Suga melangkah masuk ke rumah semula. Jaketnya dibuka. Dia melangkah ke dapur untuk mendapatkan sedikit air. Cukup sekadar membasahkan tekaknya.
Selesai membasuh cawan, dia masuk kedalam bilik. Sunyi. Semua sudah dibuai mimpi. Suga sangkutkan jaketnya dikerusi. Dia duduk di katil.
Suga tersenyum melihat sahabat-sahabatnya. 'Senyum selagi kita bersama.' Suga ketawa kecil. 'Pandai kau buat ayat, Jin.' Bisik hati Suga.
'Korang terlalu comel bagi aku. Kadang-kadang kalau gila-gila korang tu datang, pening juga aku. Tapi gila-gila korang tu lah yang menghilangkan kesunyian dalam hidup aku.' Luah hati Suga.
'Selamat malam BTS. Semoga Esok akan jadi hari gembira buat kita.' Suga baring. Beberapa minit kemudian, dia terlelap.
Pagi-pagi lagi Jin dah bangun untuk menyiapkan sarapan buat BTS dan nenek. Jin buat kerjanya seorang diri.
BTS masih dibuai mimpi didalam bilik Jungkook. Tiba-tiba terdengar bunyi lagu dari phone seseorang dan membuatkan tidur BTS terganggu.
Suga mencapai phonenya dalam keadaan masih mamai. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat skrin telefonnya. "Annyeong." Suara serak Suga kedengaran.
"Annyeong Yoongi. Yoongi pergi mana malam tak balik? Yoongi kat mana Ni?"
Suga berkerut dahi. Dia lihat semula skrin phonenya. Dia mengeluh. "Semalam tak nak call. Harini baru nak call buat apa?" Kata Suga sebelum merapatkan semula phone ketelinganya.
"Herm semalam yoongi call eomma, asal tak jawab?" Rapmon bangun daripada tidur selepas terganggu dengan bunyi telefon Suga.
Rapmon masih dalam keadaan mamai. Dia bersandar didinding. Matanya terpejam. "Yoongi call kenapa? Eomma busy."
Suga kelihatan seperti malas nak layan. "Buat apa nak tahu mana yoongi pergi kalau busy sangat sampai anak sendiri call pun tak boleh nak jawab?"
"Yoongi, eomma tak ajar anak eomma cakap macam Ni heh. Jangan biadab."
Suga ketawa kecil. "Anak eomma? Heh, ye lah. Yoongi tidur rumah kawan yoongi lah. Yoongi dah bagitahu mak cik kan. Mak cik tak bagitahu eomma ke?" Suga.
Eomma Suga berkerut dahi. "Tak pula. Ni eomma baru je balik."
"Dah tu mana eomma tahu yoongi tak balik malam tadi?"
"Appa bagitahu."
Suga ketawa kecil lagi. "Heh appa. Herm ye lah. Bye." Suga terus putuskan panggilan. Dia letakkan phonenya diatas meja. Dia mengeliat.
Suga terpandang Rapmon yang tidur bersandar didinding. Suga bangun daripada duduk. Dia gosok matanya. "Rapmon!" Rapmon terkejut.
"Hah kenapa?" Rapmon.
"Asal kau tidur duduk? Baring lah." Suga.
"Herm tak apa lah. Dah terbangun dah." Rapmon.
Suga geleng kepala. V masih lena dibuai mimpi. Begitu juga Jimin dan J-Hope. Suga berkerut dahi. "Rapmon, Jin mana?"
"Dapur kut. Buat sarapan agaknya." Rapmon.
"Ohh." Suga terus bangun berlalu ke dapur.
"Kau buat apa ni?" Suga.
Jin senyum. "Dah bangun dah? Aku buat sarapan."
Suga diam seketika. "Kau memang selalu masak sendiri kat rumah ke?" Suga.
Jin muncung. "Kalau rajin aku masaklah. Lagipun aku sorang je. Membazir lah nak masak untuk aku sorang. Kalau masak bukannya boleh masak sikit-sikit." Jin.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
Fiksi PenggemarKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...