memang sakit di dada minah, seorang demi seorang orang yang dia sayang meninggalkan dia
" jimin maafkan aku! " minah meronta kesedihan
6 serigala mengepung kris sekeliling dengan nafas buas jelas kedengaran
changyeol mula bertindak ingin menyondol kuat tetapi tidak berjaya, kris terbang ke udara, keenam-enam serigala mendongak ke atas
" tak guna! " gumam baekhyun
" sekarang tiada lagi musuh untuk di tentang, hahahahahahaha! " kris ketawa puas, terlintas sesuatu di fikiran kris
mata kris menumpu pada minah, terukir senyuman di bibir, jihyo dapat meramal sesuatu lantas dia berdiri ke depan, kedua belah tapak tangan di tekup pada permukaan tanah, terbina sebuah dinding lutsinar berwarna putih
semua menjadi cuak, takut kris melakukan apa-apa
" wow! " kris tersenyum
bts ingin membalas serangan kris, entah kenapa semua tidak boleh bergerak, hanya anak mata sahaja yang boleh bergerak, mata dong wook di turunkan memandang tanah, terdapat sebuah bayang hitam sebesar kolam di bawah tapak kaki mereka, bukan mereka sahaja malah keenam-enam serigala itu juga sama
" minah aku punya " ucap kris dengan gerun
lantas kris mengangkat tubuh minah ke udara, minah ingin menjerit pertolongan namun malang kerana suaranya di kunci, pada masa yang sama, mayat jimin tiba-tiba hilang entah kemana
" selamat tinggal semua " lalu kris mendepakan tangan pada ahli bts dan yang lain, satu kuasa merah menghala pada semua, lantas semua memejamkan mata
bila mata di celik, mereka di penjara bawah tanah kepunyaan istana vamp bersama keenam-enam serigala jadian
" sial!! " rapmon mendengus kasar
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
kris telah mengawal tubuh minah menyebabkan tubuh minah berjalan sendiri, lalu kris membawanya ke sebuah bilik, bila langkah kris di henti minah turut berhenti
kris memusingkan badan menghadap minah, ibu jari dipetik menyebabkan minah terduduk ke lantai dan boleh bergerak sendiri
namun mata minah terpana pada sekujur tubuh yang lemah lagi kaku
' sul.. li... ' minah menjadi ketakutan melihat keadaan sulli tangannya di gantung keatas dan kelihatan begitu lemah, matanya pula terbuka dan tidak berkelip walau sekilas, dia seolah-olah di pukau
kris mencengkam belakang rambut minah
" argh!! " minah mengerang kesakitan
" eh! bangun! " kris mencengkam belakang rambut minah untuk memaksa minah berdiri
" suami kau dah mati, sebab apa? sebab dia bodoh! bodoh selamatkan perempuan macam kau! " hambur kris betul-betul di sebelah telinga minah
" a.. aku mohon.. to...tolong jangan apa-apakan aku! " minah merayu dengan airmatanya mengalir
" ini untuk dosa puak suami kau! "
Dak!
kris menghantukkan kepala minah pada dinding bersebelahan sulli, menyebabkan kepalanya sakit tidak terkata, dia dapat rasakan, ada sesuatu yang mangalir di dahi, matanya terus terpejam rapat
" hahahahhahahahahahha " kris ketawa bagai orang gila
kris memakaikan rantai besi pada pergelangan minah, lalu kris mengawal badan minah untuk minah berdiri, dia berjalan pergi sebelah sulli atas kawalan kris, bila bahu minah dan bahu sulli sebelah menyebelah, kris mengunci rantai besi di pergelangan minah
YOU ARE READING
You're Such Vampire! I Hate You Chim!
Vampiros***Pencapaian : Ranking #1 in Vampire (27/12/2016) " jimin! tolong jangan buat aku macam ni jimin! kau janji kau takkan tinggalkan aku kan? " mengalir airmata minah melihat suaminya muntah darah di pangkuannya setelah terkena serangan daripada vamp...