Nama aku Maira. Aku seorang perempuan yang suka bersosial dan mengamalkan pergaulan bebas. Aku mempunyai seorang kekasih iaitu Akil. Nama penuhnya ialah Akil Ashraf bin Dolah. Akil ialah seorang lelaki yang aku meluahkan rasa cintaku kepadanya. Akil selalu memberikan aku rasa cinta yang tak pernah aku rasa. Begitulah rasa cinta pertama tiada yang kurang pada pandanganku. Namun semua itu hanya dusta semata-mata. Aku menyedari bahawa cinta yang kami miliki hanya berdasarkan nafsu semata-mata. Ibuku meninggal dunia atas kejahilanku. Aku selalu meninggikan suaraku dan memarahi ibuku. Aku khilaf dan aku menyedari kesilapanku.
Kisahku bermula pada waktu tengah malam, aku bersiap-siap untuk keluar untuk menemui Akil. Aku menyarung top dan seluar jeans serta topiku. Aku membuka perlahan-lahan pintu kamarku. Kelihatan ibu dan adik-adikku sedang tidur. Ibuku memang selalu tidur di ruang tamu kerana keadaan rumah sewa yang kecil dan sempit. Aku berjalan secara berjengket-jengket. Tiba di pintu keluar rumah, aku juga membukanya secara perlahan-lahan. Hatiku bersorak " yes " , kerana dapat keluar rumah. Aku segera mengambil kasut converse yang diberi oleh Akil.
Sangkaanku meleset apabila ibuku tersedar dari tidurnya. Dia terbangun dan memanggil namaku " Maira , maira... " lalu mengejarku. Disebabkan tubuh fizikalku, aku berlari lebih pantas dari ibuku. Tanpa sedar ketika berlari dan mengejar, terdapat sebuah lori yang menghala ke depan dan aku sempat mengelak namun lori itu melanggar ibuku. Disebabkan oleh kurang sifat empati, aku terus berlari dan meninggalkan ibuku. Kejadian itu tidak memberikan kesan kepadaku.
Menunggu ketibaan kekasihku, Akil bersama motor boncengnya, aku memikirkan peristiwa yang terjadi dan sudah tentu aku tidak akan menceritakan kepadanya. Akil tiba selepas lima belas minit aku menunggunya. Aku tersenyum ke arahnya. Aku mengambil topi kelendar daripadanya dan menunggang motor bersamanya. Aku memeluknya sambil kami tiba di destinasi kami iaitu kedai mamak.
Kedai mamat merupakan kegemaran kami berdua. Seperti kebiasaan, kami mengambil dua pesanan iaitu dua roti naan cheese dan air teh ais. Kami berborak-borak seperti biasa sehinggalah pesanan sampai. Sejujurnya aku mencintai Akil kerana dia merupakan seorang yang romantis, sweet talker dan segala permintaanku akan ditunaikan. Akil memberikan segala rasa bahagia walaupun itu hanyalah nafsu dunia semata-mata. Aku masih teringat bahawa dia membelikanku segala pakaian yang kuinginkan. Dia malah membeli pakaian dalamku. Katanya dia ingin mempunyai seorang girlfriend yang cantik dan bergaya. Hubungan kami baru sahaja mencapai tiga bulan namun segala keinginanku ditunaikan. Rasa dunia ini seolah-olah bermimpi.
Akil mendapati seseorang menghubunginya. Aku mendengar perbualannya di telefon pintarnya. Akil memberitahuku bahawa kawannya meminta bantuannya. Katanya kawannya memerlukan bantuan kecemasan. Kami segera menuju ke lokasinya. Setelah tiba, aku agak kehairanan kerana lokasinya di hotel. Kata Akil , kawannya memerlukan bantuan kewangan. Aku tidak tahu mengapa aku mempunyai perasaan atau getaran dalam diriku yang mengatakan keadaan aku tidak selama. Aku mengabaikan segala perasaan aku.
Setibanya di bilik hotel yang bernombor 234, Akil membuka pintunya. Aku terkejut kerana tiada seseorang pun di dalam kamar itu. Dengan drastik akil mengangkatku dan segera menutup pintu tanpa menguncinya. Aku berteriak.
" Arghhhh. Lepaskan aku. Lepas!! ", aku juga memukul badannya. Namun semua tu tiada hasil.
" Sayanggg, you kena merelakan tubuh badan you pada I. I dah lama menantikan saat-saat ini. You terlalu jual mahal dengan I. I terlalu cintakan you namun you buta lihat semua tuu ", katanya sambil menghempasku ke atas katil. Dia menindih badanku sambil mengusap pipiku ingin membicarakan sesuatu.
