...

16 2 0
                                    

*PERANG MU'TAH*

❣3000 tentera Islam vs. 200k tentera Romawi Nasrani.
❣ Hanya 12 tentera Islam mati syahid.

*Sebab terjadi perang Mu'tah*
🔹Rasulullah s.a.w mengutus *Harits Bin Umair r.a* kpada Raja Bushra. Harits dihadang & dibunuh di Timur Yordania. Ini menyebabkan Rasulullah marah lalu mengirim pasukan perang pada J.Awal 8 Hijrah yg dipimpin oleh *Zaid bin Haritsah*
🔹Sabda Rasulullah s.a.w 'Jika Zaid mati syahid, maka Ja'far akan menggantikannya. Jika Ja'far mati syahid, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikannya.
🔹Rasulullah mengangkat 3 panglima sekaligus kerana beliau mengetahui kekuatan militer Romawi yg tak tertanding waktu itu

*Tentera berangkat*
🔹Pasukan islam berangkat hingga tiba di Ma'an wilayah Syam dan smpai kpd mereka bahawa Raja Romawi bernama Heraklius telah tiba di Balqa bersama 100k tentera dan bergabung bersama mereka kabilah2 Arab beragama Nasrani yang berjumlah 100k tentera sehingga total tentera 200k tentera.

*Pertempuran*
🔹Tentera islam dan tentera kufur saling berhadapan. tentera di medan perang dibahagi kpd 5 pasukan. pasukan depan, belakang, kanan, kiri dan tengah sebagai pasukan inti.

🔹Harta rampasan perang (Al-'Anfāl):65 - Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

🔹 Peperangan berkecamuk dgn dasyat sehingga syahid seorang sahabat, Zaid bin Haritsa r.a.
🔹Lalu bendera perang diambil oleh panglima kedua, Ja'far bin Abi Thalib r.a. Beliau berperang habis2an sehingga tangan kanannya terputus, lalu bendera dibawa pula dgn tgn kiri sehingga putus..dan merangkul bendera dgn dadanya hingga terbunuh. Setelah beliau mati syahid ditemukan pd tubuhnya 90 luka lebih antara tebasan pedang, tusukan tombak dan panah yg menunjukkan keberanian beliau menyerang musuh.
🔹 Kemudian bendera dibawa oleh panglima ketiga, Abdullah bin Rawhah r.a dan berperang sehingga mati syahid.
🔹kemudian diserahkan perang kpd Khalid bin Walid r.a. Kemudian Khalid al walid mengubah kedudukan posisi pasukan. Iaitu pasukan depan ke belakang dan kanan ke kiri. sehingga tampak oleh musuh bahawa tentera muslimin mendapat bantuan tentera yg baru dan menimbulkan rasa takut dlm hati mereka.
🔹stelah berperang lama, khalid al walid menilai bahawa kekuatan musuh tidak setanding dgn kekuatan tentera islam maka beliau menarik mundur pasukannya dgn selamat hingga ke madinah. sedang musuh tidak mengejar mereka kerana khuatir itu adalah muslihat tentera muslimin.
🔹Dalam perang ini, khalid al walid berperang habis2an sehingga 9 pedangnya patah.

Sumber : https://kisahmuslim.com/2477-sejarah-perang-mutah.html

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERANG MU'TAHWhere stories live. Discover now