Bab 8

265 38 4
                                    

"NI HAO, wo de mingzi shi Xu Ming Hao (Hello, nama saya Xu Ming Hao). Hen gaoxing jian dao dajia (Gembira dapat bertemu dengan kamu semua)." Minghao memperkenalkan dirinya pada semua pelajar lalu menundukkan badannya tanda hormat.

"Err.. Kamu boleh duduk." ujar guru kelas.

"Xiexie (Terima kasih)." ucap Minghao.

Guru kelasnya hanya menganggukkan kepalanya. Sebenarnya gurunya tidak faham apa yang Minghao katakan. Jinsol memandang Minghao dengan muka kerek. Tertekan Jinsol dibuatnya bila Minghao bersekolah sama dengannya. 'Kenapalah kau tak sekolah dekat tempat lain? Menyusahkan hidup aku betul!'

"Apa dia cakap tu." bisik seseorang pelajar pada rakannya.

"Entahlah."

Pelajar tersebut terus menanyakan kepada Jinsol. Mereka tahu yang Jinsol fasih berbahasa cina.

"Jinsol dia cakap apa tadi?" tanya pelajar itu.

Jinsol dari tadi hanya menggigit bibirnya. Hyomin yang sudah perasan dengan perubahan Jinsol, dia cuba mencari jalan supaya Jinsol tidak menyerang Minghao di dalam kelas. Jinsol terus bangun dari tempat duduknya. Matanya tidak teralih dari memandang Minghao.

"Hyomin, tengok Jinsol tu. Macam mana ni?" tanya Rina yang berada disebelah kanan Hyomin.

"Ish! Aku tak tau nak macam buat mana." ujar Hyomin yang sudah gelisah.

Semua orang memandang Jinsol dengan pelik. Hyomin mula menggigit bibirnya. Rina pula menggigit kukunya. Minghao yang dari tadi hanya membelik buku. Dia buat seperti biasa-biasa saja. Tanpa berlengah masa Jinsol terus menyerang Minghao. Benci sungguh dia dengan Minghao. Jinsol sekarang sudah berdiri di sebelah tempat Minghao. Minghao memandangnya pelik.

"Weisheme (Kenapa)?" tanya Minghao.

Jinsol sudah menghayun penumbuk pada Minghao. Hyomin terus bangun menarik Jinsol keluar daripada kelasnya sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

"YA!!! LEPASKAN AKU!!! AKU NAK TUMBUK BUDAK  BERLAGAK BAIK TU!!! ERGHH!!!" marah Jinsol.

Hyomin tidak mempedulikan kata-kata Jinsol. Rina pun bangun untuk membantu Hyomin membawa Jinsol keluar.

"YA! LEPASSS!! KAU MINGHAO!! JAGA KAU!! AKU LUMATKAN KAU HABIS-HABISANNN!!!!" jerit Jinsol

Walaupun sudah berada di luar. Semua orang masih lagi boleh dengar suara Jinsol. Mana tidaknya kalau naga dah mengamuk.

"Naga dah mengamuk." ujar Mingyu yang bersaja.

Mingyu yang menongkatkan daguya sambil melihat ke depan. Semua orang sudah mula bisik menanyakan apa yang sudah terjadi. Kenapa Jinsol dengan pelajar baru itu? Mereka semua melihat Minghao dengan penuh tanda tanya. Minghao menggarukan kepalanya tanda dia tidak tahu apa yang sudah terjadi.

"Baiklah semua diam! Sila buka muka surat 135." ujar guru mereka yang masih berdiri di hadapan.

Semua kembali diam dan mengikut arahan gurunya tapi tidak kesemuanya. Ada sesetengah daripada mereka masih berbisik. Memang mereka semua tidak tahu sejarah silam Jinsol yang mempunyai sepupu yang kuat cari gaduh. Kalau tidak, tak ada lah Jinsol itu berubah jadi naga setiap kali marahkan orang. Apabila mereka memandang melihat Minghao, dia hanya tersenyum saja.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now