"YOU staf baru tu, kan?" Bary aje Ariana angkat muka, sehelai kertas diletakkan di atas meja kerjanya.
"Taipkan untuk I. Sejam lagi I datang ambil." Dan minah itu pun blah.
Ariana terngaga. Memang perangai staf kat sini eh, lepas cakap dengan orang, terus blah? Weh... Aku bukan kerani la! Huh... Geramnya hati!
Pap! Rasa macam ada benda berat terhentak di atas meja kerjanya. Ariana pandang muka perempuan yang tengah berdiri di depan meja kerjanya. Siapa pulak minah ni? Nak apa pula ni? Ariana dah dapat rasa bala yang bakal menimpanya apabila pandang kertas yang bertingkat-tingkat itu.
"You tak ada kerja, kan? Nah... Ambil kertas ni, fotostat satu copy. Lepas lunch, bos nak." Arah perempuan itu lagi.
Macam perempuan sebelum ini, lepas itu terus blah. Hailahh... Ikutkan hati yang panas ni, nak aje aku tumbuk minah tu! Ariana membebel. Ariana bangun. Patuh juga meskipun hati separuh ikhlas.
Ariana perasan satu perkara. Mesin fotostat kat mana letaknya? Ariana angkat kertas yang dah macam bangunan Edzuary Holdings tingginya.
"Kertas ni nak dibawa ke mana?" Soal Edry.
"Mesin fotostat. Errr... Encik tahu tak mana letaknya mesin fotostat tu?"
"Ooo... Jom. Tapi, biar saya bawa kertas tu." Kata Edry. Kesian pulak bila tengok Ariana angkat kertas yang berat itu.
"Eh, takpe saya boleh angkat..." Kata Ariana enggan menyusahkan Edry.
"Alah... Setakat nak angkat kertas ni, bukannya berat sangat pun." Edry sengih sambil tayang lengannya.
Kertas bertukar tangan.
"Err... Terima kasih Encik..." Ariana senyum manis. Edry balas senyuman Ariana.
Ariana cuma mengikut dari belakang. Edry pusing kanan, dia pusing kanan. Edry pusing kiri, dia pusing kiri. Jauh betul letaknya mesin fotostat ni! Dua minit kemudian, mesin fotostat pun ada depan mata.
"Errr... Awak tahu tak cara nak guna mesin ni?" Soal Ariana. Soalan apalah yang kau tanya ni Ariana? Dah sah dia staf kat sini, mestilah tau guna.
"Kenapa? Awak tak pandai guna ker?" Soal Edry pula.
"Err.. Hehe..." Dah nampak Ariana sengih lepas tu geleng kepala, Edry akhirnya faham. Tak tahu guna rupanya.
"Takpe, biar saya buat. Sambil-sambil tu, saya boleh ajar awak cara nak guna mesin ni..." Ramah Edry. Dari pandangannya, takdelah garang minah ni seperti yang dikatakan oleh Edzuary. Cantik dan comel adalah.
"Sekarang ni, macam mana nak guna mesin ni?" Sambung Ariana lagi.
"Tekan butang ni, lepas tu tekan butang hijau." Ajar Edry.
"Yes..." Ariana gembira sebab dah tahu cara-cara untuk menggunakan mesin fotostat itu. Yes... Dah tak sakit kepala kalau orang nak buli dia suruh fotostat bantak-banyak lepas ni. Hehe.
Edry di sebelahnya turut tersenyum melihat tingkah Ariana. Hai... Dapat tahu cara nak guna benda ni pun gembira macam nak kena kahwin dengan anak raja ker? Tak faham aku. Bagi Edry, Ariana pelik. Tapi menarik.
"Terima kasih kat Encik. Kalau Encik tak tolong, saya rasa payah saya." Ucap Ariana. Memang dia sangat berterima kasih kepada Edry.
Edry senyum. "Sama-sama... Oh ya, awak belum bagi tau nama awak lagi.. Yelah, semalam sombong sangat..." Usik Edry.
Ariana malu sendiri. Ha, itulah kau Ariana! Malu tak bertempat.
"Mana ada sombong... Cuma malu sikit. Yelah, first time masuk ofis... Nama saya Ariana Elisya..." Ariana menundukkan sedikit tubuhnya seperti biasa. Edry cuma senyum pandang Ariana.
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
RomansaKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...