Bab 3

352 46 0
                                    

"YELA sayang~"

"Sayang, saya pergi dulu."

Perkataan sayang itu masih terngiang-ngiang di telinga Hyomin. Tak senang untuk dia melelapkan matanya.

"AHH!! Apa ni?! Tolonglah jangan ganggu aku nak tidur!" Hyomin menjerit memarahi pada suara Mingyu itu.

Hyomin terus bangun daripada berbaring. Hyomin melihat jam di dindingnya sudah mencecah pukul 3.00 pagi. Ee.. Apa ni. Dah pukul 3 pagi. Kenapa tak boleh tidur lagi ni. Dia duduk bersandar di tepi katilnya. Nak dengar lagu, tak ada mood. Hyomin terus bangun pergi menghadap tingkap biliknya untuk mengambil angin malam.

Hyomin memandang persekitaran rumahnya yang kelihatan sunyi sepi kerana pada masa itu semua orang sedang di buai mimpi. Hyomin terpandang satu tingkap jirannya yang terbuka luas. Hyomin mengigit kuku. Kenapa dia tak tutup tingkap? Nanti binatang buas masuk macam mana. Ha! Entah-entah rumah dia kena rompak tak. Hyomin mula cemas dan memikirkan yang bukan-bukan.

Tiba-tiba ada seseorang mengeluarkan separuh badannya untuk menutup tingkap biliknya. Tingkahnya terhenti kerana dia rasa ada seseorang tengah memerhatikannya. Dia terus memandang ke arah tingkap rumah Hyomin. Dia tersenyum melihat Hyomin.

"Annyeong! Sayang tak tidur lagi ke?" tegurnya.

Disebabkan Hyomin terkejut sangat, telefon yang berada dalam genggamannya terjatuh di luar tingkap. Hancur berkecai kerana jatuh dari tingkat dua.

"AHHH! Telefon akuuu!!" Hyomin rasa hendak menangis saat itu.

Itulah satu-satunya memberian daripada Ommanya sempena hari lahirnya sebelum Ommanya pergi meninggalkannya. Ommanya pergi meninggalkannya sebab pergi bekerja di luar negara. Sudah 8 tahun dia di tinggalkan oleh Omma dan Appa. Ommanya pesan, 'kalau nak henset baru pergi beli guna duit sendiri!' huhu.. Aku tak ada duit!!! 😭😭

"Awak tak apa-apa?" tanya Mingyu yang hairan dengan perangai Hyomin.

"Huhu.. Ganti balik henset aku!! 😭" ujar Hyomin.

"Dah jatuh nak buat macam mana kan?" Mingyu berkata sambil tersenyum.

"Awak jahat!!" marah Hyomin.

Mingyu tersenyum.

"Awak lagi jahat." ujar Mingyu.

"Kenapa saya pulak yang jahat?" tanya Hyomin.

"Sebab awak dah buat saya jatuh hati pada awak." jelas Mingyu.

"Ha?" Hyomin kehairanan dengan apa yang Mingyu katakan tadi.

"Yang jatuh tadi tu, hati saya lah." jelas Mingyu lagi sambil tersenyum nakal.

Apa, apa ni?! Apa yang awak cakapkan ni Mingyu. Hyomin terus memejamkan matanya dengan rapat. Untuk tidak memandang wajah lelaki itu.

"Sayang~ Sayang~" panggilnya lembut.

"AAHHH!! APA SAYANG-SAYANG NI!!!" marah Hyomin.

Bukk. Mukanya di pukul dengan sebiji bantal oleh seseorang.

"Bangun! Oppa kejut lembut-lembut tak nak bangun!" marah Oppa.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now