BAB 5:-

7.1K 420 24
                                    

 Suasana Bilik Disiplin ketika itu sungguh tegang. Bagai ada tanda-tanda gelombang ribut yang bakal melanda membanjiri seisi bilik. Nia dan Amir sudah  terperangkap di dalam Bilik Disiplin ini  hampir 5 minit. Ini semua disebabkan Cikgu Ruslan harus menyelesaikan urusan budak-budak lain yang terlewat terlebih dahulu.

 Nia dan Amir pula diarahkan supaya menungu Cikgu Ruslan di dalam Bilik Disiplin seketika. Keadaan bilik itu hanya sunyi sepi  sahaja tanpa sebarang bunyi. Yang ada pun hanyalah bunyi kipas yang berpusing ligat di siling.

 Nia dan Amir duduk sebelah- menyebelah. Namun kedua-dua mereka langsung tidak membuka mulut . Masing-masing berpura-pura tidak sedar kewujudan antara satu sama lain. Nia pula sibuk berpeluk tubuh sambil sibuk membelek kukunya. Sesekali matanya meliar memandang seisi bilik.

 Manakala, Amir pula sibuk meneliti fail yang terdapat di dalam Bilik Disiplin itu. Sesekali sempat juga Amir menjeling Nia di sisinya. Kadang- kadang Nia perasan juga mata Amir sedang memandangnya. Namun,  cepat-cepat sahaja Amir mengalihkan pandangannya. Nia merenung sinis.

'Heh! Ingat dia nampak hebat sangat ke bila dia sibuk selak-selak fail tu? Kononnya, dia tu pengawas yang hebat la? Bertanggungjawab, prihatin semua tu? Boleh blah. Nak muntah aku! Poyo je lebih.' Nia merungut dalam hati.

" Nak apa?"tegur Amir.

Nia mengangkat kening." Hah?"

Mata Amir masih tertumpu pada fail."Kenapa kau tengok aku macam tu, nak apa?"Dia menyelak ke halaman sebelah.

"Bila masa pula aku tengok kau? Kau jangan perasan boleh tak?"Nia memandang ke hadapan kembali.

"Habis tu? Kau pandang siapa? Rak tu?" sindir Amir. Fail yang dibeleknya tadi ditutup sebelum di letakkan di atas meja. Badannya di pusingkan menghadap Nia.

 Nak tak nak Nia memandang juga wajah Amir."Aku nak pandang siapa atau apa sekali pun tak ada kena mengena dengan kau. Lagipun, aku tak pandang kau. Tu! Ada kawan kau dekat tepi kau tu. Kau tak nampak ke?"

Amir tersenyum aneh."So, kau nampak lah dia , eh?"

"Siapa?"tanya Nia malas.

"Kawan aku tu. Kau kata kau nampak dia, kan?"

Amir senyum. Senyuman itu, entah mengapa mampu membuatkan Nia berasa seram sejuk. Tak pernah dia nampak Amir senyum macam tu. Sebenarnya dia tak pernah nampak sesiapa senyum seperti itu.

"Kau...kau cakap apa ni? Jangan buat lawak boleh tak?"tergagap-gagap Nia membalas.

"Kenapa? Kau sendiri yang kata kau nampak kawan aku tu, kan?"suara Amir sudah semakin pelik.

Nia menelan air liur. Uhh! Terasa kering.

Amir merapatkan badannya ke arah Nia. Dengan nada berbisik, Amir bertanya.

"Kau tak takut ke?"

Peluk mula membasahi  dahi Nia."Takut? Nak buat apa pula aku nak takut?"

'Ya allah! Janganlah si Amir ni cakap bukan-bukan. Aku ni dahlah tak cukup iman lagi dengan perkara-perkara ghaib ni. Tah-tah, Amir tu memang boleh nampak benda-benda ni? Aduh!kenapalah mulut aku bijak sangat pergi bergurau benda-benda macam tu?'

 Jantung Nia semakin berdebar-debar. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam Bilik Disiplin waktu itu. Di mana ckigu-cikgu apabila diperlukan? Tolonglah saya cikgu......

Amir semakin mendekat."Kawan aku tu...kau tak takut ke tengok dia?"Mata Amir memandang Nia tajam.

"Aaa.....apa ka...kau cakap ni, Mir?" Badan Nia menjauh ke belakang.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now