Chapter 22

486 69 9
                                    

***

Hyuna menghempaskan badan di atas katil selepas selesai mandi. Siling dipandang kosong. Sakit hatinya dengan isteri baru V tu belum habis.
'Dia betul-betul ingat dia boleh rampas Taehyung.. Ceh, pathetic'

Dia masih berada di rumah Kim Tae O, walau hakikatnya, lelaki itu sudah menyuruhnya keluar. Menunjukkan kehadirannya tak berapa dialu-alukan. Biar lah nak berlama sikit, tak rugi apa-apa pun, fikirnya tanpa segan-silu.

Pintu bilik dibuka. Muncul wajah cantik mulus Taeyeon di pintu. Hyuna terkejut, terus bangun duduk bersila di atas katil.
"Eh, Taeyeon-unnie ! Bila unnie balik Daegu ?" Hyuna cuba bermesra, tetapi Taeyeon hanya menayangkan muka selamba.
"Semalam" jawabnya ringkas seraya menghampiri Hyuna.

"Taeyeon-unnie ada apa datang bilik Hyuna ? Ada apa Hyuna boleh tolong ?"
"Semua bilik kat rumah ni bilik aku. Bukan kau punya. Lagipun, aku dengar kau masih kat sini lagi.. so I come"

Hyuna terdiam mendengar jawapan Taeyeon. Taeyeon, sama macam Taehyung. Dingin dengan semua orang. Terkulat-kulat dia di atas katil. Taeyeon mengambil tempat di sebelah Hyuna.

"Sebenarnya kan Hyuna, ada benda yang Hyuna boleh tolong"
"Hm ? Tolong apa ?" Hyuna memandang wajah Taeyeon. Sempat cemburu dengan wajahnya yang suci dari segala cela.

"Tolong. jangan. rosakkan. rancangan" tegas Taeyeon. Hyuna tersentak.
"Maksud unnie–"
"Buat masa ni, jangan dekati Taehyung. Kau sepatutnya ekori dia dari jauh, tapi apa kau buat petang tadi ? Jangan ingat unnie tak tahu.."

Hyuna buat muka tak puas hati.
"Tapi kenapa ? Hyuna tak suka perempuan tu ! Dia langsung tak sesuai dengan Taehyung..!"
"Hyuna, don't let your emotions get on you. Ingat misi kita. Kita nakkan harta perempuan tu kan ?" suara Taeyeon ditinggikan tanpa sedar.

"Ikut plan. Taehyung mesti dapatkan kepercayaan perempuan tu sepenuhnya dulu. Mungkin makan masa, tapi tu lah langkah pertama" terang Taeyeon. Hyuna tunduk.
"Lepas dia dah percaya, senang la nak suruh dia tandatangan surat pemindahan harta, itu je pun" sambungnya lagi.

"Dengar tak, Kim Hyuna ?" soal Taeyeon dengan tegas. Hyuna diam sebelum mengangguk perlahan.
"Kalau Hyuna tak boleh kawal diri, we gotta replace you dengan orang lain. Banyak lagi orang boleh buat kerja ni" zuss menusuk hati Hyuna.

Taeyeon bangun dan berjalan ke pintu.
"Oh ya, appa unnie suruh Hyuna 'check out' pagi esok jugak. Kalau tak, halau" sempat Taeyeon berpesan sebelum hilang di sebalik pintu. Hyuna mendengus.

'Tak boleh, tak boleh.. Aku dah terlalu lama berpisah dengan Taehyung, and he's finally back. Tak kira, aku akan dapatkan cinta dia balik, walau apa cara sekalipun. Kemon, Hyuna. Kau kan bijak..'
Hyuna ligat memikirkan idea untuk mendapatkan V, sampai tertidur.

***

Pintu utama dibuka perlahan. V dan Yerin tiba di rumah Puan Kim saat jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam. Mereka berjalan berjengket-jengket menuju ke bilik, cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Cuma bisikan antara mereka.

"Cepat lah, Yerin. Nanti Omma terjaga kang, 'masak' kita"
"Aku tengah cepat la ni, tak nampak tahu tak ? Gelap sangat"
"Betul lah ni bilik kita. Bukak la"
"Ish, sabar kejap boleh tak ?"
Tombol dicapai, tetapi pintu itu terlebih dahulu terbuka dari dalam.

"AAAHH POCONG !!" jerit V, terus melompat ke arah Yerin membuatkan wanita itu ikut terkejut. Laju tangan Yerin menampar V yang dah menyorok di belakangnya. Budak ni kang ada yang tidur luar– eh macam ni rumah dia.

You're my Poison | TAERINWhere stories live. Discover now