BAB 11

250 15 13
                                    

SENYAP antara mereka. Ariana juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya. Semuanya sebab Puan Sri anggun di depannya sekarang ini yang mengheretnya ke mari.

Ada apa pulalah Puan Sri ni nak jumpa dia? Rasanya ini kali pertama mereka berdua berjumpa.

"Ehemmm..." Ariana berdehem. Sebenarnya sebab dia rasa kurang selesa dengan pandangan Puan Sri Qairah yang pandang dia semacam.

"Emmm... Ada apa Puan Sri nak jumpa saya?" Akhirnya Ariana bersuara. Dibiarkan lama lagi, tak pasal-pasal jadi filem bisu untuk tontonan umum. Lagipun, kalau lama lagi, siapa nak bertanggungjawab kalau mamat mereng di atas sana mengamuk? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng lagi.

"Kamu Ariana Elisya kan?" Soal Puan Sri Qairah.

Ariana cuma angguk. Hai... Tadikan dah tanya? Kalau aku ni bukan Ariana, tak adalah aku ikut dia sampai ke kafe mewah ni. Meskipun Ariana bekerja di Edzuary Holdings, tapi inilah kali pertama dia jejakkan kaki di kafe ini. Sebab kafe ini hanya untuk ahli keluarga, VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat ini.

Terima kasih, Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri, kempunan la saya nak rasa makanan kat kafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk aje la, desis Ariana dalam hati.

"Hmmm... Boleh tahan cantik kamu. Patutlah Tan Sri suka." Kata Puan Sri Qairah lagi.

"Err... Puan Sri. Saya dengan Tan Sri tak ada apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya, Puan Sri. Puan Sri jangan salah faham pula." Ariana cepat-cepat jelaskan perkara sebenar sebelum dia kena WWE dengan Puan Sri Qairah.

Puan Sri Qairah yang dengar terus letuskan ketawa. Buatkan Ariana sedikit pelik. La... Gelak pulak? Apa yang kelakar? Ariana tak faham.

"Kenapa Puan Sri gelak?" Soal Ariana.

"Kamu ni kelakarlah, Ariana. Patutlah Tan Sri suka sangat kat kamu."

Erk? Dahi Ariana makin berlapis-lapis. Kalau letak dalam talam, dah boleh jadi kuih dahi berlapis kot! Pelik... Pelik...

"Saya tak faham, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap macam tu? Kenapa Puan sri nak jumpa saya? Saya ada kecilkan hati Puan Sri ker? Kalau ada, saya minta maaf banyak-banyak."

Puan Sri Qairah cuma senyum. Kata-kata Ariana buatkan kasihnya makin jatuh kepada anak gadis itu.patutlah beria-ia suaminya memuji Ariana. Ariana cantiklah. Saya berkenanlah. Saya sayang Arianalah. Hmmm... Patutlah. Ariana memang macam yang suaminya cakap. Apabila jumpa berdepan macam ni, lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

"Ariana tak ada salah apa-apa dengan Aunty. Inikan kali pertama kita jumpa." Kali ini lembut Puan Sri Qairah berkata.

Ariana sedikit lega tapi masih tertanya-tanya. Apa niat sebenar Puan Sri Qairah mahu berjumpa dia?

"Habis tu, kenapa Puan Sri nak jumpa saya?"

"Panggil Aunty aje, Ariana. Tak payah nak berPuan Sri-Puan Sri dengan Aunty.

Ariana cuma diam apabila ditegur sebegitu.

"Maaflah kalau Aunty dah kacau waktu kerja Ariana. Tapi, Aunty nak sangat-sangat jumpa Ariana. Nak tengok macam mana Ariana sampai Uncle Erizal selalu puji Ariana."

Ariana rasa lain macam. Pasal Tan Sri Erizal lagi ker?

"Aunty... Saya dengan Tan Sri..."

"Aunty tahu yang Ariana dengan Uncle Erizal bukannya ada apa-apa. Ariana jangan salah faham pula. Uncle Erizal selalu puji Ariana. Sukakan Ariana macam anaknya." Jelas Puan Sri Qairah.

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now