HARI ketiga Ariana di syarikat Edzuary, masih tiada apa yang berubah. Betapa beratnya dia nak berpisah dengan selimut pagi tadi. Rasa nak aje dia minum pencuci tandas pagi tadi. Biar dapat MC, lepas tu tak payah masuk kerja. Tak payahlah dia susah hati nak menghadap muka beku Edzuary.
Baru aje Ariana nak bangun daripada kerusinya, tiba-tiba helaian kertas yang rasanya setinggi dua Kamus Dewan diletakkan di atas mejanya. Ariana pandang muka tukang letak kertas itu. Nak apa lagi ni?
"I nak you tolong buka balik semua stapler lepas tu asingkan balik kertas-kertas ni. Tolong fotostat satu copy lagi."
Hati Ariana bengang lagi.
"Tu kerja kau la, cik akak. Aku ni bukan kerani kat sini." Balas Ariana. Bukannya berlagak, tapi kalau orang lupa daratan ni susah juga.
"What did you say? Cik akak? Pleaselah, nama I Miss Murni okay!" Tengking Murni di depan Ariana. Memang pantang orang panggil dia akak, padahal dia memang tua setahun dari Ariana.
"Suka hati akulah nak panggil kau apa. Lagipun, siapa suruh kau suka hati aje suruh aku buat kerja kau?" Makin menyirap darah Ariana dengan minah Murni ni! Perangai tak murni langsung!
"Yang ni bos yang suruh. Jangan banyak cakap pulak!" Perempuan itu malas nak layan Ariana. Dia berlalu pergi.
Ariana ikut juga walaupun hati separuh ikhlas. Hampir sejam masa diambil untuk membuka stapler-stapler pada kertas itu. Disusun sebanyak empat bahagian seperti yang diminta oleh kakak yang murnilah sangat itu. Lepas ni nak fotostat pulak. Arghh!
"Nah!" Ariana letak kertas tebal itu. Dah jadi empat Kamus Dewan gayanya.
"Eh, nanti kejap!" Belum sempat Ariana berlalu, dia diseru kembali. Haish... Nak apa lagi ni?
"Belum habis lagi. I lupa bagitau you, lepas fotostat tolong staplerkan semua kertas ni macam asal." Dia ketawa.
Berasap telinga Ariana yang mendengar. Baru aje Ariana nak bidas balik, si kerani itu bersuara.
"Jangan salahkan I pula. Ni bos yang suruh, tau?" Dia tergelak sinis lagi. Geram betul Ariana tengok perempuan di depannya ini. Tampar mulut tu karang! Tak pasal-pasal esok tak payah pakai lipstick sebab bibir dah merah kena penampar. Huh!
Cis! Ary... Ary... Kalau ada depan mata sekarang ni, memang dia dah staplerkan mulut mamat itu. Biar dia rasa sikit macam mana sakitnya kena stapler. Ooo... Nak kenakan aku, ya? Kau tengoklah macam mana aku balas nanti!
"Bos cakap, benda ni penting. Sebelum dia masuk pejabat petang nanti, pastikan benda ni dah ada di atas meja dia. Faham?" Dia sengih jahat.
Dengan perasaan geram, Ariana capai kembali kertas itu untuk dibawa ke meja kerjanya. Ariana pandang jam di dinding. Tambah pula dengan ramai orang yang keluar berpusu-pusu, Ariana mengeluh panjang. Terbanglah lunch aku!
........................................................................
"TAK patut betul. Ada ke suruh aku buat kerja masa lunch? Ni kalau aku repot kat Papa dia ni, baru berdangdut kena marah. Biar padan muka." Ariana membebel geram. Tapi, memang dia tiada niat nak melapor. Bukan Arianalah kalau nak merepot-repot ni.
"Kau ingat aku nak biar aje kau buli aku? Kau tak kenal aku lagi la, Edzuary." Ariana sengih jahat.
Macam-macam idea jahat dalam kepala. Tapi, sebelum itu, dia kena habis staplerkan kertas-kertas ini dulu. Ooo... Kertas-keryas ni penting, ya? Tahulah macam mana aku nak buat nanti!
"Dah siap dah." Ariana lega. Akhirnya siap juga kerja sia-sia dia ni. Ariana pandang jam di pergelangan tangan kirinya. Okey, sekarang baru fikir pasal nak pedajalkan Edzuary. Hehe...
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
Любовные романыKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...