w.o.h × 1

134 17 3
                                    

"Kau nak ke mana tu?" Appa aku menghampiri aku. Rambut aku diciumnya.

"Blah lah gila! Aku nak kad kredit aku balik." Aku mengelak darinya. Dasar orang tua gila.

"Nah." Dia mencampak dua keping kad kredit kepada aku.

Aku mengutip kad kredit itu dan berlalu keluar. Baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta, aku ternampak seseorang menghampiri aku.

"Kyungmi nak keluar ke?" Tanya Sejun, abang kedua aku.

"Nampaknya macam tu lah." Mata aku memandang kearah kereta Sejun yang masih hidup.

"Erm... Kyung pandang apa?"

"Oppa bawak betina tu lagi ke?" Muka aku serta merta menjadi ketat.

"Mian.."

"Jangan menyesal kalau apa apa jadi." Aku terus masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari pagar.

Aku menuju ke hospital tempat abang sulung aku bekerja. Aku dah call dia sebelum bersiap tadi.

Aku berjalan ke taman dan menunggunya di tempat biasa. Sambil itu mata aku ligat memandang keadaan sekeliling.

"Dah lama tunggu?" Aku tersenyum memandang Yeongjun, abang sulung aku.

"Tak adalah. Kyung baru je sampai. Oppa dah tak ada kerja ke?" Tanya aku setelah Yeongjun melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

"Kejap lagi ada operation. Kyung nak ke mana ni?"

"Nak ke hati oppa lah." Aku tergelak kecil.

"Mengadalah Kyung. Kenapa Kyung nak jumpa oppa? Kat rumah nanti boleh je kan jumpa?" Yeongjun mengusap rambut aku.

"Kyung... Sakit hati dengan appa. Dia cuba sentuh Kyung lagi." Adu aku.

"Sejun tak ada ke tadi?"

"Tak. Dia dengan betina tu lagi." Muka Yeongjun turut berubah.

"Kenapa Kyung tak halang?!"

"Kyung nak halang macam mana?! Nanti Sejun Oppa lempang Kyung!" Aku membalas tengkingan Yeongjun.

"Mianhae, saeng-ah. Hm, nanti oppa pesan kat Sejun. Kyung tak payah balik rumah lah kalau oppa tak ada. Oppa risau appa buat apa apa yang tak patut." Pesan Yeongjun.

"Apa apa hal nanti Kyung call oppa eh? Jawab tau!" Aku berdiri untuk pulang.

"Promise." Jari kelingking aku dan Yeongjun bertaut. Aku memeluknya erat. Dia mencium dahi aku.

"Jaga diri. Jangan pergi jauh jauh." Aku mengangguk faham.

Skip

Laut yang terhampr di hadapan aku, aku pandang lama. Indah betul. Tapi, kenapa hidup aku tak seindah tu?

Kau mesti nak kenal aku kan? Tak payah tipu. Aku tahu.

Nama aku Ryu Kyungmi. Aku ada empat adik beradik. Dua orang abang & seorang adik kembar. Aku menganggur macam ni je. Aku habis belajar. Tapi malas nak sambung kolej.

Abang aku, Yeongjun merupakan doktor pakar bedah. Sejun pula pilot. Aku bukan macam dorang. Pandai. Dan takkan pernah jadi macam tu.

Sejun bercinta dengan seorang Yooha. Siapa lagi kalau bukan perampas kebahagiaan kitorang. Sejak Sejun berkawan dengan Yooha, aku macam dah hilang kasih sayang abang aku yang sorang tu.

Nak tahu kenapa Yeongjun benci Yooha? Sebab Yooha tu bekas kekasih Yeongjun yang pernah sakitkan hati dia habis habisan dulu. Tapi, aku malas nak bagitahu Sejun pasal tu. Hanya mampu pesan.

Tapi dia tak dengar jugak. Bodoh.

Kejap, mesti korang tertanya tanya kan mana omma & adik kembar aku?

Mereka tu...

Aku

Dah

Bunuh.

woman of hell × byungchanWhere stories live. Discover now