Episode 28

5.6K 404 12
                                    

REYRA mengambil sesuatu dari begnya.

"Pak cik, macam mana dengan ni?" Reyra menunjukan bunga Rum Rye yang dipetiknya.

"Ini kan... bunga Rum Rye. Kamu dapat dari mana?" Pak cik itu terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Saya jumpa di hutan sewaktu perjalanan kesini. Dan saya dapat lima."

"Bunga ni memang bunga yang pak cik cari dari dulu. Bunga ni cuma tumbuh sepuluh tahun sekali saja."

"Pak cik boleh ambil bunga ni dengan pertukaran posyen. Macam mana?" Reyra cuba menawar.

"Baiklah. Saya akan berikan dua puluh jenis posyen."

"Wau! Dua puluh? Biar betul pak cik?" Elementalist kecuali Ariel terkejut dengan tawaran yang diberikan oleh pak cik itu.

"Ya. Dua bunga Rum Rye boleh hasilkan lebih tiga puluh jenis posyen."

"Kami akan mengambil dua puluh posyen penyembuh dengan pertukaran dua bunga Rum Rye." Ariel menerima tawaran pak cik itu.

"Setuju." Pak cik itu mula bergerak mengambil herba untuk membuat posyen yang diingini oleh Ariel.

"Pak cik, disini ada rumah yang boleh kami menginap tak?" Ariel bertanya pak cik itu.

"Oh. Apa kata kamu menginap di rumah pak cik? Bayaran dua bunga Rum Rye." Pak cik itu tersenyum.

"Baiklah, pak cik. Kami terima."

"Baiklah, tunggu disini. Pak cik akan panggil isteri pak cik ye." Pak cik itu pergi meninggalkan mereka dibilik itu.

Hampir enam minit mereka menunggu akhirnya pak cik tadi datang semula dengan seorang wanita dan yang hampir seumuran dengan pak cik tadi.

"Semua, ini isteri pak cik. Kamu ikutlah dia. Posyen kamu akan pak cik berikan esok pagi." Pak cik itu mengenalkan isterinya kepada Elementalist.

Elementalist mengikuti isteri pak cik itu. Mereka dihantar ke dua bilik. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan.

ELEMENTALIST sudah berkumpul di hadapan rumah yang mereka inap untuk semalaman. Mereka menunggu pak cik yang membuatkan mereka posyen.

Pak cik itu keluar dari rumahnya. Dia membawa sebuah beg kecil ditangannya.

"Ini posyen yang kamu pesan." Pak cik itu menyerahkan beg yang dibawanya kepada Ariel. Ariel menerima beg itu dan mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu.

"Kami pergi dulu, pak cik." Ariel membongkokkan badannya diikuti dengan yang lain.

Mereka berjalan menuju ke tempat kuda mereka. Sampai sahaja mereka membuka ikatan tali kuda mereka dan mula bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Dorwall.

DIHADAPAN mereka sekarang ialah pekan Dorwall. Ariel berhenti untuk seketika dan mengambil sesuatu dari begnya.

Dia mengambil jubah dan memakainya. Hood yang terdapat pada jubah itu dia pakai sehingga tidak menampakkan wajahnya. Yang lain mengerutkan dahi mereka. Pelik dengan Ariel.

"Kenapa Ariel pakai tu?" Kayna menanya Xoel.

"Entah." Xoel hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Ariel mula menggerakkan kudanya diikuti yang lain. Mereka menunggang kuda mereka merentasi pekan Dorwall.

"Ariel, kita nak pergi mana?" Reyra bertanya tujuan mereka. Dari tadi Ariel tidak bercakap apa-apa.

"Kita nak pergi ke istana." Jawapan Ariel membuat yang lain terkejut.

'Istana? Buat apa?' Soalan yang sama berada di kepala mereka.

"Nak buat apa kita pergi istana?" Kayna menanyakan apa yang disoal oleh yang lain.

"Adalah."

Ariel tidak memberitahu tujuannya untuk ke istana. Yang lain tidak berani untuk berkata apa-apa. Ariel ialah ketua mereka dan arahannya harus dipatuhi.