" Muka you terlalu jelita dan cantik tanpa cacat celanya tapi sayang kalau I tak merasakannya " , bicaranya. Aku masih memberontak dan mulutnya ingin mendekati bibirku. Tanpa rela dia mencium bibirku. Tangannya beralih ke arah dadaku.
Aku terdiam seketika melihat keasyikannya dan mengambil peluang ini untuk menendang alat sulitnya. Aku mencari bahan di meja sebelah dan mengambil botol air mineral sebagai bahan yang ada dan memukul kepalanya. Dia kelihatan terpinar-pinar, aku mengambil peluang ini untuk membetulkan top yang aku pakai dan lari menuju ke arah pintu.
Aku mengambil peluang yang ada untuk lari namun nasibku tidak baik apabila Akil dapat menarik rambut panjangku. Aku sudah sampai keluar pintu tapi dia menarik rambutku. Aku tiada pilihan lain selain menjerit sekuat-kuatnya meminta pertolongan. Kelihatan seseorang lelaki yang memakai pakaian hitam , aku berharap dia dapat menolongku. Namun belum apa-apa, akil menarikku untuk masuk ke dalam bilik semula.
---
Harris Danial pulang ke hotel setelah berasa tenang melihat suasana di bandar melalui kawasan tinggi. Harris begitu sedih apabila mengetahui bahawa tunangnya dan keluarganya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Dia menerima takdir itu tetapi hatinya masih sedih. Harris Danial merupakan seseorang lelaki yang kuat memendam perasaannya. Ketika dia ingin menunjuk ke kamar hotelnya, dia terserempak dengan seorang gadis dan seorang lelaki muda. Kelihatan seperti sebuah pasangan suami isteri yang sedang bergaduh. Dia ingin menghiraukannya dan lalu berendar. Dia terkejut juga apabila mendengar gadis itu berteriak meminta tolong dengan keadaan yang berserabai. Dia ingin menghindari dari situasi begitu namun apabila melihat lelaki tadi menarik rambut perempuan itu dengan kasar dia segera bertindak. Pintu bilik itu berkunci namun dia tiada pilihan lain selain merosakkan pintu tersebut. Melihat keadaan yang tidak sepatutnya, dia segera menumbuk lelaki tersebut. Dia bukanlah lelaki kejam sangat apabila melihat penindasan terhadap kaum yang lemah.
Belum apa-apa lelaki itu sudah pengsan. Hanya perlu ditumbuk untuk beberapa kali. Harriz memandang sinis dan berkata di dalam hati “ Lembik sangat. Pukul tiga kali sudah pengsan. Kerja merosakkan anak orang jer ”
Harriz berkata kepada perempuan itu “ Kau pakai elok sikit pakaian kau tuh. Aku bukan kat sini nak rogol orang tau. Ke kau nak aku tinggalkan kau kat sini je? ”
Harriz melihat perempuan itu segera membetulkan pakaiannya dan rambutnya. Perempuan itu berkata terima kasih kepadanya.
Harriz berkata “ Jom keluar dari sini, mari ikut aku ” dan perempuan itu hanya mengekorinya.
Harriz tidak jadi untuk ke bilik yang bernombor 241. Dia terpaksa pulang ke apartmentnya disebabkan adanya perempuan yang dia tidak kenali ini.
Di sisi yang lain, walaupun Maira tidak mengenali lelaki ini, dia tahu bahawa dia terhutang budi dengan Harriz atas jasanya yang menyelamatkan maruahnya. Tiba di kawasan parking kereta, Maira hanya menurut Harriz walaupun dia tidak ke mana dia akan pergi.
Tibanya di apartment Harriz, Harriz mengajak Maira masuk. Harriz begitu penat dengan apa yang berlaku jika tidak memikirkan perempuan ini tentunya dia sudah masuk ke dalam biliknya.
“ Kau carilah bilik yang mana kau nak. Aku nak tidur dulu. Good night ” , kata Harriz. Dia meninggalkan Maira seorang diri.
Maira terpingat-pingat apabila ditinggalkan seorang diri. Kelihatan ada empat buah bilik termasuk bilik yang dimasuki lelaki tersebut. Dia mengambil pilihan bilik yang ketiga di mana bilik itu adalah bersebelahan bilik lelaki itu. Apabila melihat sebuah katil dengan tilam yang empuk, Maira segera memasang penghawa dingin dan terus baring di katil.
Author note : hm done. It's been long time I don't writing in Malay. If my language is too skema. Please comment. Thankyou!

ANDA SEDANG MEMBACA
Perempuan Itu
Teen FictionMaira - seorang gadis berwatakkan moden , kasar dan kuat. Namun kehidupannya bukan sebegitu. Mempunyai dua orang adik iaitu Haikal dan Mirza yang masih bersekolah. Afiq Hakim - sentiasa berada di samping Maira ketika susah dan senang. Sentiasa mem...