"SUAMI puan dah sedarkan diri,tapi keadaan dia masih lagi kritikal.Saya tak jamin berapa lama lagi dia boleh bertahan",
Kata-kata doktor lelaki tadi bagaikan pisau yang membelah jiwa dan raganya.Sesak dadanya untuk menghirup udara masuk ke dalam paru-parunya.Air matanya pula usah katalah,sudah tak terkira berapa banyak yang mengalir sampaikan bengkak matanya.
Mujur ada Puan Jasmin dan Makngah di sisinya yang banyak memberi kekuatan walaupun mereka berdua juga turut menumpahkan air mata.
"Adrian..",
"Adrian..",
Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya.Fikirannya pula sekarang ini tidak memikirkan sesiapa melainkan wajah suaminya sendiri yang sentiasa berlegar-legar di ruang mata.
" Sabarlah,Yana.Mama yakin Ad kuat.Dia boleh hadapi semua ni.Dia akan sembuh nanti,percayalah", pujuk Puan Jasmin walaupun dirinya sendiri pun kurang pasti dengan semua ini.Tambahan lagi bila doktor kata keadaan Adrian semakin lemah.
"Tapi.. Yana sayangkan Adrian,mama.Yana tak nak dia pergi tinggalkan Yana", ujar Marlyana dalam esakan.Tubuh Puan Jasmin dipeluk erat.
" Mama tahu.. Mama pun tak boleh hiduo tanpa dia tapi kita kena kuat untuk bagi semangat,ye sayang?",
"Puan Yana?",
Marlyana mengangkat wajah."Encik Adrian nak jumpa", ujar doktor lelaki itu.Kini tiba gilirannya untuk bertemu dengan Adrian.Puan Jasmin sudah bertemu dengan suaminya tadi.
Dengan lemah,dia melangkah ke wad ICU yang menempatkan suaminya.
Tombol pintu wad itu dipulas perlahan-lahan.Tak sanggup rasanya dia melihat Adrian yang sedang terbaring lemah di atas katil dengan tubuh badannya dipenuhi wayar.
Doktor kata Adrian bernafas dengan menggunakan alat bantuan pernafasan saja sekarang ini.Marlyana menekup mulut.Tidak mahu tangisannya pecah lagi.Pedih hatinya melihat keadaan lelaki yang selama ini sering mencari pasal dengannya,terbaring lemah di atas katil.Perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi bersebelahan katil.Tangannya yang mengigil menyentuh perlahan tangan suaminya.
Sejuk.
Dulu tangan itu sentiasa hangat dan membuatkan dirinya selesa bila disentuh oleh lelaki itu.Tangan Adrian digenggam erat lalu dikucup perlahan.
Dari tangan,mata Marlyana naik ke mulut lelaki itu yang pucat lesi tiada warna.Dulu bibir merah jambu itubtidak lekang dengan senyuman.Bibir itu selalu mengucapkan kata cinta padanya dan bibir itu juga yang sering mengusiknya dengan gurauan-gurauan yang membuatkan dia tersenyum.
Dari mulut,Marlyana beralih ke mata.Dulu mata lelaki itu yang paling dirindui.Setiap kali mata mereka bertemu sewaktu zaman persekolahan dulu,pasti jantungnya akan berkencang hebat.Bila mata lelaki itu dilihat sedang memandang ke arahnya,sesungguhnya dialah perempuan yang paling beruntung di dunia ini kerana mata lelaki itu memandang padanya.
Tapi semua itu tinggal kenangan.
Sekarang ini semuanya kaku.Marlyana menangis lagi.Tangisannya agak kuat dan telah menyedarkan Adrian.Matanya dibuka dan perlahan-lahan tangannya yang lemah itu naik menyentuh pipi Marlyana yang sudah lencun.
"Sa.. sayang", panggil Adrian lembut.Mask pernafasan di mulutnya dibuka bagi membolehkan dia berbicara dengan gadis itu.
Marlyana mengesat air mata.Dia tak boleh menangis di hadapan Adrian lalu senyuman yang tidak semanis dulu dihias di wajahnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...