Bab 11

227 34 0
                                    

HYOMIN dan Mingyu berjalan pergi ke arah kelasnya. Hyomin berhenti jalan meninggalkan Mingyu ke depan. Hyomin bersandang pada dinding. 'Sakitnya perut.' Hyomin memegang perutnya terasa sakit. Hyomin menahan sakit dengan mengetap bibirnya. 'Oppa ni bagi aku makan apa? Bagi racun ke? Sakitnya..' Mingyu yang mula perasan yang Hyomin tidak mengikut langkahnya. Dia berpusing ke belakang.

"Neo gwaenchanha (Awak tak apa-apa)?" tanya Mingyu.

Hyomin tidak menjawab pertanyaan Mingyu. Hyomin masih lagi memegang perutnya menahan sakit.

"Hyomin. Neo gwaenchanha (Awak tak apa-apa)?" tanya Mingyu yang mula risau.

Hyomin masih lagi tidak menjawab pertanyaan Mingyu. Hyomin yang memegang perutnya itu terus terduduk menahan sakit.

"Ya Hyomin!"

Mingyu terus berlari ke arah Hyomin dan memegang bahunya.

"Neo gwaenchanha (Awak tak apa-apa) Ya! Jebal, wae (Tolonglah, kenapa)?"

"Sakit~"

"Ne (Ya)."

"Sakit Mingyu~"

Hyomin yang menahan sakit itu bersandar pada dada Mingyu.

"Sakit~"

Mingyu melihat Hyomin menekan-nekan perutnya itu. Hyomin pada masa itu mahu menangis menahan sakitnya. Tak tahu lah apa yang Hyungsik letak dalam bubur nasi itu. Kalau dia tak makan bubur itu, tak adalah dia sakit perut.

"Sakit sangat ke?" tanya Mingyu mengusap lembut kepala Hyomin.

"Sakit Mingyu~ Sakit~" tergetar suara Hyomin yang mahu menangis.

"Jangan nangis."

Mingyu terus menggendong Hyomin untuk di bawakan ke bilik kesihatan sekarang. Air mata Hyomin menitis di leher Mingyu kerana amat sangat sakitnya. Mingyu yang sudah gelisah terus mempercepatkan langkahnya pergi bilik kesihatan.


****************


"BAIKLAH. Dah siap!" ujar Minghao yang baru sahaja merawat luka di lulut Jinsol.

Jinsol dari tadi hanya mendiamkan diri melihat saja gerak-geri Minghao. Minghao mengemas semula peti pertolongan cemas. Dia meletakkan di tempat asalnya di rak. Minghao pergi ke arah Jinsol dengan senyuman manis di bibir.

"Err.. Gomawo (Terima kasih)." ujar Jinsol yang menundukkn sedikit kepalanya.

"Ne (Baik)."

Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Mereka tidak tahu hendak berbual apa. Minghao mencari idea untuk bercakap semula dengan Jinsol.

"Err.. Lain kali berhati-hati semasa berjalan. Kalau kali kedua awak jatuh, saya dukung awak pula. Tak nak lah papah awak je." sakat Minghao.

"Ee.. Tolonglah."

Jinsol terus bangun dan mengambil beg sandangnya dan berlalu pergi. Tidak lah selaju sebelum ini. Dia terjengkit-jengkit semasa berjalan. Minghao tidak sampai hati melihat Jinsol begitu, dia terus bangun dan pergi ke arah Jinsol.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now