BAB 11

118 3 0
                                        

Iqa melangkah keluar dari kereta dengan hati yang tenang. Dia tidak mahu mencelarukan fikirannya dengan perasaan yang negatif. Iqa memilih untuk memakai kebarung putih yang dibeli oleh Afiq untuk dipakai semasa majlis pertunangan mereka yang tidak kesampaian. Bukan dia tidak mahu menghormati hari bahagia Afiq, namun biarlah Afiq melihat dia dengan pakaian yang dibeli olehnya untuk terakhir kali. Dia tidak mahu lagi bersua muka dengan lelaki kesayangannya yang sudah pun menjadi milik orang lain.

Sedang asyik Iqa berjalan sambil membetulkan kainnya yang berkedut, dia terlanggar seseorang yang baru sahaja keluar dari kereta.

"Sorry Encik. Saya tak sengaja." Iqa meminta maaf kepada lelaki yang dilanggarnya.

"It's okay." Jawab lelaki tersebut sambil tersenyum kepada Iqa.

Iqa memalingkan mukanya setelah mendengar suara lelaki tersebut.
"Eh, Amar! You buat apa kat sini? Eh silap, you pun datang kenduri ni jugak ke?" Iqa separuh gelabah apabila melihat orang yang dilanggar itu adalah Amar.

"I datang wedding kawan I. Eh silap, sebenarnya bukan kawan. Pengantin perempuan ni sebenarnya ex-girlfriend I. I tak dapat datang wedding dekat runah dia, so dia minta I datang majlis untuk pihak lelaki." Jawab Amar sambil tersenyum, dia seperti mengajuk apa yang dicakap oleh Iqa tadi.

Iqa tersenyum malu.
'Aduh, boleh pulak jumpa mamat ni kat sini. Dahlah pakai kemeja putih, takde baju warna lain ke dia nak pakai?'
Sungut Iqa di dalam hati kecilnya.

Selepas kejadian tempoh hari, Amat langsung tidak berani untuk menegur Iqa. Dia ternampak bunga yang dibagi olehnya ada di dalam tong sampah kecil di bawah meja Iqa. Iqa hanya mengambil ferrero rocher sahaja. Malu bukan kepalang apabila dia direject mentah-mentah oleh Iqa.

"Jom kita masuk, baju pun dah sama." Kata Amat sambil mengenyitkan matanya kepada Iqa.

Iqa berjalan di belakang Amar, dia tidak mahu dilihat oleh mama dan papa Afiq. Apa pula kata mereka, takut dituduh cepat pula dapat pengganti setelah Afiq meninggalkannya.

Dari jauh dia ternampak Afiq sedang menyuapkan makanan pengantin ke dalam mulut Asmidar untuk sesi makan beradab, mama dan papa juga makan di meja pengantin.

'Makan dulu lah.' Desis Iqa.

Sedang asyik Iqa menyenduk lauk, datang pula Amar dari belakang menyapanya.

"Iqa, I dah reserved tempat untuk you tau. Tempat semua penuh, famili pengantin perempuan masih ramai."

"Oh okey." Jawab Iqa dalam kebingitan orang ramai.

Iqa makan dengan berselera tanpa mempedulikan Amar yang berada di sebelahnya. Sudah lama dia tidak menghadiri kenduri kahwin. Banyak sahaja lauk yang diambil.

Amar hanya memerhatikan telatah Iqa yang comel itu sambil makan.

Selesai sahaja makan Iqa masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan mama Afiq, dia masih belum bersedia untuk bersua muka dengan Afiq dan isterinya.

"Assalamualaikum, mama sihat?" Tanya Iqa sambil mencium tangan Puan Mariani, dia sudah menganggap mama Afiq seperti ibunya sendiri.

"Waalaikummussalam, mama sihat alhamdulillah sayang. Lamanya tak jumpa Iqa, mama rindu sangat dengan Iqa. Kenapa tak datang rumah mama?" Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Puan Mariani.

Iqa hanya tersenyum dengan soalan yang diajukan oleh Puan Mariani.

"Mama minta maaf ya bagi pihak Afiq, mama tak tahu nak buat macam mana lagi. Afiq tu degil. Mama simpati apa yang jadi dekat Iqa." Sambung Puan Mariani lagi sambil tangannya merangkul tubuh Iqa untuk dipeluknya.

