Aku mengurut kaki aku yang sudah lenguh. Penat betul aku temankan si Zalikha ni lah. Habis satu mall tu dia ajak aku tawaf. Satu satu butik dia masuk tapi tak ada apa pun yang dia beli.
Ini lah padahnya kalau dapat kawan yang kaki shopping ni. Nak tercabut pinggang aku ni sebab tak berhenti berjalan.
Aku bangun daripada katil untuk mengambil tuala dan membersihkan badan. Tetapi langkah aku terhenti apabila telefon aku berbunyi. Aku mencapai telefon yang berada di atas meja solek. Tertera nama kak Ina di skrin telefon. Asal pula kak Ina call aku ni. Dengan rasa malas aku menjawab panggilan.
"Assalamualaikum, Ira." sapa kak Ina. Dengan dia punya tone suara ni aku dah tahu mesti ada sesuatu.
"Waalaikumussalam. Ada apa akak call orang ni?" tanya aku walaupun aku sudah tahu jawapannya.
"akak nak minta tolong Ira boleh tak?" Hah! Kan aku dah cakap.
"tolong apa kak?" tanya aku lagi.
"tolong akak jagakan butik akak. Akak kena ikut abang Naim kau balik kampung dia. Ada hal keluarga yang nak kena selesaikan." terang kak Ina. Aku mengeluh. Kalau kak Ina ni kenalah aku setuju kalau tak habis telefon aku hang sebab dia call aku tak henti.
"ok, orang tolong" jawab aku. Boleh aku bayangkan kak Ina tengah tersenyum lebar sekarang.
"thank you, Ira. Sayang adik akak yang cantik ni." huh, tulah akak aku bila kita tolong dia baru dia nak puji kalau tak tunggu tua lah baru dia nak puji tu pun tak tentu lagi.
"erm yelah yelah kak. Suka hati akak lah nak cakap apa. Ok lah kak orang nak mandi ni melekit satu badan sebab temankan si Zalikha shopping."
"ok, jaga diri tu. Assalamualaikum. And once again, thank you." dan talian dimatikan apabila salamnya disambut. Aku terus menyambung apa yang aku ingin lakukan tadi.
•••••••
Rasa mengantuk membuatkan mata untuk terus tidur tetapi terkenangkan solat subuh yang masih belum dilaksanakan aku menggagahkan badan untuk turun daripada katil.
Usai menunaikan solat subuh aku membaca Al-Quran. Sehelai dua pun jadilah asalkan aku dapat baca. Selepas sahaja aku membaca Al-Quran aku menuju ke dapur untuk bersarapan dan bersiap untuk ke butik Kak Ina.
Nasib baik lah mall tak adalah jauh sangat daripada rumah sewa aku. Cuma ambil lima belas minit perjalanan. Keluar daripada kereta aku terus menuju ke arah lif. Aku meninjau ke arah jam yang berada di tangan. dah nak pukul sembilan. Sempat lagi nak sampai butik.
Dengan langkah yang tenang aku berjalan ke Butik Saralina iaitu butik kak Ina.Sebaik sahaja aku sampai perkara pertama yang aku buat ialah mengemas.
Usai mengemas aku menuju ke stor untuk kira stok baju yang ada. Dalam masa aku kira stok, pekerja butik masuk seorang demi seorang sampai aku tak perasan yang ada seseorang berdiri di belakang.
"IRA!!!"
Aku terlompat kebelakang sebab terkejut dengan 'sapaan' yang diberikan oleh Kak Nita. Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak dah ada ambulans datang nak bawa aku pergi hospital sebab kena heart attack.
"Astagfirullah, kak Nita ni. Salam tak ada tiba-tiba sergah orang. Nasib baiklah orang ni tak ada sakit jantung mahu taknya ira masuk hospital sebab terkejut. " aku menggelengkan kepala.
Kak Nita hanya tersengih, suka agak nya menyakat aku. Kak Nita mendekati aku dan membantu aku mengira stok baju. Ringan sikit kerja aku.
Aku kembali ke kaunter dan bersedia untuk membuka kedai. Baru sahaja menginjak pukul sepuluh setengah butik Saralina dah dikunjungi dengan beberapa orang pelanggan dan kebanyakan pelanggan yang datang ialah orang yang berada.
YOU ARE READING
Miss to Mrs.
RomanceFeera anak bongsu dalam tiga adik beradik telah membuat perjanjian dengan ibunya yang dia akan berkahwin dengan pilihan ibunya jika dia masih tidak mempunyai orang yang istimewa pada umur 26 tahun. "Ira kamu ingat tak janji kamu dengan umi? So sekar...