PERLAWANAN terakhir untuk pertandingan tahun ini adalah antara Reyra dan juga Laura.
Kayna yang melihat mereka berlawan tidak tahu siapa yang dia ingin sokong. Adakah Reyra? Atau Laura? Tentulah dia tidak boleh memilih. Kedua-dua mereka ialah sahabatnya. Kerana terlalu penat berfikir, akhirnya dia mengetuk dahinya sendiri menggunakan pedangnya. Dan akhirnya...
"Aduh. Sakit." Kayna mengeluh kesakitan. Dahinya yang memerah diusap. Diketuk dengan pedang yang keras memang sakit.
Dua orang lelaki dibelakangnya pula pelik melihat gelagat Kayna. 'Dah kenapa dengan perempuan satu ni?'
Kayna memusingkan badannya menghadap Leo dan Xoel.
"Korang rasa siapa yang akan menang?"
"Reyra." Jawab mereka berdua serentak.
"Oi, Leo. Bukan kau sepatutnya sokong Laura ke?" Kayna melihat Leo dengan pandangan tidak percaya.
"Masalahnya, aku tak pernah nampak Laura kalahkan Reyra selama ni." Leo menjawab sambil membuat wajah tidak bersalah. Kayna yang melihat Leo berasa geram.
'Kenapa aku rasa macam nak bekukan budak tak guna ni?'
Xoel menepuk dahinya. Kebodohan Leo terserlah.
"Pusing badan kau Kayna. Perlawanan dah nak mula tu." Xoel menegur Kayna. Kayna pula hanya mengikuti apa yang disuruh.
Pengadil memberikan arahan mula kepada mereka berdua.
Laura memulakan serangan. Dia mengipas kipasnya dengan kuat sehingga terhasilnya puting beliung. Puting beliung itu bergerak menyerang Reyra. Namun Reyra dengan cepat mengeluarkan akar dari tanah dan akar itu mengangkat dirinya sehingga tinggi.
Separuh akar itu terpotong apabila puting beliung tadi melanggarnya. Reyra yang masih berada diudara sekali lagi mengeluarkan akar yang lebih besar. Reyra mendarat diatas akar itu agar tidak terjatuh.
Sekali lagi Laura mengipas dengan kuat. Sebelum puting beliung itu sampai Reyra melompat kearah Laura. Ketika berada diudara, Laura mengipas kearah Reyra.
Reyra tidak sempat mengelak. Angin yang kuat itu menolaknya sehingga terpelanting jauh.
Laura berlari kearah Reyra berniat menyerangnya sebelum dia terjatuh terhempas. Dia melihat kakinya dililit oleh akar.
Kemudian dia melihat Reyra yang telah berdiri. Wajahnya terluka sedikit. Tangannya mengawal akar-akar yang berada disekitar Laura.
Akar itu melilit badan Laura yang tidak sempat untuk berdiri. Laura tidak dapat menggerakkan badannya.
Kipas yang masih dipegang oleh Laura tidak dapat membantunya kerana dia tidak dapat menggerakkan tangannya.Laura menarik nafas sedalam-dalamnya dan meniup angin kearah Reyra. Angin yang terhasil sangat kuat sehingga Reyra terpelanting lagi. Namun lilitan dibadan Laura masih tidak terlepas.
Laura mencuba untuk melepaskan dirinya namun lilitannya sangat kuat. Reyra membaling Laura kearah dinding stadium sehingga badan Laura menghentam dinding. Badannya terasa sangat sakit.
Kedua-dua mereka kesakitan. Namun tidak juga mengalah. Tenaga Laura lebih sedikit berbanding dengan Reyra.
Laura bangun namun dia tidak dapat berjalan. Dia terseliuh kakinya ketika jatuh dari terhempap dinding tadi. Kipasnya pula terlepas dari tanyanya ketika badannya dibaling tadi.
Reyra menghayunkan kayu panjangnya berniat memukul kepala Laura.
Laura yang melihat serangan Reyra tidak dapat mengelak. Dia menutup matanya. Takut.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...