Bekalan Elektrik Terputus

566 15 0
                                    

Mi-na dan rakan-rakan sekelasnya menyertai swbuah rombongan pelancongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Mereka akan bermalam di sebuah asrama lama.

"Tempat ini macam rumah hantu."

"Teruknya! Adakah tempat mempunyai bekalan elektrik?"

Mi-na dan rakan-rakannya merungut kerana tidak berpuas hati dengan asrama itu.

Pada waktu malam, semua orang berehat di dalam bilik masing-masing.

"Mi-na, kami bercadang untuk berjalan di luar secara curi-curi. Awak nak ikut tak?"

"Saya sudah penat. Saya ingin tidur."

Mi-na terus terlena selepas rakan-rakannya meninggalkan bilik mereka.

Tidak lama kemudian, dia terjaga kerana terdengar sura perbualan di dalam bilik.

"Kalian sudah balik?"

Mi-na bangun sambil menguap.

"Mengapakah kalian tidak memasang lampu?"

Tanya Mi-na.

Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana kwadaan bilik itu gelap gelita.

"Bekalan elektrik telah putus,"

Kedengaran satu suara lemah.

Mi-na memerhatikan peesekitaran bilik.

Dia tidak nampak apa-apa selain sinaran cahaya bulan yang malap di luar.

"Mengapakah bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba? Bilakah bekalan elektrik akan pulih?"

"Saya tidak tahu,"

Jawab suara lemah itu.

"Apakah yang terjadi dengan suara awak? Jangan-jangan awak terlalu takut sehingga hilang suara? O ya, asak ada selimut lebih? Toba-tiba bilik ini terasa sejuk pula."

Seseorang telah menghulurkan sehelai selimut kepada Mi-na.

Badan Mi-na segera menjadi hangatselepas berselimut.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bercadang untuk menceritakan kisah hantu.

Semua orang dikehendaki menceritak cerita hantu secara bergilir-gilir.

Akhirnya, sampai giliran Mi-na.

"Cerita hantu ini ialah kisah benar yang dialami oleh kawan sepupu saya.

Pada suatu malam, kawan sepupu saya mengulang kaji pelajaran di dalam bilik membaca sehingga larut malam.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terdengar bunyi detapan kasut seperti seseiranv sedang mengekorinya."

"..."

Semua orang senyap sahaja dan terus mendengar.

"Adakah kalian sedang mendengar?"

"Ya."

Tiba-tiba suara cikgu kedengaran dari luar bilik.

"Murid sekalian, bekalan elektrik akan pulih tidak lama lagi. Kalian diminta agar menunggu di dalam bilik sengan penuh sabar dan jangan pergi ke mana-mana."

Mi-na ternampak cahaya lampu suluh yang lemah dari celah pintu.

"Bukankah lebih seronok jika tiada bekalan elektrik? Apakah pendapat kalian?"

"..."

Tiada sesiapa yang menjawab soalan Mi-na.

"Cepatlah jawab."

Tiba-tiba bekalan elektrik pulih.

Mi-na berasa terkejut kerana tidak ada sesiapa di dalam bilim itu selain dirinya-sendiri.

Tidak lama kemudian, lampu terpadam lagi lagi dan bilik mendai gelap-gelita semula.

Jari-jemari Mi-na menggeletar kerana bilik menjadi semakin sejuk.

"Awak masih belum menghabiskan cerita hantu itu lagi."

Kedengaran suara yang lemah itu lagi.

Pada ketika itu, Mi-na ternampak banyak pasang mata yang sedang memerhatikannya dalam kegelapan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITA HANTU KOREAWhere stories live. Discover now