*flashback*
"Yah! Saya tak kira! Saya nak kita bercerai jugak! " jerit Puan Jeon. Wonwoo yang sedang tidur terjaga dari tidur. Dia bangun lalu mengintai di balik pintu bilik tidurnya. "Awak tak fikir ke apa akan jadi kat Wonwoo? Tak ke menjejaskan hidup dia nanti kalau dia bercerai?! "Encik Jeon pula menjerit. "Yah! Saya tak nak fikir pasal budak tu! Awak jagalah dia! " Puan Jeon memandang pintu bilik Wonwoo. Dia tergamam melihat Wonwoo yang sedang mengintai.
Encik Jeon pun melihat ke arah yang sama. "Ha! Baguslah kita tak perlu nak terangkan kat dia! Wonwoo! Kami bercerai! Bye Wonwoo! "Puan Jeon mengerling sekilas ke arah Wonwoo lalu keluar dari rumah. Pintu dihempas kuat. Encik Jeon menggeleng perlahan. Air mata mula bertakung di tubir mata Wonwoo yang baru berusia tiga tahun itu.
"Wonwoo mari sini. " Panggil Encik Jeon lembut. Wonwoo menuju ke arah appanya. Dia tidak tahu apa yang terjadi tetapi dia dapat merasakan dia tidak akan dapat merasa kasih sayang seorang omma lagi selepas ini. Encik Jeon melutut lalu memeluk Wonwoo erat. "Wonwoo.. Appa mintak maaf. Appa tak mampu nak tahan omma kamu.. Appa mintak maaf. Appa janji appa akan jaga Wonwoo baik baik"Encik Jeon memeluk erat anaknya dengan air mata di pipi.
*flashback end*
Kring! Loceng di tepi katil Wonwoo berbunyi. Wonwoo dengan malasnya menutup jam loceng itu. "Aish! Malasnya nak bangun! " Wonwoo menggeliat sebelum bangun lalu menuju ke bilik air. Setelah siap mandi, dia menyarung baju sekolah dan turun ke dapur. Encik Jeon sedang membaca surat khabar. Terdapat dua keping roti bakar bersama dua gelas susu di atas meja makan.
"Wonwoo makan ni" kata appanya tanpa mengalih pandangan dari surat khabar di tangannya. Wonwoo duduk berhadapan dengan Encik Jeon. Dia menghirup sedikit air di dalam gelas. Selepas itu dia menghabiskan sekeping roti bakar . "Saya pergi sekolah dulu appa! "Wonwoo berlari ke luar rumah. Pemandu sudah menunggu. Wonwoo masuk ke dalam kereta.
Apabila tiba di perkarangan sekolah, Wonwoo menjadi perhatian ramai murid. Tetapi dia sudah terbiasa dengan keadaan itu. Dia berjalan terus ke arah kumpulannya yang diberi nama 'KINGKA'.KINGKA terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Wonwoo, Scoups, Vernon dan Mingyu. KINGKA diketua oleh Scoups. "Yow Wonu! " Mingyu menyapa Wonwoo. Mereka melagakan penumbuk.
"Dah jom masuk kelas!" Vernon bersemangat. Mana keempat empat jejaka itupun berjalan ke kelas. "Wonu! Coups! Mingyu! Nak tahu tak? Somi terima aku duh! "Vernon bercerita dengan teruja. Scoups mengangkat sebelah kening. "Somi dari kumpulan Cheerleader? " Tanya Mingyu. Vernon mengangguk. "Patutla bersemangat semacam kau ni! "Scoups menjeling Vernon. Vernon hanya tersengih sengih.
"Aku dah nak masuk 3 tahun dengan Yoojung takde pun nak riuh" Scoups mendabik dada bangga. " Ah kau! Aku slow and steady. Tak macam kau. Nak terus ngap! "Kutuk Vernon. Mingyu ketawa melihat Vernon yang membuat aksi hodoh. Wonwoo pula hanya diam melayan perasaan. Dia tidak berminat dengan hal hal yang melibatkan perempuan. Atau lebih senang dikata sebagai anti-perempuan.
"Wonu! Kenapa diam jek? "Tanya Mingyu. Vernon dan Scoups turut memandang ke arah Wonwoo. Wonwoo menjeling chingunya. "Aku tak berminat ah cakap pasal ni. " dingin nada suara Wonwoo. "Cari ah sorang yeochin duhh.. Apesal tak nak cari? "Tanya Vernon. Wonwoo diam. Scoups menyiku lengan Vernon. Vernon yang bagai tersedar tersentak. "Sorry Wonu! Aku lupa! "Vernon membuat muka seposen.
"Whatever"Wonwoo kembali diam. Mingyu menepuk perlahan bahu Wonwoo. Dia tahu apa yang difikirkan Wonwoo tentang perempuan. Wonwoo benci perempuan. Itulah hakikatnya. Malahan dia juga membenci ommanya. Mereka berjalan dengan senyap ke kelas. Tiada lagi topik yang dibualkan. Mereka duduk di tempat masing masing.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Namchin♚♥
Short StoryWonwoo seorang lelaki yang kacak, kaya dan digilai ramai perempuan di sekolahnya. Dia juga digelar kingka kerana dia berkawan dengan 3 orang rakannya Scoups, Mingyu dan Vernon. Walaupun begitu, kumpulan kingka ini terkenal dengan kekacakan ,kekayaan...