SUDAH tiga tahun berlalu sejak Adrian pergi meninggalkannya.
Sungguhpun begitu,dia masih lagi mengingati lelaki itu walaupun sekarang ini dia sudah memulakan hidup baru bersama dengan suami dan anak-anaknya.Marlyana mendekati seorang lelaki yang sudah bergelar suaminya selama tiga tahun.
"Awak", panggilnya.Dia mengambil tempat disebelah lelaki itu.
Lelaki itu menoleh.Bila lihat wajah isterinya,dia terus tersenyum.
" Ye,sayang?",
"Buat apa seorang-seorang dekat sini?", soal Marlyana lembut.Lengan lelaki itu dipeluk erat.Teringat pula dia pada malam terakhir dia bersama Adrian.Begini jugalah dia memeluk lengan arwah.
" Saja.. saya termenung.Kiesha dengan Adrien dah tidur ke?", soal Razif lembut.Rambut Marlyana dibelai perlahan,penuh dengan kasih sayang yang tidak pernah berkurang walaupun sudah tiga tahun berlalu.
"Sudah", jawab Marlyana.Kiesha dan Adrien merupakan anaknya.Nak dengar tak nama penuh anak-anaknya siapa?
Kiesha Adriana Binti Adrian Harfiey
Muhammad Adrien Rafael Bin Razif Nazrein
Ya,ya.Keisha merupakan anaknya bersama Adrian dan Adrien pula anaknya bersama Razif.Fahamkan betul-betul ye?
Nama anak-anak mereka memang ada terkait dengan arwah.Dia mengaku,nama Keisha memang dia yang ingin letak Adriana di hujung sempena nama Adrian tapi nama Adrien itu Razif yang pilih sendiri.Katanya nama Adrien memang sungguh sedap tidak jemu walaupun disebut berulang kali.
Baiklah,dua minggu selepas pemergian Adrian,dia disahkan mengandung.Dunianya terasa gelap waktu itu.Bukan kata dia tidak suka dengan kehadiran benih arwah Adrian yang sedang membesar di dalam rahimnya,namun kerana dia tiada sumber kekuatan untuk membesarkan anaknya tanpa seorang suami di sisi.
Dan pada waktu itu jugalah Razif datang sebagai penyuluh dalam hidupnya yang serba kekurangan ini.Razif memang sentiasa bersamanya di waktu dia masih tidak dapat menerima pemergian Adrian lagi.Waktu itu Razif yang sentiasa melayan kerenahnya dan sentiasa menyeka air matanya yang mengalir setiap kali memikirkan pasal Adrian.
Akhirnya,Razif memutuskan untuk melamarnya walaupun sudah tahu yang dia sedang mengandung anak Adrian.Dan jawapan yang Razif beri memang membuatkan hatinya tidak tersalah untuk memilih Razif sebagai pengganti Adrian.
"Ya,saya tahu awak sedang mengandung jadi sebab itu lah saya nak memperisterikan awak.Saya nak jaga awak dan saya nak berada di sisi awak bila awak melahirkan nanti.Saya tahu itu bukan anak saya tapi dia anak kawan baik saya.Lagipun saya dah lama jatuh cinta pada awak.Izinkan saya merawat luka di hati awak kali ini.Cukuplah saya terluka bila melihat awak bersama dengan Adrian dan kali ini biar saya pula menjaga dan mencintai awak sampai akhir nafas saya",
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...