Masa aku jadi vampire dulu, aku pernah gigit seorang lelaki. Lelaki kacak mungkin. Entah, aku tak perasan tapi kawan-kawan aku yang sama jenis dengan aku kata dia kacak. Ah... ada aku peduli. Yang penting malam tu aku memang terkena panahan cinta pandang pertama. Yaaa... cinta pandang pertama.
Tiap-tiap malam aku usha dia dari bumbung bangunan tinggi tu. Berkali-kali dilihat, tetiba pulak aku yakin yang dia itu kacak sebagaimana kawan aku pernah kata. Lagi kacak dari Edward Cullen tu. Oh... itu bila bulan mengambang sahaja. Bila bulan tak mengambang, aku rasa dia biasa-biasa aje.
Malam yang aku gigit dia, adalah malam terakhir aku jadi vampire. Mungkin. Aku sendiri tidak ingat. Darah dia, ya ampun, sungguh menyelerakan. Rasanya ketika itu, mahu sahaja aku sedut darah dia sehingga habis, tapi ah, tentunya aku tak sampai hati. Jangan tanya aku kenapa aku sanggup gigit orang yang aku sayang. Mungkin gigit itu tanda aku sayang dia. Mungkin. Dan jangan tanya tujuan aku gigit dia, aku sendiri tiada jawapan. Dan ah, tentunya aku tidak biarkan dia mati. Diingatkan sekali lagi, ini kisah aku ketika jadi vampire.
Selepas kejadian itu, aku bertemu dengan seorang ahli sihir. Dia mahu sesuatu dari aku, maka aku berikan sahaja apa si ahli sihir itu mahu. Apakah perempuan sihir itu mahu? Oh, itu tidak boleh dikatakan di sini. Itu rahsia aku. Haha. Dan sebagai balasan, si ahli sihir itu menukar aku kepada manusia biasa. Dan sekarang aku di sini, menulis ini untuk kamu baca.
Dan sekarang, aku tertanya-tanya bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, adakah sudah jatuh hati pada aku? Adakah sudah punya perasaan pada aku? Kamu rasa perlu tak aku jenguk dia lagi?
P/S: Agak-agak perlu tak Cik Vampire jumpa lelaki itu lagi?
YOU ARE READING
Cerita Pendek
FantasyMungkin patut dipanggil Kisah Kontot a.k.a Kistot. Cerita cerita pendek yang mungkin juga kedengaran merepek bagi sesetengah manusia tapi tidak bagi seorang Reen. Well, life ain't a fairy tale after all. Thanks.