aku tak mampu menerima perginya seorang insan yang aku cinta dan yang aku sayang. walaupun 3 tahun berlalu tapi ingatan aku masih kuat atas apa yang berlaku pada dia.
3 tahun lepas
selepas Ammar dikebumikan aku pergi melihat biliknya. hanya tuhan saja yang tahu apa perasaan aku pada masa tu rindunya aku pada arwah tak mampu aku bendung. aku melepaskan semua air mata aku pada hari itu dan dibilik itu menjadi saksi tangisan aku untuk arwah. berat mata memandang berat lagi yang memikul aku hanya memandang kesudut bilik milik arwah. aku membuka almari baju arwah masih terasa segar haruman baju arwah yang digantung di almarinya. bilik arwah cukup kemas dan bersih aku membelek meja membaca arwah laci mejanya dan aku terlihat album yang mempunyai gambar gambar kami ketika kami masih kanak kanak bertapa bahagianya kami saat ini bermain dan terus bermain dengan penuh gelak tawa tapi itu dulu sekarang hanya tinggal aku cuma aku yang disini untuk meraih impian dan angan yang sudah hancur ditelan waktu. pada saat itu aku lepas semua keluh ku di situ aku melepaskan bagai arwah mendengar jeritan aku saat ini." Ammar cakap ammar nak hias bilik ni dengan gambar gambar kita ammar nak buat satu dinding nak lekat gambar gambar kita dari dulu sampai sekarang tapi Ammar ingkar janji ammar ammar lupa apa ammar dah janji dengan mai. mai tak kisah kalau Am lupa tapi Am dah pergi jauh pergi jauh dari Mai, Mai rasa marah sbb Mai tak tahu mana Am mai tak tahu kenapa Am tinggalkan mai secepat ni. " rintih aku.
setiap hari jumaat aku akan ke kubur Ammar dan datang ke bilik Ammar untuk mengemas. Mama Ammar dah bagi kebenaran untuk aku mengemas bilik ammar supaya biar bilik itu dikemas seperti berpenghuni walaupun hakikatnya penghuninya sedang nyenyak beradu di mahligainya saat ini.
3 tahun kemudian
aku tetap melakukan itu sebagai rutin tapi sekarang aku lakukan 1 bulan sekali bukan seperti dulu dan bukan niat aku untuk melupakan ammar cuma aku cuba menyibukkan diri untuk aku larikan diri dari terus fikir tentang dia. walaupun perit tapi aku tetap berusaha bukan dengan niat melupakan tapi dengan niat untuk aku bangun dari jatuh aku yang dulu biar aku kuat untuk melawan dan terus cuba untuk tidak menolak takdir Allah yang tersurat untuk aku.aku menjalankan tugas aku seperti biasa. aku baru merasmikan kedai yang ke 2 di sebelah syarikat guaman Ammar bekerja dahulu. Alangkah bagusnya kalau 3 tahun lepas aku buka kedai disini tidaklah ada nyawa yang teragut disebabkan aku. Aku cuba sedaya upaya tidak menolak Qada dan Qadar yang telah tertulis untuk aku. Aku bertugas di kedai baru ini, kedai ini baru dibuka tahun lepas dan mendapat sambutan yang agak hebat jugak walaupun kami baru beroperasi. Aku dan Afiq menjadi kawan baik selelas kepergiaan Ammar dan disebabkan dia jugak aku kuat macam sekarang. Aku melancarkan menu utama untuk tarikan pelanggan adalah Puding Caramel dan Red Velvet kedua dua resepi itu kesukaan Ammar dan Afiq tujuan aku adalah untuk menghargai mereka sebagai kawan baik aku.
" Mai awak tak nak balik lagi ke?" tanya Afiq kepada aku.
" kejap fiq dah nak siap. tempahan ni nak esok tu yang saya balik lambat sikit tu. sorry sebab saya susahkan awak afiq." balas aku
" ehh tak pa la saya bukan nak kemana pun. mana pekerja awak dah balik ka ?" tanya Afiq
" emm dah balik saya dah suruh diorang balik dulu lagi pun tinggal 2 biji cupcake ni je." balas aku
" ohh ya ka ? emm tak pa la awak siapkan dulu apa apa panggil saya okay. saya duduk dekat depan dulu."
Balas Afiqaku hanya mengangguk dan senyum sebagai balasan kepada kata kata Afiq tadi. hubungan aku dengan Afiq semakin lama semakin baik kitaorang dah boleh share kesemua masalah kami berdua. Okey tugas aku dah siap so aku cepat cepat kemas dan balik. sepanjang perjalanan aku pergi dan balik afiq yang akan jemput dan hantar aku bila aku nak drive sendiri dia tak bagi tak tahu la kenapa dia tak bagi bila aku tanya dia diam so aku tak tanya dah la.
YOU ARE READING
tersurat sebuah takdir
RandomDhia Umairah membuka pintu hatinya setelah terluka apabila ditinggalkan oleh tunangnya Ammar Hayat. adakah dia akan buka pintu hatinya untuk Umar Ahqaf ?