78

2.9K 180 205
                                    

Iman Nadhirah membantu Zafriel Adrian memasak hidangan buat para pelanggan. Sesekali Iman Nadhirah terpegun melihat kehebatan Zafriel Adrian memasak. Dah macam Cef Wan dia tengok!

Tiba-tiba Ahmad datang memanggil Zafriel Adrian. "Cef Zafriel! Ada customer nak jumpa."

Segala pergerakan jejaka itu terhenti serta merta. Keningnya berkerut seribu. "Kenapa? Dia tak puas hati ke? Wait... perempuan ke lelaki?" Kalau perempuan, memang Zafriel Adrian mahu tolak. Malas mahu melayan pelanggan perempuan tergedik-gedik itu.

Cukuplah di sekolah dia melayan perangai gedik mereka. Itupun taklah melebih-lebih, dia orang yang perasan lebih!

"Lelaki, cef."

Zafriel Adrian menghela nafas lega. Nasib baik lelaki. Iman Nadhirah yang berdiri di sebelahnya memandang. "Siapkan kuah black pepper tu. The rest nanti aku siapkan."

Iman Nadhirah hanya mengangguk menurut arahan. Zafriel Adrian berlalu keluar dari dapur.  Dia mendekati meja yang ditunjukkan Ahmad.

Setibanya kaki Zafriel Adrian berdiri di hadapan pelanggan itu, dia tersenyum lebar. "Fahmi! Asal tak bagitahu nak datang?" Dia menarik kerusi bertentangan dengan sahabatnya itu.

Fahmi melemparkan senyuman. "Saja. Nak kasi suprise."

Zafriel Adrian mencebik. "Supriselah sangat! Ada apa kau panggil aku? Aku ada kerja lagi lah kat dapur. Kau nak sembang-sembang, lepas aku habis shif lah!"

___________________________

Sementara itu, Iman Nadhirah menutup api sos lada hitam. Dia menggaru kepala. Sos dah siap masak, apa lagi aku nak buat?

"Cef Zafriel!" Panggil Alana.

Iman Nadhirah menoleh memandang gadis itu. "Zafriel keluar. Ada customer nak jumpa."

"What? Alamak, habislah!"

"Kenapa, Alana?" Celah Irshad. Dia baru sahaja selesai menghias spaggeti bolognese.

"Customer marah sebab chicken chop dia tak sampai lagi," adu Alana.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Memang dia dan Zafriel Adrian yang masak chicken chop itu. Tapi, masalahnya mamat tu tak ada sekarang! Dia sendiri tidak tahu resepi chicken chop itu. Masak western pun tak pernah! "Tapi, Zafriel tak ada sekarang ni."

Irshad berfikir sejenak. "Ermm.. macam ni, aku ajar kau buat chicken chop. Kita kena cepat. Jarang customer marah makanan diorang lambat sampai."

"Tapi..."

"Iman, jangan sampai reputasi restoran kita rosak. Jom, aku ajarkan." Irshad berjalan ke ruang memasak Zafriel Adrian. Setiap cef memang ada ruang mereka sendiri yang dikongsi dengan cef shif kedua.

Iman Nadhirha mengekor Irshad dengan rasa ragu-ragu.

_____________________________

"Pasal mesej kau semalam. Kau serius ke?" Soal Fahmi.

Zafriel Adrian mengangguk.

"Kau jumpa kat mana?"

Zafriel Adrian memandang dapur restoran. Dia tidak menjawab soalan Fahmi.

Fahmi mengerutkan keningnya. Tidak faham dengan isyarat mata Zafriel Adrian. "Apahal kau pandang dapur. Wait... jangan cakap dia mintak kerja kat sini?"

"Tepat sekali."

Fahmi membuntangkan mata. "Seriously?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Dah, nanti kita sambung sembang lepas aku habis shif. Aku ada kerja ni."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now