"weyh. kau ad training tak petang ni?"
Hafiz menghampiri adhlina yang sedang berjalan di sepanjang gajah menyusur untuk pulang ke asrama selepas habis waktu sekolah.
"Adalah. dah dekat kot massmiyt." adhlina menjawab soalan sahabat baiknya itu.
Mereka sembang-sembang kecil sementara dalam perjalan untuk pulang ke asrama. Adhlina dan Hafiz dua-duanya sedang menuntut di sekolah menengah imtiaz kuala berang di bawah yayasan terengganu dan sudah berada di tahun yang terakhir.
Walaupun mereka belajar di negeri Terengganu namun kedua-duanya tinggal di luar negeri terengganu. Adhlina tinggal di Shah Alam Kuala Lumpur manakala Hafiz tinggal di Pulau Pinang.
Mereka memang sudah bersahabat sejak kecil kerana masing-masing berasal dari terengganu dan kampung yang sama iaitu kampung Sungai Rengas Kuala Terengganu.namun masing-masing berpindah ke luar negeri ketika berumur 7 tahun. Tanpa disangka mereka ditemukan kembali kerana menuntut di sekolah yang sama dan kembali bersahabat rapat.
• • •
Adhlina yang sedia menggalas beg racket di bahunya berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Hafiz berlari anak mendapatkan Adhlina."Ad. kau train kat luar ke?"
"haah. pasal? kau takda latihan ke?"
Mereka masing-masing sibuk dengan latihan majlis sukan sekolah menengah imtiaz yayasan terengganu (massmiyt) yang akan berlangsung pada awal bulan april nanti.
"Adalah. tu dorang tengah pasang net." Hafiz menunjuk ke arah pasukan takrawnya yang sedang bersiap untuk latihan.
Adhlina hanya mengangguk faham.
"Eh,kau nak apa ni? cepatlah nanti kena tinggal pulak aku."
"Aku nak mintak tolong ambil duit." Hafiz menghulurkan kad atmnya kepada Adhlina.
"Okay. Aku pergi dulu. Bye."
Adhlina beredar setelah mengambil kad atm dari tangan Hafiz. Memang sudah dalam kotak fikirannya password akaun Hafiz kerana sudah berulang kali juga dia menolong Hafiz keluarkan duit semasa dia outing. Hendak ambil sendiri memang taklah. Mamat seorang tu memang jarang sangat outing. Setahun sekali. Itu pun kalau ibu dan ayahnya dari Pineng datang melawat.
Adhlina tersenyum sendiri semasa dalam perjalan ke garaj bas. Hafiz merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan akrab dengannya. Malah ibu bapa mereka juga turut rapat.
Dalam hatinya berharap agar Hafiz akan temui seorang perempuan yang baik dan sesuai untuk lelaki sebaik dia. Siapa yang tak nak tengok kawan baik sendiri bahagia kan?
• • •
Massmiyt berlangsung dengan begitu meriah sekali selama 3 hari 2 malam di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di situ. Kemenangan berpihak kepada tuan rumah dan mereka hanya mendapat tempat naib johan secara keseluruhan. Kalah dan menang itukan adab permainan.
"woii. ad. waa!!! congret laa dpat pingat emas."
Hafiz menegur Adhlina yang sedang dalam perjalanan untuk menaiki bas.
"Haha. thanks weyh. kau pun apa kurang? naib johan. congret gak."
"Iyelah... dahla aku pergi dulu."
Mereka sama-sama menaiki bas. masing-masing. Bas memang diasing kan untuk peserta perempuan dan peserta lelaki.
Suasana dalam bas agak bising meraikan kemenangan masing-masing. Namun akhirnya semua tertidur dalam perjalan pulang dek keletihan.
Masing-masing tersenyum gembira walaupun tidak pulang dengan johan namun pulang dengan naib johan sudah cukup buat mereka. Mereka telah berjuang sehabis mungkin untuk naikkan nama sekolah.
Sekarang mereka yang berada di tingkatan lima dan tiga perlu menfokuskan diri untuk peperiksaan awam pt3 dan spm yang akan menjelang tidak lama lagi.
Begitulah bagi pelajar imtiaz yang perlu menyeimbangkan antara agama akademik dan kokurikulum. Ini merupakan misi Yayasan terengganu untuk melahirkan generasi ulul albab yang berteraskan ensiklopaedik ijtihadik dan quranik.
*jangan lupe komen ye.
*sorry klau x best sbb 1st novel
*sorry klau typo
YOU ARE READING
bekukah hati itu?
Romanceadhlina sofea seorang gadis yang periang dan mudah terhibur pada dulunya bertukar manjadi sedingin salju tanpa diketahui sebabnya. hafiz irham kawan satu sekolah menengah dengan adhlina. dulu dia mengenali adhlina sebagai seorang budak perempuan yan...