sedang memandu. Lelaki itu mencubit pipi Kath sambil mengucap, " masyeh, sayang. " Sengaja Wonwoo bersuara manja, supaya orang di belakang itu cemburu...
" Sama-sama, oppa. "
Wonwoo memerhatikan wajah Yunji di tempat duduk belakang. Muncung sedepa. Masam mencuka. Lelaki itu tersenyum nipis. Dia tahu Yunji pun sayangkannya!
"Adik. Nanti balik naik teksi tau. Abang tak pasti pukul berapa abang balik dari rumah mak ayah Kath. "
" Abang... ish... Abang ambil lah! "
" Maaf, adik. Abang tak boleh. Nanti abang telefon teksi, suruh ambil adik. "
" Ha! Tak payah! Biar adik balik jalan kaki. "
" Haih. Janganlah. Bahayalah. Biar abang telefonkan teksi. "
" Hmph! Tak payah susahkan pakcik teksi tu. Biar appa je yang ambil Yunji. Abang ni pentingkan diri. "
Tepat pada waktunya, kereta Wonwoo berhenti di hadapan Starbucks Cafe. Tanpa pamit, Yunji menolak pintu kereta dan terus meluru keluar. Dengan pintu kereta yang masih tak ditutup , Yunji masuk ke dalam kafe itu. Wonwoo ternganga dengan perbuatan adiknya itu. "ADIK! Tutup pintu tu, adik! " Kath memegang lengan Wonwoo supaya kekal bertenang. " Biar Kath yang tutupkan pintu, Wonwoo. "
Dengan itu, Wonwoo menarik nafas panjang lalu melihat Kath yang turun dari kereta untuk menutup pintu kereta di bahagian belakang.
-
" Saya ingatkan, awak tak datang. "
Yunji tak membalas kata-kata Mingyu. Kisah apa aku... Mingyu mengerti bahawa Yunji masih marah terhadap dirinya. Mingyu menggagahkan dirinya untuk menguntum senyuman manis. " Yunji, duduklah dulu. Awak nak minum apa? "
" Aku datang sini bukan sebab nak minum atau makan dengan kau. Aku nak pulangkan hadiah kau ni. " Yunji meletakkan kotak yang diangkutnya tadi ke atas meja. Mingyu terkedu lantas melihat sejambak bunga di kerusinya. Dia terpaksa batalkan niat untuk menghadiahkan Yunji sejambak bunga lagi... haih.
" Sebelum awak balik, saya rasa awak perlu tahu satu benda yang sangat penting. "
" Hm, apa? Cepatlah cakap. Aku tak ada masa nak layan manusia penipu macam kau. "
" Wonwoo yang anjurkan parti lelaki bujang malam kelmarin. Dia juga yang upah perempuan tu untuk menari dengan saya. Dia buat semua ni... supaya awak bencikan saya dan tinggalkan saya. "
Hanya ada satu soalan di dalam otak Yunji.
Tak mungkin... abang yang buat semua ni... kan?
YOU ARE READING
Oppa • Wonwoo ✔️
Fanfic" kalau boleh bercinta dengan orang yang dekat , kenapa nak bercinta dengan orang yang jauh?! " Inspirasi drama melayu wkwkwk status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon