"AULIA FAQIHAH!" Mak aiiii. Suara halilintar dah panggil. Faqihah segera menyimpan buku lukisannya. Dia menyanggulkan rambutnya seringkas mungkin dan bergegas keluar dari bilik.
Aisy, kacau lah orang nak cari ilham.
"Ye, bu?" Faqihah memaniskan muka sehabis baik. Semut pun boleh lepak atas muka dia.
"Ni je kau masak?" Ibu tirinya menunjukkan lauk yang berada bawah tudung saji.
"Yang tu jelah. Nak sedap-sedap masak sendiri lah." Tak tak tak. Cancel. Nak mampus ke kalau dia jawab macam ni.
"Err, yang tu je ada bu. Barang dapur dah habis." Perlahan Faqihah menjawab. Huhuhu.
"Habis tu tak reti-reti lagi pergi beli? Takkan yang tu pun nak kena ajar?!" Terkejut Faqihah dibuatnya. Ibu ni tertelan mic ke waktu kecik-kecik dulu? Terkezut makkk.
Faqihah hanya tertunduk. Tiba-tiba sehelai duit not RM 50 jatuh di kakinya. Ya Allah durian runtuh ke ni? Baru Faqihah hendak menangis kegembiraan, suara Ibu memetir lagi.
"Ambik duit tu, beli barang dapur. Pandai-pandailah kau bajet sendiri. Banyak tu je aku bagi." Ceh. Faqihah tunduk mengambil duit di kakinya. Tipulah dia tak terkilan dilayan begini rupa, tetapi dia sudah lali. Sejak dari sekolah menengah hinggalah dia sudah tamat belajar, dia dilayan begini.
Tidak ku pinta lahir ke dunia~
Emo je. Elok duit itu berada di dalam genggamannya, satu figura tetiba menapak. Datang dah minah sotong ni.
"Bu.....nak duit?" Dengan liuk lentok sotongnya, si Athira memeluk lengan ibunya. Huh. Faqihah menayangkan muka gelinya. Asal nak mintak duit je, jadi sotong. Asal jadi sotong je, mintak duit. Eh.
"Kau pehal tayang muka camtu?" Athira menjeling. Halamak minah ni, ingat dia takut ke?
"Tak, rasa nak tercirit." Faqihah tersengih. Hah, nak tercirit tengok perangai sotong kau tu.
"Eee bongoklah kau. Pegi sana!" Athira menghalau. Tak payah halau pun memang dia nak pergi.
Baguslah. Aku pun tak hingin tengok drama sotong kau tu.
Faqihah berlalu masuk ke biliknya. Terdengar gelak ketawa mereka dua beranak. Dia mengeluh. Sejak abahnya pergi, dia dilayan tak ubah seperti kucing kurap. Dia disuruh buat kerja-kerja rumah, memasak, mendobi segala-galanya dia yang buatlah.
Ibu tiri dan kakak tirinya hanya goyang kaki tunggu kena suap. Tengkingan, cacian, hinaan dah jadi makanan harian buatnya. Dah lali. Dia hanya mampu membalas di dalam hati. Cari pasallah kalau melawan, silap hari bulan tamparan dengan sepakan jadi santapannya.
Dirinya tak ubah seperti Cinderella. Cuma, dia cantik sikitlah dari Cinderella. Uhuk.
Sewaktu abahnya masih ada, hidupnya tak seperti ini. Dia dapat kasih sayang yang secukupnya. Pendidikan yang terbaik juga diberikan oleh abahnya sehingga dia berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan.
Dia juga pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang ternama. Namun dia hanya bertahan selama 3 bulan sahaja. Majikannya pervert nak mampus! Tua tak sedar diri. Patutlah dia berbini 3. Dia teringat kembali peristiwa di mana dia hampir saja di'baham' oleh orang tua gatal tu. Badan Faqihah menggeletis mengenangkan peristiwa itu. Geli noks!
Faqihah mengetuk pintu bilik majikannya sebelum satu suara berbunyi 'masuk' kedengaran dari dalam.
Dia membuka pintu milik majikannya. Terasa sejuk daripada aircon menampar kulitnya.
"Ada apa bos panggil saya?" Faqihah bersuara lembut. Habis tu takkan nak tengking kan? Tak pasal dia kena kick.
"Kunci pintu tu. Ada hal personal nak bincang." Faqihah pelik. Kenapa sampai nak kunci pintu ni? Tetapi dia hanya menurut. Siapalah dia nak membangkang.
YOU ARE READING
Audition Isteri 100 Hari
Romance"Audition isteri 100 hari?!" Pengsan. Aulia Faqihah; Dia ditipu hidup-hidup oleh ibu tiri dan kakak tirinya. Mati-matian dia menyangka bahawa dia akan menghadiri interview kerja, namun malang sekali. Dia sudah terjebak dengan audition paling merepe...