Kisah benar pernah terjadi pada aku dulu . Masa tu umur nak masuk 14 tahun dah . Aku terlibat dalam kemalangan . Alhamdullilah Allah bagi harapn untuk hidup .
Kejadian tu berlaku sekelip mata . Sedar sedar dah ada dekat hospital . Nyaris lah ada jugak orang yang berhati mulia bawak aku pergi hospital dengan segera kalau tak haih confirm dah batu dua .
Tidak tahu silap siapa . Tapi yang pasti motor yang aku tunggang hilang kawalan terus masuk dalam longkang . Tangan kanan terbelah akibat dawai yang terdapat di dalam longkan yang mnyebabkan tangan aku dagingg . Eee geli tak boleh bayang .
Aku lupakan apa yang jadi tentang kemalangan tu . Tiba tiba terasa mahu buang air besar . Haih dah lah tandas dengan wad aku jauh .
Perlahan lahan aku kejutkan ummi yang sedari tadi msih setia ada di sisi ku meskipun sibuk bekerja . Tapi apakan daya ummi tak termakan dengan kejutan ku . Terpaksa lah kuatkan iman pergi sorang sorang . dah lah tengah malam ni mohon sangat jgn jumpa dengan makhluk yang tak berapa betul sudah (( hantu ))
Baru aku perasan jalan nak pergi ke tandas kena lalu depan bilik mayat . Hanya allah saja yang tahu perasaan aku masa tu . Seram sejuk doh hahhaha . Bulu roma menegak tanpa diduga gitu . Aduh jangan lah main main weh aku takut ni haduh .
Masa betul betul depan pintu bilik mayat tu ...
Aduh tangan siapa pulak yang pegang bahu aku ni . Hm jangan lah macam macam . Aku berdehem lalu bercakap seorang diri " jangan ganggu aku " . Sempat juga aku baca ayat kursi . Ayah pernah pesan ayat kursi boleh melindungi diri dari benda yang mnyesatkan umat Nabi Adam .
Saat aku sedang ralik membaca ayat kursi . Angin dari sudut mana pun taktahu terasa ditiup dan terasa sejuk di muka . Allahuakbar siapa pulak ni .
Tiba tiba bayangan putih seperti pocong bergolek ke arah aku . Aku hanya mampu memejam kan mata . Tanpa sedar mata aku memaksa untuk melihat makhluk itu . Apeni mata taknak bekerjasama pulak.
Akhirnya mata aku terbuka luas dan hanya mampu mengucapka kalimah Allah.
Kain yang menyelimuti tubuh makhluk tu koyak rabak . Mukanya penuh dengan ulat dan darah yang berbau hanyir .
Sedar tak sedar aku dah pengsan depan bilik mayat . Ummi cakap aku pengsan depan bilik mayat dan ada kesan cakar di pergelangan tangan .
Aku hanya mampu istighfar dan pesan pada diri sendiri . Syaitan dan jin hanya mahu menyesatkan manusia .
Selepas kejadian tu . Aku jadi anti dengan hospital apetah lagi nak lalu depan bilik mayat euww tolonglah.