"Byung-kyu, mengapa kamu masih tidur? Sudah pukul 8:00 pagi, kamu hampir terlewat!"
Ibu mengejutkan Byung-kyu.
Byung-kyu terperanjat apabila menyedari jam locengnya sudah rosak.
Dia terus memakai baju tanpa membasuh muka.
Malangnya, bas telah berlepas semasa di bergegas ke perhentian bas.
"Alamak! Bas yang seterusnya akan tiba selepas satu jam."
Jangan risau. Awak boleh menggunakan jalan pintas."
Byung-kyu terdengar suara dari belakangnya.
Rupa-rupannya itu ialah suara seorang budak lelaki yang sebaya dengannya.
"Jom ikut saya,"
Kata budak lelaki itu sambil melangkah ke hadapan.
Walaupun ragu-ragu, Byung-kyu tetap mengikuti budak lelaki itu.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah tapak pembinaan jambatan.
Sebelum masuk ke dalam tapak pembinaan jambatan itu, budak itu menoleh ke arah Byung-kyu sambil tersenyum.
Suasana di tapak pembinaan itu sangat menyeramkan.
Hantu seolah-olah akan muncul pada bila-bila masa.
Byung-kyu mempercepatkan langkahnya dan mengikuti budak itu kerana ketakutan.
"Kerja pembinaan jambatan ini telah ditangguhkan sekian lama. Aeak tahu sebabya?"
"Semasa kerjs pembinaan dijalankan, beberapa orang pekerja telah mati lemas."
Byung-kyu semakin takut.
"Jom lompat ke seberang kamabatan."
Budak lelaki itu nerhenti di tengah-tengah j ambatan yang terputus.
Dia melompat seberang jambatan dengan begitu mudah sekali.
"Cepat lompat ke sini!"
Air sungai di bawah jambatan itu mengalir dengan deras.
Sesiapa yang terjatuh pasti akan dihanyut oleh arus.
Byung-kyu tidak berani melompat kerana jurang jambatan itu terlalu besar.
"Mengapakah awak masih tercegat di situ? Cepat lompat ke sini! Bukankah awak sudah terlewat?"
Budak lelaki itu menggesa Byung-kyu.
"Jauhnya, saya tidak berani melompat ke situ."
"Awak memang penakut!"
Cemuh budak itu dengan sinis.
"Siapakah yang awak kata penakut? Saya akan melompat sekarang!"
Byung-kyu tidak mahu dirinya diejek.
Oleh itu, dia berundur ke belakan dan beesedia untuk melompat.
Tiba-tiba dia ditarik oleh seseorang.
"Awak gila? Awak ingin melompat dari sini? "
Seorang polis menghalang Byung-kyu.
"Bagaimanakah awak boleh berada di sini?"
Tanya polis itu.
"Seorang budak lelaki telah membawa saya ke sini untuk menunjukkan jalan pintas kerana saya sedang mengejar masa."
"Di manakah budak lelaki itu? Kononnya, beberapa orang pekerja mati lemas di sini turut mendengar suara budak lelaki sebelum melompat sebwrang jambatan."
Byung-kyu terkejut.
Budak lelaki itu sedang memandangnya dengan wajah menakutkan.
YOU ARE READING
CERITA HANTU KOREA
RandomSemasa kecil, saya pernah menonton sebuah drama bersiri yang dasyat, iaitu " HANTU KEMBAR ". Dalam filem itu, Gumiho dan hantu anak dara muncul setiap kali menjelang musim panas. Semasa hantu muncul pada kaca televisyen, saya akan segera menutup mat...