Episod 40

1.4K 57 12
                                    

Selendang putih yang aku beli semalam aku sarungkan di kepala. Baju kurung putih dan lace berwarna ungu mencorakkan lagi bajuku ini.

"Raffy, dah sedia? Tanya Mama yang gembira dengan baju kurung ungu tempahannya itu.

"Dah mama." Jawabku bersahaja. Ye, aku bersedia dan aku mesti bersedia.

"You look gorgeous as always Raffy. Glad to have you as my best friend." Kata Hannah yang cantik dengan peplum berwarna ungunya itu.

Kain berwarna ungu yang kubeli di Jakel memang sesuai untuk semua. Semua mengikut tema.

"Hannah, Raffy takut." Sumpah! Aku takut. Benda ni bukan boleh buat main-main.

"Ehh, kenapa takut pulak? Lepas ni tak boleh nak lepak dengan you sangat kan? Jangan takut. InshaAllah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk you guys. Dah siap cepat! Semua orang tengah tunggu ni. Everything will be fine." Balas Hannah sambil berbisik pada telinga aku.

Betul. Masa tak boleh diputarkan balik. Aku tetap dengan keputusanku.

Aku turun diiringi oleh Mama dan Hannah.

🕸🕸🕸

"Aku terima nikahnya Rafaella Leon binti Abdullah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Air mataku tumpah. Tak sangka. Aku sudah menjadi isteri orang. Semua orang datang memeluk aku dan mengucapkan tahniah.

"Besar dah anak Mama ni. Lepas ni Raffy jadi tanggungjawab orang. Dengar cakap dia
elok-elok. Mama doakan yang terbaik untuk anak Mama ni." Kata Mama sambil menangis terhinjut-hinjut di bahuku. Yelah, aku sahaja anaknya. Berat hati ingin lepaskan aku.

"InshaAllah Mama. Terima kasih jaga Raffy selama ni. Maaf sebab banyak sangat salah Raffy pada Mama. Raffy sayangkan Mama sangat-sangat." Balas aku yang menangis terkesan dengan kata-kata Mama.

Serta-merta kejadian 4 bulan lepas mengingatkanku.

🕸🕸🕸

"Maksudnya sekarang, you reject I lah ni." Tanya Encik Harris kepadaku. Kesian dia. Penat-penat sediakan romantic candle light dinner tetapi aku berikan kata putus yang menghampakannya.

"Yes, Encik Harris. I harap you terima keputusan I. I have to go. Sorry." Laju kakiku keluar dari hotel tersebut.

Nak pecat pun pecatlah. I'm definitely with my decision. Nothing can change it. Biarlah hati aku sakit dengan harapan yang masih belum pasti aku.

Hatiku cuma ada satu nama sahaja dan nama itu masih ada dalam hatiku.

"Raffy, are you okay now? I heard that Encik Harris want to propose you." Hannah menelefon sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku dalam kereta. Hannah mula rapat dengan Encik Harris selepas pertemuan mereka berdua ketika malam tahlil Ummi. Mungkin Encik Harris beritahunya.

"Yes, but--I just say No." Aku menangis. Bukan aku sedih ke apa katakan tidak, tetapi aku masih berharap pada benda yang belum pasti.

"It's okay Raffy. It just clearly shows that your heart is still with him." Hannah balas dengan tenang. Aku tahu siapa yang disebutnya.

"But, I'm hoping for something that unsure." Hakikatnya, aku masih tidak boleh move on.

3 tahun aku tinggalkan Abang Ammar. Kali ini aku yang tinggalkan dia pula. Walaupun aku mengatakan yang aku akan berhubung dengan dia selepas keputusan dia untuk berpindah keluar dari rumah tersebut tetapi aku cuba untuk tidak. Aku nak ujinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rafaella (My Ending) #contestWhere stories live. Discover now