Bab 1

945 74 15
                                    

Kring!!!!!

Loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu belajar telah tamat.

"PERHATIAN SEMUA!!" arah ketua kelas.

Semua pelajar memberi perhatian dan mendengar arahan ketua kelas mereka.

"Terima Kasih, Cikgu" ujar ketua kelas lalu menundukkan badannya tanda hormat. Dan semua pelajar mengikut tindak ketua kelas.

"TERIMA KASIH, CIKGU!" ujar semua pelajar. Cikgu mereka hanya menganggukkan tanda faham.

Semua pelajar mengemaskan buku dan bersedia untuk pulang. Hyomin yang sedang memasukkan beberapa bukunya kedalam beg sandangnya, tiba-tiba ada seseorang menegur Hyomin.

"Hyomin!!"

Hyomin menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu. Pemilik suara itu adalah Kang Jin Sol yang merupakan kawan rapat Hyomin sejak kecil lagi. Di sebelahnya adalah Song Ri Na merupakan seorang pendiam dan juga seorang gadis kedua cerdik kerana dia tidak boleh menangi Park Hyomin yang pakar dalam semua subjek.

"Kenapa rakan-rakanku sekalian?" tanya Hyomin yang kehairanan.

"Jom kita pergi shopping!!" jawab Jinsol sambil tersenyum.

"Kalau setakat nak pergi shopping je, aku tak nak ikut." ujar Hyomin.

"Ala.. Tak bestlah macam ni kalau Hyomin tak ada." Rina memuncungkan sedikit mulutnya.

Hyomin tak endahkan kata Rina. Hyomin bangun dari tempatnya dan pergi ke loker miliknya untuk menyimpan buku notanya kedalam loker. Jinsol dan Rina mengikut jejak Hyomin ke loker.

"Tau tak apa. Hai.. Kalau Hyomin tak ada, tak dapat lah kita pergi karaoke." Jinsol sengaja memancing Hyomin. Bulat mata Hyomin apabila terdengar perkatakan karaoke.

"Karaoke? Kalian nak pergi karaoke ke? Ish! Nak ikut.." ujar Hyomin.

"Kata tadi tak nak ikut." Jinsol memasamkan mukanya.

"Ala.. Itu tadi, sekarang ni nak ikut. Boleh lah Jinsol, Rina.." rayu Hyomin.

Jinsol senyum menandakan rancangannya mengajak Hyomin telah berjaya. Jinsol mengelip matanya kearah Rina. Rina hanya membalas dengan senyuman.

"Ok, guys~ Kaja!! (Jom!!)" ajak Jinsol dan Rina. Mereka berdua berlari keanak-anakan meninggalkan Hyomin yang terpinga-pinga.

"Wey! Tunggu lah aku!!" panggil Hyomin.

"LAMBAT TINGGAL!!" jerit Rina.

Hyomin mula berlari mengejar Jinsol dan Rina yang telah jauh di depan. Park Hyomin, adalah seorang gadis paling cerdik di sekolahnya dan dia juga handal dalam bersukan walaupun ketinggiannya selalu menjadi halangan buatnya untuk menyertai aktiviti sukan. Kerana senior dia selalu membuat spekulasi tentang tingginya tidak boleh menyertai sukan.

*********


"AKU nak pergi karaoke bukan pergi shopping!" marah Hyomin.

"Sabarlah. Karaoke kemudian, yang utamanya ialah shopping. Kalau tak pergi shopping dulu, nanti barang yang aku nak, nanti habis." terang Jinsol.

Hyomin melihat gerak-geri Jinsol yang sedang mengambil bahan memasak. Hyomin sudah tahu, bila sahaja Jinsol menyebut perkataan shopping bermakna dia mahu membeli barang dapur yang selalu Ommanya suruh jika barang dapur sudah habis. Hyomin sudah masak dengan perkara seperti ini. Hyomin bersuara semula.

"Kau ni shopping barang masak ke, shopping baju?" perli Hyomin yang tak puas hati.

"Dua-dua pun boleh jugak." ujar Jinsol. Ikutkan hati Hyomin mahu dicekek Jinsol masa itu. Hai, sabarlah wahai hati. Jinsol perasan yang Hyomin diam sejak dari tadi.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now