1

3.1K 51 10
                                    

"Babi, pukimak, anjing! Betina sundal! Fuck off! Lancau! Kau penipu motherfucker fuck fuck fuck fuck fucckkkk!"

Dari sejam lepas aku tunggang terbalikkan bilik aku. Pintu almari aku patah, katil aku terbalik, lepas tu dengan barang-barang aku bersepah, pecah dan berterabur.

Aku mengamuk macam budak kecik yang kereta Dash Yankuronya hilang dirembat jiran sebelah.

Selepas aku puas trash bilik aku macam rock star, aku duduk menyandar di tepi dinding, kemudian aku keluarkan vape dari poket seluar corduroy aku, dan aku hisap.

Asap vape berperisa kopi latte tu berkepul-kepul memenuhi ruang bilik aku. Entah kenapa, aku tak boleh menangis. Aku rasa aku dah puas menangis.

Barangkali mata aku pun berkata, "sudah-sudah lah menangis."

Dalam barang berterabur tu, aku ternampak gunting yang aku sering gunakan untuk chai bob marley.

Ternyata putusnya bekalan bob marley di tengah kota akibat operasi bersungguh-sungguh pihak berkuasa menyebabkan tekanan jiwa di kalangan pengguna tegar macam aku.

Aku capai gunting tu kemudian aku calar-calarkan tangan kanan aku. Masa aku melihat darah aku mengalir dari garit-garit yang aku sendiri buat itu, hati aku merasa puas walaupun otak aku berkata ini tindakan yang kurang waras.
Bukan kurang waras, tapi tak waras langsung.

Beberapa detik kemudian, barulah aku menangis.

Kepedihan hati ubatnya ialah tangisan. Ia macam hujan yang ditunggu-tunggu oleh hati yang sedang kemarau yang menanti kepedihannya untuk hilang.

Selepas aku puas menangis dan menggarit tangan, aku mengambil keputusan untuk memandu kereta aku di sekitar Kuala Lumpur untuk menenangkan diri.

Ada terfikir juga untuk terjun bangunan walaupun konek aku kecut untuk melakukan perkara yang sedemikian.

Dalam pemanduan aku itu, lagu-lagu dalam radio tidak lagi aku peduli. Yang berlagu dalam minda aku cumalah lagu melankolik yang bermain dalam kotak minda aku sambil suara-suara dalam kepala aku menyuruh aku untuk melanggar sahaja divider highway, biar mati.

Telefon berbunyi. Itu mesti member gua, Chan. Walaupun namanya seperti seorang Cina, dia ternyata seorang Melayu yang bernama Fauzan.

"Pe cer?" katanya pendek dalam Whatsapp.

"Nanti cite. Aku tgh drive"

"Dtg umah bri."

"*bro"

Chan dan typo berpisah tiada.

"K"

Aku membelok ke arah kiri dan menuju ke simpang jalan taman perumahan tempat Chan tinggal.

--

"Nak lepak mana bro?" tanya Chan, di depan pagar dengan memakai baju band emo Relient K dan seluar pendek.

"Mana-mana bro, janji boleh tenang."

"Port biasa?"

Chan terus buka pintu depan dan duduk. Lagu Azmyl Yunor - Anak Dara berkumandang dalam kereta.

"Lain macam je status FB kau, bro?" tanya Chan, yang bertindak selaku member.

Aku diam. Vape sudah lagi tidak mampu menenangkan aku.

"Nak rokok?" kata Chan sambil menggulung tembakau Harvest.

"Boleh lah."

"Ada problem, story la," kata Chan yang mula nak faham story hujung pangkal.

Ralat Itu NormalWhere stories live. Discover now