Sehun dan Jihyo masih lagi duduk ditepi kolam yang terdapat di restauran yang dikunjungi mereka berdua.Restauran ini sememangnya agak sunyi kerana sedikit private untuk artis² atau orang kenamaan.Hanya beberapa kerat sahaja orang² biasa datang ke restauran ini.
"Noona rasa bahagia sangat sebab dapat kenal Hun.Walaupun Hun ni dinginnya mengalahkan ketul ais.Manja mengalahkan baby.Tapi Hun baik"ujar Jihyo.Kepalanya disandarkan dibahu Sehun.Sehun mengukir senyuman.Pegangan tangan mereka dieratkan.
"Hun rasa lebih bertuah sebab kenal dengan noona.Terima Hun yang sikap macam ni.Satu lagi noona.Hun keras kepala"balas Sehun.Ada ketawa dihujung percakapannya.
Tanpa mereka berdua sedari ketika itu ada seseorang yang baru masuk kedalam restauran.Seseorang yang tidak menyenangi dengan hubungan dan kebahagiaan Sehun dan Jihyo.Perancangan didalam fikirannya dilaksanakan tanpa fikir panjang.Yang penting hatinya puas.
"Lemaslah rasa"Sehun menarik kebawah mask yang dipakainya.Jihyo yang melihat terkejut.
"Sehun!!..kalau orang nampak macam mana?"tanya Jihyo.Sehun yang tersengih dipandang.
"Tak ada orang.Cuba noona tengok sekeliling"ujar Sehun seraya itu dia turut memandang sekeliling.Mask yang dipakai Jihyo ditarik kebawah.Tindakan Sehun mengejutkan Jihyo.
"Yahh..terkejutlah noona"Jihyo memandang Sehun geram.Sehun hanya tersengih.Jihyo menoleh kebelakang untuk memastikan tiada sesiapa.Risau bersarang dihatinya.
"Noona.."panggil Sehun.Jihyo menoleh.
Cupp!!
Jihyo terpaku.Tindakan Sehun yang tiba² betul² mengejutkan Jihyo
....................
KEESOKKANNYA
Seseorang mengeliat malas diatas katil.Mata yang berat perlahan lahan dibuka.Handphone diatas meja tepi katil dicapai.Skrin handphone dipandang.Dibuka instagram yang menjadi sesuatu yang sangat wajib bagi dirinya.Serta merta mata namja itu terbuka luas.Bagaikan terkena kejutan budaya.
"Apa ni?!!!"dia bingkas bangun dari baring.Mata digosok berkali kali untuk memastikan apa yang dilihatnya sekarang ini betul atau tidak.
"Hahhh..memang tak salah lagi.Macam mana ni??"kekalutan yang teramat mengakibatkan katil yang sedia ada berselerak semakin menjadi jadi.
"Hyung!!!!"mulutnya melaungkan entah hyung yang mana.Dia melompat turun dari katil.Meloloskan diri keluar dari biliknya yang dikongsi dengan salah seorang membernya yang lain iaitu Baekhyun.Sekarang Baekhyun tiada di dorm.Sedang berada diluar melakukan shooting untuk KDrama terbaru iaitu Scarlet Heart.
"Wae??..pagi² terjerit jerit macam polong sakit tulang belakang"pertanyaan sang leader membuatkan Chanyeol si telinga chapang terhenti melangkah.Suho dipandang.Wajah Chanyeol terkulat kulat.Terkejut dengan apa yang diperkatakan Suho.
Polong sakit tulang belakang??tak ada ayat lain agaknya.Muka aku handsome macam ni dipanggil polong.
"Wae ni Chan?"Chen yang baru keluar dari dapur dengan sepinggang kimbap ditangan bertanya kepada Chanyeol.
"Hahh..hyung!!!!..tengok ni.."now Chanyeol kembali menjerit setelah teringat tujuan sebenar.Serentak dengan itu Suho dan Chen mendekati Chanyeol.
"Apa??"soal Suho.
"Tapi sebelum tu mana Sehun?"soal Chanyeol kembali.
"Sehun ada dalam bilik.Tidur"jawab Suho singkat.
"Arghhhhh....!!!"tiba² Chen menjerit mengejutkan Suho dan Chanyeol.Kedua dua makhluk disebelahnya terkejut bukan main.Bayangkan suara Chen bila highnote dengan tiba².
"Yahhh!!!..ni wae pula ni??mahunya pekak telinga kalau hari² macam ni"gomel Suho geram.
"Hyung gawat kita hyung.Habis hyung habis!!"ujar Chen dengan wajah kekalutan.
"Apanya?"tanya Suho.
"Ni hyung"Chanyeol menunjukkan apa yang telah dilihatnya dengan Chen kepada Suho.
SEHUN EXO TERTANGKAP BERMESRA DENGAN SONG JIHYO
Membuntang mata Suho tatkala membaca dan melihat gambar yang tertera diskrin handphone Chanyeol.Gambar yang ketika Sehun mencium Jihyo sangat mengejutkan leader Exo itu.Sekarang berita ini kecoh di internet dan laman² sosial.
"Hyung..hyung rasa Sehun tahu tak pasal ni?"tanya Chanyeol memecahkan suasana yang sunyi seketika.
Suho mengeleng."Tak..sebab semalam Sehun balik dorm terus tidur"jawab Suho tanpa teragak agak.
"Hyung..."suara Sehun yang tiba² kedengaran mengejutkan mereka bertiga.Serentak dengan itu Suho,Chanyeol dan Chen memandang Sehun yang baru bangun itu.
"Wae??"tanya Sehun apabila melihat ketiga tiga hyungnya itu memandangnya bagaikan tengok hantu.
BERSAMBUNG..

YOU ARE READING
[ C ] my yeojachingu is you • osh
Fanfiction❝ love is the most powerful and still most unknown energy in the world ❞