"Tak elok mama cakap macam tu, mama dah dapat menantu...cantik orangnya. Dah tiada jodoh Iqa dengan Afiq, Iqa terima...Iqa redha ma." Jawab Iqa sambil tersenyum pahit.

Walaupun dia sudah betul-betul redha untuk melepaskan Afiq dari hidupnya, namun Iqa masih lagi bersedih atas apa yang berlaku kepadanya.

"Bila Iqa free datanglah jenguk mama kat sini, nanti mama masak sedap-sedap untuk Iqa. Iqa datang dengan siapa, mama dengan abah tak datang?" Tanya Puan Mariani sambil memanjangkan lehernya memandang ke luar.

"Iqa datang sorang ma, mama dengan abah dekat Singapura. Diaorang minta maaf tak dapat datang, mama abah kirim salam." Jawab Iqa.

"Iqa datang sorang ke dengan kawan? Yang belakang Iqa tu siapa?" Tanya Puan Mariani sambil menunjuk kepada Amar.

'Sejak bila pulak Amar masuk dalam rumah ni, ish.' Iqa mendengus di dalam hati.

"Oh, ni kawan office Iqa ma, kebetulan dia pun datang kenduri bagi pihak Asmidar." Jawab Iqa.

"Mama ingatkan boyfriend kamu, baju pun dah sedondon." Seloroh Puan Mariani sambil tersenyum.

"Hai Amar, I ingat you taknak datang majlis perkahwinan I." Sapa seorang wanita di belakang.

Sejurus sahaja Iqa memusingkan badannya ke belakang, matanya bertembung dengan Afiq. Lelaki yang pernah dicintainya dulu sangat segak menggayakan busana pengantin, songket yang berwarna baby blue menjadi warna pilihannya dengan Afiq dahulu.

Mata Afiq tidak berkelip melihat Iqa yang tersarung kebarung putih yang dibeli olehnya.

"No problem As, tahniah buat you dan suami. Untung Afiq dapat isteri macam you." Jawab Amar sambil bersalaman dengan pengantin lelaki.

"Congrats to both of you." Iqa hanya mampu tersenyum ke arah mempelai sambil tangannya bersalaman dengan Asmidar.

"Thanks, kawan Afiq ya?"
Tanya Asmidar kepada Iqa, tangannya tidak lepas dari memeluk lengan Afiq.

"Ha'ah." Jawab Iqa pendek.

Amar masih tercegat disitu. Mata Afiq tidak lepas memandang Iqa bersama dengan lelaki yang memakai sedondon dengan bekas kekasih hatinya.

'Mamat ni mesti boyfriend baru Iqa, cepatnya dia cari pengganti.' Desis Afiq di dalam hati.

"Papa kat mana ma? Iqa nak jumpa papa dulu sebelum balik." Kata Iqa sambil mencium tangan Puan Mariani. Dia tidak sanggup lagi melihat kebahagiaan Afiq di depan mata, hatinya terluka.

"Cepatnya nak balik, Iqa duduk dulu, mama minta orang dapur bungkuskan lauk untuk Iqa." Jawab Puan Mariani.

"Ala, tak payah la susah-susah mama." Iqa menarik tangan Puan Mariani untuk menghalangnya ke dapur.

"Tak susah pun, Iqa bukan orang lain, anak mama juga kan?" Puan Mariani mencubit pipi Iqa mesra sambil berlalu ke dapur.

Adegan mesra itu hanya diperhatikan  oleh Asmidar. Sakit hatinya melihat kemesraan ibu mertuanya dengan orang yang tidak dikenali olehnya.

"Tu mesti ex-girlfriend you kan." Asmidar memuncungkan mulutnya ke arah Iqa yang sedang duduk menunggu Puan Mariani.

Amar hanya memerhatikan gelagat Asmidar yang cemburu dengan ibu mertuanya.

'Jadi Iqa ni ex-girlfriend Si Afiq, patutlah rapat lain macam dengan tuan rumah ni.' Amar menjawab sendiri kepada persoalannya.

Redha atau Pasrah?Where stories live. Discover now