Hari ni awal pula aku datang sekolah. pukul 6:55am dah terpacak dekat sekolah. ramai juga lah yang pelik. ye lah anilina selagi bukan pukul 7:00am jangan haraplah nak nampak batang hidung dia. tapi hari ni lain punya cerita. aku di antara orang yang datang awal. hehe jap jap nak bangga jap. tapi bukan sebab tersalah makan ke apa. tapi ni semua sebab mimpi tadi tu lah sampai aku tak boleh nak tidur.
haih tapikan aku still pelik siapa mamat yang dalam mimpi aku tu? aduh serabut lah. aku terus ke bilik pengawas. sampai sahaja di bilik pengawas anggota badan aku dah macam kena beku. apahal? sebab manusia pertama yang aku nampak adalah hafiz!! erghh asal lah dia muncul depan- depan aku pada pagi yang indah ni. aduh!!! dah lah aku malas nak jumpa dia. malu plus bengang pasal kejadian semalam still tak hilang lagi.. haiyo apalah nasib aku. redha jer lah anilina. aku masuk ke bilik pengawas dan terus letak beg ku ke tempat beg. aku perasan macam ada yang pandang aku. aku menoleh ke belakang. mata kami bertembung. apa lagi aku teus tunduk lah. malu beb kena tenung macam tu.
"Woi perempuan" si sarah menyergahku. "assalammualaikum, cik sarah. kau islam kan? mana salam kau. ni main sergah sergah je. terkejut aku. nasib baik aku tak de penyakit sakit jantung. kalau ada sia-sia je aku inalillah kat sekolah tau tak?" balasku. "waalaikummussalam, chillex lah weh macam tak biasa. hehe kau ni pahal macam mumia je aku tengok. kau sakit ke weh?"tanya sarah. haih cik sarah ni macam tau je aku tengah sakit. memang aku sakit pon. sakit hati kau tau? kena tipu dengan kawan sendiri. getusku dalam hati. "hmm tak lah aku sihat jer. weh aku ada problem lah" balasku. "apa prolem nya habak mai. meh akak sarah selesaikan" ish minah ni over betul.
"kalau ye pon aku nak story pasal masalah aku dekat kau. takkan lah aku nak story kat bilik ni banyak orang lah woi. jom pergi dekat pondok lily sana tu" balasku. aku dan sarah pon bergerak ke pondok tersebut. setibanya kami di sana aku terus menghembus nafas lega. mana tak lega dapat lari daripada renungan si hafiz tu. "ha cepatlah cerita. aku tak sabar nak dengar ni" si sarah berkata. " macam ni, masalah dia bermula semalam......." aku menceritakan kejadian semalam kepada si sarah dari A to Z. "huih besar gak masalah kau ni. serious aku tak sangka yang si Zhafran dan Hafiz tu kembar. jauh beza kot muka and perangai diorang. tapikan weh aku rasa ok per kalau kau terima si Zhafran dia pon baik,pandai dan sopan lagi.plus dia hensem. untungnya kau. jealous pula aku ni. dah lah si Zhafran tu termasuk dalam katagori lelaki idaman wanita beb. siap ada group peminat lagi. untung untung untung" balas si sarah. "memanglah dia tu perfect habis tapi masalahnya ini melibatkan hati weh. aku suka si hafiz bukan zhafran. tu yang masalah ni. dalam masa yang sama aku tak nak jadi anak yang derhaka weh" balasku.
"lek lah weh. cinta boleh dipupuk. apa salahnya kau terima zhafran. kau dapat bahagiakan family kau. jangan risau selalunya pilihan family selalu betul" sarah memberi nasihat. "hmm aku rasa betul gak kata kau. btw thanks sarah kau lah sahabat sehidup semati aku. kalau kau tak de tak tahulah macam mana aku nak settle masalah ni.sayang kau ketat-ketat" ucapku sambil memeluk mek sarah kita. " no prob weh. ni lah gunanya ada kawan kan?" balas sarah. dalam masa yang sama ada seseorang yang sedang mendengar perbualan kami.
krigggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
"weh dah loceng jom masuk kelas. nanti habis sekolah sambung balik drama sebabak tadi tu" sarah berkata. ceh hampagas punya kawan kau ingat kita ni pelakon ke? aku terus mengikuti si sarah ni naik kelas. sesampai di tingkat atas kami berpecah ke kelas masing-masing. masuk je kelas aku dah nampak seorang jembalang yang selamba mak nenek dia jer duduk di meja sebelah aku. lain dan tak bukan siapa lagi yang tak tahu malu kalau bukan si zhafran aka bakal tunang aku. haih penat betul lah. pagi tadi terjumpa abang dia, sekarang dia pula. haih dua ekor kembar ni memang buat hidup aku huru-hara dilanda taufan angin ribut kencang. overlah kau alin.
"hi, tunangku tersayang" jawab zhafran bila aku sampai d tempat ku. " hmm hi mangkuk ayun. sejak bila aku jadi tunang kau?" balasku. "sejak semalam." balasnya. "perasan lah aku zhaf sejak bila aku nak bertunang dengan kau. dah lah kau tipu aku. kononnya tak kenal hafiz padahal tu kembar kau. and lagi satu apahal kau sibuk duduk sebelah aku? ni bukan tempat kau tapi tempat putri" balasku ku. "sorry lah aku tak de niat pon nak tipu kau. serious weh. tak terlintas dalam fikiran aku nak tipu kau. just aku tak berkesempatan nak bagitau kat kau. maafkan aku pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. btw aku dah tukar tempat duduk aku dengan putri and cikgu pon setuju. btw apa keputusan kau? and sebagai tanda aku minta maaf aku bagi kau ni. sorry lah aku tak reti nak beli hadiah untuk kau. so aku bagi shawl jer. harap kau suka" tanya zhafran, sambil di hulurkan aku satu beg yang ada shawl jenama naelofar. omg sweet gile mamat sebelah ni. hurmm maybe betul kot cakap sarah tadi. dia memang ikhlas terima aku. "ye lah aku maafkan kau tapi next time jangan buat lagi. kalau kau buat siap kau aku pancung kepala kau. and pasal setuju atau tak. jawapannya aku setuju. tapi aku harap kau jangan mainkan perasaan aku" balasku. aku lihat si zhafran ni tersenyum. ya allah tolonglah ikhlaskan hati ini untuk menerima dia. mulai harini aku bertekat nama hafiz perlu ku hapuskan dalam hatiku. " thanks awak. mulai harini kita guna awak saya. no more aku kau. ok" balas zhafran. "perlu ke?" soalku. "mestilah perlu. tiada bantahan ok my future wife" balas zhafran sambil membuat wink dekat ku. aiyoooo awatlah comel sangat pak cik ni. Cikgu Myra terus masuk ke kelas dan kami masing-masing menumpukan perhatian. iyalah calon-calon spm kot. kenalah focus kalau nak berjaya kan?
-tbc-
YOU ARE READING
MR AND MRS MEOW
Randomkadang- kadang cinta tidak harus dimiliki :) ikuti kisah hidup anilina yang berdepan dengan dua jejaka. apakah yang harus dia lakukan?