Mereka menunggang kuda mereka hingga ke istana Dorwall. Sampai sahaja dihadapan pagar istana, mereka melihat dua orang pengawal yang berjaga.

Elementalist turun dari kuda mereka. Ariel memimpin kudanya mendekati pengawal dipagar itu. Yang lain juga membuat benda yang sama.

"Apa tujuan anda semua kemari?" Salah seorang pengawal itu menanya Ariel.

Ariel membuka hood yang dipakainya. Pengawal yang menjaga itu terkejut. Mereka berdua terus membuka pintu pagar istana yang besar itu.

"Jom." Ariel mengajak yang lain.

Elementalist yang lain terkaku. 'Apa yang berlaku?'

"Jom." Ariel mengejutkan yang lain yang masih terkaku. Mereka terkejut sebentar dan akhirnya mengikuti belakang Ariel.

"Wah, besarnya!" Kayna kagum dengan betapa besarnya istana yang berada dihadapannya. Taman bunga yang berada dihadapan istana itu juga menarik perhatian Elementalist yang lain.

Mereka mengikuti Ariel memandang untuk meletakkan kuda mereka. Setelah itu, mereka menuju keistana.

Pintu masuk istana dibuka oleh Ariel. Pembantu istana itu yang melihat mereka juga terkejut. Mereka membongkokkan badan mereka.

'Okay, makin lama makin pelik lah.' Kayna pelik dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Ariel pergi mendekati salah satu pembantu istana itu dan menanyakan sesuatu. Yang lain tidak tahu apa.

Ariel bergerak lagi. Dia mengajak yang lain untuk pergi ke tingkat ketiga istana.

Ditingkat ketiga beberapa orang pengawal yang meronda juga membongkok melihat Ariel. Sekali lagi Ariel bertanya soalan pada mereka.

Setelah habis menanya soalan, salah seorang pengawal itu membawa Elementalist kehadapan pintu sebuah bilik.

"Tunggu disini dulu." Pengawal itu meminta mereka untuk menunggu. Dia masuk ke bilik itu dan menutup pintunya.

Elementalist menunggu seperti yang diarahkan. Sementara mereka menunggu, Xoel menanya Ariel.

"Ariel, apa yang kita buat kat sini?"

"Nanti." Ariel tidak menjawap soalan Xoel. Elementalist yang lain tertanya-tanya dengan tujuan mereka berada diistana Dorwall.

Pengawal tadi keluar dari bilik yang baru sahaja dimasukinya.

"Silakan masuk. Tuanku ada didalam." Pengawal itu menyilakan mereka untuk masuk.

'Tuanku? Kita nak jumpa raja Dorwall ke?' Mereka tidak dapat menanyakan kepada Ariel kerana mereka tahu yang Ariel tidak akan menjawab soalan mereka.

Ariel dan yang lain masuk ke bilik itu. Didalamnya, seorang lelaki yang masih muda sedang duduk berhadapan dengan mereka. Meja kerjanya penuh dengan kertas-kertas.

Elementalist mendekati lelaki itu. Sampai sahaja dihadapannya, Ariel membongkokkan badannya sedikit sambil meletakkan tangan kanannya didada. Apa yang dilakukannya diikuti oleh yang lain.

"Ampun tuanku." Mendengar panggilan yang dipanggil oleh Ariel membuatkan yang lain tahu bahawa lelaki dihadapannya ini ialah raja Dorwall.

"Sudah lama Adinda tidak tidak menjenguk Kekanda disini." Raja itu tersenyum manis.

"Eh? Adinda? Kekanda?" Kayna mengangkat wajahnya. Dia terkejut dengan panggilan yang diberikan oleh raja Dorwall itu.

"Adakah Ariel tidak memberitahu tentang beta?" Raja Dorwall itu memandang Elementalist yang lain.

"Ee....tidak." Xoel menjawab dengan nada yang masih terkejut.

Raja Dorwall itu bangun dari duduknya.

"Perkenalkan, nama beta, Ivan Castelan. Raja negeri Dorwall dan Kekanda Ariel Castelan." Raja Dorwall itu memperkenalkan dirinya sambil meletakkan tangan kanannya didada.

"Eh?" Elementalist yang lain terkejut.

1......2......3....

"EEEHH!"

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now