n i n e

1.7K 166 20
                                    

Wonwoo meregangkan tubuhnya sebelum keluar dari kereta. Jam di atas dashboard kereta sudah menunjukkan angka 11.41 malam. Semasa Wonwoo menutup pintu rumah, lengannya disentuh.

" Abangg... "

" Eh adikk. Abang terkejut , tahu tak ? Kenapa adik tak tidur lagi? "


Yunji mengeluh. Dia terus straight-to-the-point dan menyoal Wonwoo.

" Abang... abang ke yang sabotaj Mingyu malam tu? " Dahi lelaki itu berkerut seribu. " Apa... yang adik cakapkan ni? "

" Mingyu yang cerita dekat adik. Tapi... adik tahu... abang... tak akan buat macam tu, kan? "


" Dah lewat ni, dik. Adik pergilah tidur. Abang sendiri pun penat ni. " Wonwoo menolak tangan Yunji yang masih memegang lengannya.


" Abanggg ! Jawablah dulu! Betul ke abang uang sabotaj Mingyu?! "


" Yaaa! " Wonwoo akhirnya menjawab sekaligus membongkar kebenaran.


Mata Yunji membulat. Telinganya... tak salah dengarkan?


" Abang... jangan bergurau! "


" Tak! Abang tak bergurau. Memang abang yang sengaja aniaya dia. "


" Apa alasan abang buat Mingyu macam tu? Kenapa abang asyik halang adik cintakan Mingyu? "


" sebab... abang sorang je yang boleh cintakan adik! Selama ni... adik tak pernah perasan pun yang abang dah lama sukakan adik. Adik asyik Mingyu, Mingyu, Mingyu saja! Abang dah penat! Adik teruskanlah dengan pertunangan adik dengan Mingyu. Abang dah malas nak meraih cinta adik sebab abang tahu, adik cintakan Mingyu sorang. Dan, Kath sebenarnya bukan kekasih abang. Abang cuma gunakan dia supaya adik cemburu. Tapi... adik tak cemburu. Adik tetap dengan perasaan adik terhadap si MIngyu tu. Abang dah tak mampu nak terus hidup dengan meraih cinta adik. "


Yunji kelu. Tercengang seketika. Keheningan menyelubungi ruang tamu itu.


" Abang... kenapa abang tak pernah bagitahu adik? "


Wonwoo mengalihkan pandangannya daripada Yunji. Tak mahu berbalas pandangan dengan Yunji. " Sudahlah. Tiada guna kita bertekak pasal benda ni. Abang nak naik. "


Saat Wonwoo melangkah naik ke tingkat atas , air mata Yunji mengalir. Dia tak pernah sangka... abang angkatnya itu mempunyai perasaan begini.


-


Yunji mengais-ngais nasi gorengnya. Tiada semangat mahupun selera untuk menjamah sarapannya pagi itu. Peristiwa malam tadi ligat berputar di dalam otaknya. Fikiran dan perasaan Yunji kini berkecamuk. Bercampur baur.

" Abang! Abang nak pergi mana?! "


Yunji meletakkan sudunya di tepi pinggan lalu menoleh ke belakang; ruang tamu.


Kelihatan Puan Song sedang berusaha menahan Wonwoo yang mengheret beg berodanya. Mata Yunji yang dari tadi memerhati gelagat dua beranak itu terus membulat besar. Gadis itu menolak kerusi lantas berlari ke arah Wonwoo dan eomma nya .

Oppa • Wonwoo ✔️Where stories live. Discover now