PADA hujung minggu mereka bertiga pergi ke tempat yang hendak mereka tuju iaitu pusat karaoke. Mereka menyanyi seperti orang kena sawan kerana bagi mereka tempat itulah dapat menghilangkan tekanan.
"Gomawo Jinsol (Terima kasih Jinsol)!" ucap Hyomin.
"Dah puas?" tanya Jinsol.
"Eh, eh! Tak puas lagi lah." ujar Hyomin.
"Dah, dah. Nanti bankrupt aku karang." Jinsol terus menarik Hyomin jauh dari pusat karaoke itu.
Hyomin memasamkan mukanya. Rina hanya tersenyum melihat gelagat si Hyomin itu. Sebenarnya Hyomin ini hantu karaoke. Kalau boleh, dia nak terus tidur kat pusat karaoke tu. Mereka bertiga meneruskan perjalanan. Mereka melalui di tengah-tengah bandaraya Seoul. Terdapat ramai orang memenuhi bandaraya Seoul itu. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak begitu gembira semasa main salji. Adanya sedang membuat orang salji. Minggu depan iaitu ahad merupakan hari paling gembira buat semua orang kerana mereka akan menyambut hari krismis. Pasti perayaan tersebut begitu meriah apabila di sambut semua orang.
"Sayang~" panggil seseorang dari belakang mereka bertiga.
Mereka terus menoleh ke belakang. Terkejut bukan kepalang Hyomin apabila melihat orang itu. Jinsol tersenyum kerana rancangannya sudah berjaya.
"Apa kau buat kat sini?!" tanya Hyomin dalam nada yang marah.
"Ala.. Jinsol yang ajak." ujar Mingyu.
"Ya Jinsol!" panggil Hyomin.
Jinsol tersengih macam kerang busuk.
"Mingyu yang nak ikut sangat. Jadi, saya ajaklah dia sekali." jelas Jinsol
Hyomin hanya memasamkan mukanya. Tiba-tiba badan Mingyu di pukul oleh seseorang. Kelihatan Wonwoo seperti memarahi Mingyu kerana meninggalkannya untuk mengejar ketiga-tiga gadis ini. Mingyu hanya tersenyum dan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Ya, ya! Gaja, gaja! (Hey, hey! Jom pergi, jom pergi!)" ajak Jinsol lalu mengheret Hyomin pergi.
"Ya! Apa main tarik tangan orang ni?!" marah Hyomin.
Rina yang dari tadi hanya berdiri mendiamkan diri mengikut mereka berdua yang sudah jalan ke depan. Mingyu dan Wonwoo menyusuri mereka bertiga dari belakang. Mereka meneruskan perjalanan pergi ke sebuah kedai. Tetapi seperti biasa, pasti ada yang tidak kena. Masuk kedai ni, tak ok. Masuk kedai tu, lagi teruk. Mingyu dan Wonwoo hanya mengikuti mereka bertiga. Layan sajalah perangai mereka ni. Walaupun di dalam hati mengatakan bosan mengikut mereka. Nak kata shopping, tak beli satu barang pun.
Hyomin melihat satu kedai yang menjual anak patung dia terus masuk. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Mingyu yang melihat Hyomin masuk ke kedai itu terus mengikutinya. Mingyu cuba mencari kelibat Hyomin. Hyomin kelihatan sedang memegang satu anak patung yang muka dia macam Eddy, seekor musang dalam cerita Pororo itu.
"Comelnya." ujar Hyomin.
"Sayang suka patung ni ke?" tanya Mingyu.
Hyomin hanya membalas dengan anggukan. Mingyu terus mengambil anak patung yang berada di tangan Hyomin dan berlalu pergi.
"YA! (HEY!)" marah Hyomin.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...