Episode 29

5.6K 381 1
                                    

SEBUAH jeritan bergema dibilik kerja Raja Ivan. Wajah terkejut Elementalist tidak dapat disembunyikan.

"T-t-tung-tunggu."

"Sejak bila....?"

"Macam mana....?"

"Tapi kenapa....?"

"Kenapa kau....?"

Elementalist tidak dapat berkata apa-apa. Terkejut sangat sehingga mulut terkaku.

"Haha. Nampaknya Ariel memang tidak beritahu apa-apa." Raja Ivan tertawa sendiri melihat wajah terkejut Elementalist.

"Ariel, kenapa kau tak bagitahu kitorang?" Leo yang masih terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarinya menyoal Ariel.

"Ada sebabnya."

"Dan sebabnya ialah....?" Kayna menyambung.

"Apa kata Adinda beritahu mereka nanti. Sekarang bawalah mereka ke bilik untuk berehat. Nanti kita berbicara lagi." Raja Ivan memberi cadangan.

"Baiklah." Ariel membongkokkan badannya dan pergi dari bilik kerja Raja Ivan. Elementalist yang lain mengikuti Ariel.

"Boleh kau terangkan sekarang, Ariel?" Kayna yang mulakan soalan.

"Hm."

"Sejak bila kau jadi adik seorang raja?" Kayna bertanya lagi.

"Sejak aku lahir."

"Kenapa kau tak bagitahu kitorang?" Reyra menambah.

"Aku tak nak banyak orang tahu. Aku tak suka populariti."

"Kita kenal sejak kita umur 10 tahun, tapi kenapa kena rahsiakan benda tu?" Leo menanya dengan nada tidak percaya.

"Entah." Ariel menjawab tanpa rasa bersalah.

"Kalau kau keluarga diraja, kenapa kau tak duduk kat istana?" Soalan Kayna membuatkan mereka semua berhenti berjalan.

"Disebabkan kuasa aku. Prof cakap aku kena tinggal di sana supaya Shadow tak dapat tangkap aku. Juga supaya aku dapat dilatih oleh The Council." Wajah Ariel berubah ketika menjawab soalan Kayna. Yang lain mungkin tidak perasan, tapi Kayna, dia nampak.

"Kenapa sebelum ni, kau tak panggil ayah kau, 'ayahanda'?" Soalan pertama dari Xoel.

"Sebab aku tak nak orang lain tahu yang aku anak seorang raja." Ariel melanjutkan berjalan.

"Kalau kau adik kepada Raja Ivan... maksudnya kau ni putera kedua lah?" Laura yang terakhir menanya.

"Hm. Dan sekarang berhenti tanya aku soalan. Kita dah sampai." Ariel menunjukkan mereka pintu sebuah bilik.

"Tempat apa ni?" Kayna yang melihat pintu bilik yang cantik itu menanya Ariel.

"Bilik sementara korang. Yang perempuan kat atas lelaki bawah. Pergi rehat." Sejurus itu Ariel pergi meninggalkan mereka dan pergi kebiliknya sendiri.

Elementalist yang lain terus masuk kedalam. Ruangannya sangat besar. Maklum, bilik istana.

Seperti yang diarahkan oleh Ariel, mereka pergi ke bilik yang disediakan. Yang perempuan pergi keatas dan yang lelaki dibawah.

Hari sudahpun malam. Elementalist sudahpun membersihkan diri mereka.

Kayna mengelamun sambil memerhati langit yang gelap disebalik tingkap biliknya itu. Dia mendesah berat.

Matanya tertumpu kebawah. Dia melihat sebuah kolam ikan yang sederhana kecil. Dihadapan tingkapnya pula terdapat sebuah pokok yang besar.

Kayna mendapat idea. Dia membuka tingkap biliknya itu secara perlahan. Kemudian dia terus melompat kearah batang besar pokok dihadapannya itu.

Secara perlahan Kayna memanjat turun dari pokok itu. Sampai sahaja ditanah, dia terus berjalan kearah kolam yang baru sahaja mencuri perhatiannya.

