BAB 29

3.6K 183 3
                                    

"AD pergi mana semalaman tak balik? Ni dah tengah malam baru sampai rumah.Baik Ad bagitahu mama,Ad pergi mana?",

Sebaik sahaja Adrian melangkah masuk ke dalam rumah,Puan Jasmin terus menyoalnya dengan pandangan tajam.Kut ye pun bagilah dia buka beberapa langkah dulu.Ni pintu rumah pun dia tak sempat nak tutup dah kena soal macam-macam.

"I'm tired,mama.Ad nak masuk bilik dulu", jawab Adrian perlahan.Letih satu badannya sekarang ini oleh kerana memandu dari Johor ke Selangor tanpa rehat.

"Ad,I'm asking you! Ad tahu tak esok majlis pertunangan Ad? Semua orang cari Ad tau! Aina tu pun dah banyak kali tanya pasal Ad.Boleh tak kalau ubah sikit perangai tu? Dah nak jadi tunang orang tapi perangai macam budak-budak.Malulah sikit dekat Aina tu", marah Puan Jasmin pada anak sulungnya yang tak pernah nak berubah.Tak pernah nak serius betul!

" Kenapa? Dia yang beria sangat nak bertunang dengan Ad jadi nak atau tak dia kenalah terima Ad seadanya.
Kalau perangai Ad tak matang,apa Ad boleh buat? Ad takkan mengubah apa-apa tentang diri Ad disebabkan seorang perempuan.This is me and I'm not gonna change myself", tegas pendirian Adrian.

"Ad tak kasihan ke dekat Aina yang kena layan perangai Ad macam ni?", soal Puan Jasmin masih tidak puas hati.

" Tak",

"What? Ad,she's your fiance to be.Boleh tak cuba berlembut sikit dengan dia?",

" Nope! I won't and she's not gonna be my fiance or my wife", luah Adrian.Dia tidak mahu akur lagi dengan segala permintaan Puan Jasmin.Jika hal ini berkaitan dengan perkara lain mungkin dia boleh pertimbangkan lagi tapi kalau tentang
memaksa dirinya untuk berkahwin dengan gadis yang langsung dia tidak suka,maaflah kerana dia terpaksa menolak keras.

"Hah? Apa yang Ad cakap ni?", tercetus kemarahan di hati Puan Jasmin dengan kata-kata Adrian seketika tadi.Jangan-jangan..

"Ad nak batalkan pertunangan ni.Ad takkan terima Aina dalam hidup Ad", tegas Adrian lalu dia meninggalkan Puan Jasmin.Panggilan beberapa kali dari ibunya langsung tidak diendahkan.

Bukan niat untuk kurang ajar tapi ini soal hidupnya.Dia berhak untuk memilih siapa yang layak untuk dijadikan pendamping hidupnya dan yang pasti dia hanya mahu Marlyana seorang saja.

PAGI keesokan hari,pintu bilik Adrian diketuk bertalu-talu dari luar.Dia yang baru sahaja selesai mandi terus membuka daun pintu biliknya.Wajah Afyra terpamer.

"Kenapa?", soalnya hairan bila Afyra memadangnya dari atas ke bawah dengan dahi berkerut.

"You're asking me why? Why are you wearing this shirt?", soal Afyra terkejut dengan pemakaian abangnya.Di hari pertunangan sendiri,boleh pula lelaki itu sekadar memakai t-shirt hitam lengan pendek dan seluar track.Dah buang tabiat sangat ke apa?

" Why?",

"Why? Are you kidding me? Hari ni hari pertunangan abang dengan Kak Aina tau! Habis abang nak pergi rumah Kak Aina dengan baju macam ni?",

Adrian terlopong.Pertunangan? Bukan ke semalam dia sudah cakap pada Puan Jasmin bahawa pertunangan ini dibatalkan?

" Wait,wait.Pertunangan? Tapi abang dah batalkan pertunangan ni",

"Batalkan? Mana ada.Tak ada sesiapa pun yang cakap pertunangan ni dibatalkan",

" Ada! Abang dah bagitahu mama semalam.Mama mana?", Adrian berubah cemas.Semalam punyalah lena tidurnya kerana dia fikir majlis pertunangan ini sudah dibatalkan.

"Mama dekat bawahlah dengan tetamu lain.Sekarang ni tinggal tunggu abang je lagi",

Tanpa berlengah,Adrian terus turun ke bawah dan mencari Puan Jasmin.Beberapa orang saudara mara terdekatnya sedang duduk di ruang tamu.Bila dia nampak kelibat Puan Jasmin di tepi tangga,terus tangan wanita itu ditarik.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang