Takdir yang tetap

42 7 8
                                    

" tolong sorokkan anak perempuan saya ! " ibu stella berasa risau dengan keselamatan anaknya. "Walau apapun yang berlaku, kamu kena lindungi anak saya daripada bahaya," kata ibu Stella dengan cemas.

Disebabkan dendam yang masih belum terbalas, Kayla dan Luke sering menghantui dan mengganggu keluarga Stella. Perasaan hasad dengki yang kuat dalam diri mereka mendorong mereka untuk melakukan perkara di luar jangka. Membunuh, menculik dan menipu adalah perkara biasa bagi mereka demi mencapai matlamat dan keinginan mereka. Kayla telah lama menyukai Kevin iaitu bapa Stella manakala Luke telah lama menyukai Adara iaitu ibu Stella. Angkara perasaan hasad dengki apabila melihat kebahagiaan yang dicapai oleh keluarga itu, Kayla dan Luke merancang untuk menhancurkan keluarga Stella.

Disaat ibu Stella menahan sakit akibat pisau yg tertusuk perutnya itu, Stella masih kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ibu Stella mengarahkan orang suruhannya supaya melindungi Stella daripada Kayla dan Luke. Kayla dan luke berjaya membunuh ibu Stella dan bapa Stella sewaktu Stella berusia 3 tahun.

Sebelum ibu Stella menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat memberitahu orang suruhanya, Andrew satu rahsia besar dan hasratnya.

"Saya nak Stella menjadi seorang manusia!"

Ibu Stella ialah vampire manakala bapa Stella seorang manusia biasa. Cinta yang mendalam telah menyatukan mereka berdua. Oleh itu, Stella mempunyai separuh genetik ibunya dan separuh lagi daripada bapanya. Disaat Stella dilahirkan lagi, bakal suami Stella telah ditetapkan oleh ibu bapanya. Stella akan dapat berkenalan dengan bakal suaminya itu apabila Stella telah mencapai umur 9 tahun.

Untuk menyelamatkan Stella daripada diganggu vampire jahat iaitu Kayla dan Luke, Stella mestilah bertukar menjadi seorang manusia. Usia bagi seorang vampire juga tidak lama. Stella dapat hidup paling lama pun sehingga umur 29 tahun.

Disebabkan Stella separuh manusia dan separuh vampire, Stella mempunyai keistimewaan untuk menjadi seorang manusia biasa.

"Saya nak kamu memberitahu Stella tentang rahsia ini setelah Stella mencapai umur 19 tahun, faham?" Kata ibu Stella dalam  kesakitan.

"Andrew, tolong jaga anak saya dengan baik" ibu memberi senyuman kepada Andrew lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf permulaan terlalu pendek^^
Nantikan sambungannya minggu depan. Saya akan cuba update story ni setiap minggu^^
Maafkan saya kalau story ni tidak menarik^^saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya
Jangan jadi silent reader pulak ^^ comment, like
Jangan lupa follow my acc^^

Miracle FateWhere stories live. Discover now