Aku nak tolong dia 2

3.8K 198 3
                                    

"Akmal!!!!!!" Hud menjerit dari jauh taktala melihat kelibat rakan baiknya itu.. Dia berlari ke arah Akmal lalu memeluk bahu sahabatnya itu sambil dia ketawa,entah apa yang lucu baginya. Akmal memberikan senyuman manis kepada Hud. Rindu. Sepertinya agak lamalah juga Akmal tak jumpa Hud ni..jadi normallah jikalau dia merindui sahabat baiknya itu..

"Bro..rindunya aku dengan kau....haih apasal ko selalu ponteng je baru-baru ni?" Hud bertanya dalam nada bergurau..
Tapi memang betul pun Akmal selalu ponteng kelas,entah apalah yang difikirkan olehnya sedangkan SPM hendak berkunjung tiba..

"Haha..takdelah,kau pun tahu kan..Sara masuk hospital..jadi aku kenalah tengok-tengokkan keadaan dia..well,she needs me.." Akmal ketawa kecil,dia berasa lucu agaknya dengan perkataan she needs me tu. Tulah,siapa suruh cakap?

"Ouh." Hud berkata ringkas taktala nama Sara kedengaran dari mulut Akmal..
Akmal yang sedar akan perubahan itu segera mengalihkan pandangannya ke arah Hud..

"Kau kenapa Hud?tiba-tiba je macam bad mood?kenapa?" Akmal bertanya pelik..

"Takde apa.."

"Hud!baik kau cerita cepat..ini bukan masa untuk berdalih eh..kau ni buat aku risaulah..tadi elok je ceria aku tengok!sekarang ni..mengeluh berat pula..kau dah kenapa..?" Panjang lebar soalan yang Akmal nyatakan..
Yalah,apa tidaknya tadi Hud okey je..tapi lepas je Akmal sebut nama Sara,moodnya lantas berubah..

"Takdelah..aku sebenarnya..ada dengar gosip pasal Sara baru-baru ni.." jawab Hud takut-takut..Takut juga dia jikalau Akmal melenting tetiba kalau dia utarakan dalam nada yang bersahaja..

"Gosip?...gosip apa?" Tanya Akmal dalam nada kehairanan..

"Tak!macam ni,aku ada dengar budak tingkatan 3 yang satu kelas dengan Sara tu berbual..jadi aku tanyalah..kenapa dia orang sebut nama Sara..lepas tuu.."

"Lepas tu apa?"Akmal mula bengang.
Apa tidaknya,dari tadi kot dia tunggu ayat seterusnya,boleh pulak Hud terdiam lama. Dahla ayat lepas tu merupakan isi pentingnya,haih!menjengkelkan sungguh..

********

"Terima kasih doktor,nurse..sebab dah tolong sembuhkan saya.."

"Haha..yang tolong sembuhkan awak tu bukannya kami tapi,Allah..tanpaNya awak takkan sembuh tau..haha.." seorang lelaki berkaca mata itu menyahut lembut taktala Sara menghulurkan ungkapan terima kasihnya itu..
Sara melihat ke arahnya sambil tersenyum..dia amat berasa senang melihat doktor lelaki di hadapannya ini.
Amat menyedapkan matanya,apa tidaknya doktor tu dahla pandai,kacak,taat pada Allah pulak tu..aduhai siapa-siapa pun kat teman Sara sekarang ni akan faham betapa leganya bila sedar lelaki seperti itu masih wujud di dunia ini..taktala sibuk mengamati keindahan ciptaan Allah yang hanya berada di hadapan matanya ini..seorang jururawat datang untuk memberi surat yang entah siapa pengirimnya..

"Terima kasih." Sara tersenyum lagi ke arah jururawat itu. Kalau diikutkan masuk ni sudah banyak kali dia tersenyum. Haih,tak sangka dia boleh tersenyum sebegitu lama untuk satu hari.. it's a new record..good!

"Baiklah kami keluar dulu..tahniah Mai sebab dah sihat dan boleh keluar dari hospital ni..lepas ni,jaga diri baik-baik ye.." Masa seolah-olah berhenti buat seketika. Sara tersentak,dia seolah-olah hilang dari keadaannya tadi..dia memejamkan matanya lama lalu dia buka dan melihat doktor dan jururawat tadi sudah berlalu pergi dari wadnya..
Dia memegang dadanya yang sepertinya tidak dapat berkhidmat seperti biasanya..

"Sakittt.."dia menjerit sambil tangannya yang satu lagi mengenggam erat tilam pesakit disebelahnya itu..
Sara terduduk..tidak lama selepas itu airmatanya mengalir laju..dia menangis dan serentak itu ada orang lain yang perasan akan keadaannya..lalu menolongnya..

"A..a..Akmal.."Sara masih menangis sambil memegang bahagian jantungnya yang masih sakit..

"Sara?awak kenapa ni?awak okey tak?" Akmal mulai risau,patutkah dia bertanya kepada Sara tentang apa yang diceritakan oleh Hud tadi..patutkah?dengan keadaan Sara yang seperti ini?..

Sara masih menangis..

"Maiiiii!!!!" Sara menutup telinganya..

"Siapa...si..siapa tu..!!" Jerit Sara sambil airmatanya keluar..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now