Firdaus mengetuk pintu adik kembarnya. Seketika kemudian tersembul wajah Rini yang ceria di sebalik pintu itu.
"Mana isteri, along ?" Firdaus terus menyoal Rini.
"Kenapa ?" tanya Rini pula."Siapa, Rini ?" Rina mendekati adiknya diikuti Tasha.
"Along," balas Rini ringkas.
"Ouh... Along. Kenapa ?" tanya Rina berbasa-basi.
Rina sudah agak apa yang ingin diperkatakan oleh abangnya. Mesti mahu mengambil semula isterinya yang dibawa lari oleh Rina dan Rini.
"Along nak ambil balik wife along," ujar Firdaus.
Belum sempat tangannya menarik lengan Tasha untuk mengikutnya, tangannya ditepis oleh Rini. Firdaus memandang adik kembarnya dengan geram.
Rina dan Rini tersengih. Mereka tahu Firdaus sudah naik geram dengan perangai mereka.
Tasha duduk di belakang adik ipar kembarnya. Dia hanya melihat perbalahan antara adik dan abang bersama senyuman yang tertahan.
"Eh ! Along kena bagi poems dulu," ujar Rina bersama senyuman sinis.
Firdaus mengerutkan dahi.
"Perlu ke ?" soalnya.
Rina dan Rini mengangguk.
"Perlu !" ujar Rini tegas.
Firdaus mengeluh. Dia memejam mata. Firdaus menarik nafas dan di hembus perlahan-lahan. Mata dibuka semula.
"Roses are red, violets are blue, I'm going to bed would you like to come too ?" tanya Firdaus kepada Tasha.
Mata Firdaus memandang tepat ke dalam mata Tasha.
Tasha terkedu.
Roses are red, violets are blue ?
Rina dan Rini mula tersengih. Mereka menoleh memandang Tasha yang berada di belakang mereka.
"Balaslah kak long," arah Rina.
"Eh ! Mana kak long tau. Kak long tak pandai la," tolak Tasha.
"Ala... Cubalah. Senang je..." pinta Rini.
"Err..."
Tasha tidak tahu ingin berkata apa. Dia jadi tidak tentu arah bila Firdaus terus-terusan melihat ke arahnya.
Rina dan Rini menarik Tasha keluar dari bilik itu. Mereka menolak Tasha berdiri di hadapan Firdaus.
Tasha hanya menurut. Dia tidak boleh berfikir. Fikiranya bercelaru.
"Balas kak long," bisik Rina dan Rini.
Tasha terkebil-kebil.
Err... Apa aku nak balas ni ?
Firdaus setia menunggu balasan Tasha. Matanya tidak lepas dari merenung gadis itu.
"Err... Ermm... Roses are red, violets are blue, let's cut the sweet talk, and go straight to bed." balas Tasha teragak-agak.
"Yahoo ... !" sorok Rina dan Rini gembira.
Firdaus menyimpan senyum.
Dia pun tau.
"Now. Boleh along ambil balik isteri along ?" tanya Firdaus sambil menarik Tasha ke dalam dakapannya.
"Ouhk. Along dengan kak long lepas." ujar Rina.
"So, go to bed and sleep. Bubye." ujar Rini pula.
Mereka kemudian menutup pintu mereka. Disebalik pintu itu terdengar gelak tawa dua gadis kembar itu.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Rastgele●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...