"Wah, cantiknya ikan ni." Kayna kagum dengan ikan-ikan yang dilihatnya. Bermacam warna yang dia lihat.

Tangannya dia masukkan kedalam air. Kemudian dia mengawal sedikit air itu dan mengangkatnya. Di dalam air itu terdapat sejenis ikan yang kecil berwarna merah.

"Cantiknya." Kayna tersenyum sendiri melihat ikan itu.

"Apa yang kau buat kat sini, Kayna?" Sebuah suara membuatnya terkejut. Ikan yang berada ditangannya dia simpan semua didalam kolam.

Kayna memusingkan badannya. Dia melihat sahabatnya, Reyra berjalan menuju ke arahnya

"Ish kau ni Reyra. Buat aku terkejut je." Kayna mengembungkan pipinya.

"Haha. Sorry. Tadi aku nampak kau dari atas. Tapi aku tak dengan pula kau buka pintu. Tu yang buat aku pelik."

"Oh, tadi aku panjat pokok! Hehe." Kayna menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau buat apa kat sini?" Reyra menanya lagi soalannya yang belum dijawab.

"Aku nak tengok ikan ni je." Kayna menunjuk kolam ikan yang berada disebelahnya.

"Oh." Reyra mengikuti pandangan Kayna.

"Hey, Kayna!"

"Hm." Kayna masih bermain-main dengan ikan di kolam.

"Kau tak terkejut ke? Yang Ariel tu seorang putera diraja."

Soalan Reyra membuatkan Kayna berhenti bermain. Wajahnya berubah sendu untuk seketika.

"Terkejut gila. Dan aku tak suka bila aku dengar yang dia tu ialah putera diraja." Kayna menyilangkan tangannya.

"Kenapa pula?" Reyra pelik.

"Yela. Dia tu dah la kacak, lepas tu ketua Elementalist, kumpulan yang hebat, lepastu dia pandai berlawan. Dan sekarang dia ialah putera diraja. Makin lama dia tu makin sempurna. Dan makin lama dia akan ada banyak peminat. Dan aku tak suka tu."

Kayna berkata dengan laju. Reyra yang mendengar pula tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Kayna.

"Aaaa.... o-okay." Reyra tidak dapat berkata apa-apa.

"Kenapa dia kena sempurna sangat?" Kayna terduduk sambil menundukkan kepalanya.

"Ahahahah." Reyra tertawa kekok. Dia tidak tahu hendak cakap apa. Dia menepuk bahu Kayna kerana tidak tahu apa yang dia harus lakukan.

"Oh ye. Aku peliklah." Kayna tiba-tiba mengangkat kepalanya sehingga membuat Reyra terkejut.

"A-ada apa?"

"Kenapa setiap kali aku keluar waktu malam, asyik kau je yang muncul?"

"Eeeee.... tak tahu." Reyra juga tidak tahu.

"Apa-apa je lah. Aku nak masuk bilik aku." Kayna berjalan kearah pokok tadi.

"Kayna.... kau nak pergi mana tu?"

"Pergi masuk bilik aku lah." Kayna membuat muka polos.

"Tak payah nak panjat pokok. Ikut pintu je lah."

"Ahaha. Okay, okay." Kayna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengikuti Reyra untuk masuk ke biliknya.

Sampai sahaja dibilik, Kayna sudah terasa mengantuk. Kayna membaringkan tubuhnya diatas katil. Sebelum dia tidur, dia masih memikirkan jawapan Ariel tentang soalannya.

'Disebabkan kuasa aku. Prof cakap aku kena tinggal di sana supaya Shadow tak dapat tangkap aku. Juga supaya aku dapat dilatih oleh The Council.'

'Betul ke jawapan dia?' Kayna menggigit bibirnya.

'Tadi... riak muka dia... berubah ke?'

Kayna tidak ingin memikirkan hal itu lagi. Dia terus menutup matanya. Esok dia harus mempunyai tenaga yang cukup untuk meneruskan perjalanan.

Semua Elementalist masuk tidur dibilik mereka masing-masing. Termasuklah Ariel.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now