Bab 13

218 33 3
                                    


MINGHAO menghantar Jinsol bawa ke bilik Jinsol. Jinsol kelihatan sedang tidur nyenyak. Minghao meletakkan Jinsol di atas katil. Minghao menarik selimut dan menyelimuti tubuh Jinsol.

"Minghao~ Minghao~" panggil Jinsol seperti sedang mengigau.

Minghao memandang muka Jinsol. 'Penat sangat dia ni.' Minghao mengusap lembut kepala Jinsol.

"Minghao, hajima (Jangan pergi)." ujar Jinsol seperti sedang meracau.

Minghao duduk di birai katil Jinsol.

"Hajima (Jangan Pergi)."ujar Jinsol seperti mahu menangis.

"Ne (Ya). Saya ada dekat sini."

Minghao mengusap lembut kepala Jinsol. Jinsol mengerut dahinya.

"Minghao tak guna!"

Minghao hampir sahaja terkena tumbukkan Jinsol yang sedang mengigau. Minghao mengurut dadanya kerana terkejut. Jinsol baring mengiring ke arah kiri.

"Selamat malam." ucap Minghao pada Jinsol.

'Hurmm.. Nak kira juga ke? Ish! Tak payah lah.' Minghao berlalu pergi dari bilik Jinsol. Dia menutup pintu bilik Jinsol perlahan-lahan dan menuruni anak tangga.

"Auntie, Uncle. Saya balik dulu." Minghao yang mahu berangkat pulang.

"Tak payah baliklah Minghao. Tidur je dekat sini. Hari pun dah makin gelap. Auntie risau terjadi sesuatu pada kamu."

"Ye betul tu. Kamu tidur lah dekat rumah uncle ni. Nanti beritahu ibu kamu sekali. Nanti dia risau pula."

Nak tak nak, Minghao mengikut sahaja kata mak cik dan pak ciknya. Minghao menundukkan kepalanya.

"Pergi tidur dekat bilik Jinkyu tu."

"Ne (Baiklah)."

Minghao naik semula dan pergi ke bilik Jinkyu. Dia melalui di bilik Jinsol. Dia penutup lampu bilik Jinsol dan menutup pintu bilik Jinsol.


*************


WONWOO menunggu di hadapan rumah Rina. Wonwoo memandang langit yang membiru. Cuaca hari ini sangat cerah dan suhu sekeliling sejuk. Wonwoo memasukkan tangannya ke dalam poket jaketnya. Pintu rumah Rina kelihatan sedang buka oleh seseorang dari dalam.

"Saya pergi dulu!" ujar Rina dan keluar dari rumahnya.

Rina terus menuju ke arah pagar rumahnya dan membukanya. Dia memandang ke arah kirinya sebelum berjalan. Wonwoo terus berdiri tegak dari bersandar pada tembok rumah Rina.

"Wonu? Kenapa awak ada dekat sini?" tanya Rina.

Wonwoo mengharukan kepalanya yang tidak gatal.

"Err.. Pergi hakkyo (sekolah)?" jawab Wonwoo.

"Awak nak pergi dengan saya ke?" tanya Rina.

Wonwoo hanya menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu... Jom pergi rumah Jinsol. Hari ni saya nak pergi hakkyo (sekolah) dengan dia."

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now