Perjanjian termeterai. Awal bulan depan Farid masuk. Dia baru dapat tawaran bekerja tak jauh dari rumah. Kebetulan Amin baru memuat naik iklan, terus saja Farid menghubunginya. Tapi sebelum Farid bersetuju, dia perlu tahu ada beberapa peraturan dalam rumah itu.
1. Makanan yang diambil, bukan hakmilik perlu diganti semula.
2. Perempuan tidak dibenarkan.
3. Musik yang kuat tidak dibenarkan.Peraturan yang mudah. Terus saja Farid bersetuju. Kunci pendua dan wang deposit bertukar tangan. Malam itu Amin mengajak Alia keluar bersama. Dah lama betul rasanya tak berjumpa buah hatinya.
***
Amin meletakkan motosikalnya di tempat letak kenderaan bawah tanah. Suasana sunyi sepi pukul 3.35 pagi. Tadi mereka menonton wayang tengah malam hasil deposit yang Farid serahkan lewat petang tadi.
Ting!
Bunyi nyaring lif memecah kesunyian. Pintu lif dibuka. Amin menapak masuk. Dia menekan satu butang untuk ke rumahnya. Tiba tiba ada tangan yang menahan pintu untuk terus tutup. Cepat cepat Amin menekan butang "<|>". Ternyata suasana di luar sunyi semula. Tiada tanda tanda ada orang. Amin menjenguk keluar. Sah! Cepat cepat dia menekan butang ">|<".
Jantungnya berdegup kencang. Meraba raba dia menggagau poket depan seluar mencari kunci rumah. Lambat sungguh rasanya lif bergerak naik.
Ting!
Dah sampai. Terus saja dia berlari keluar lif menuju ke rumah tanpa menoleh belakang. Sesampai di pintu pagar, kunci yang dicapai dari dalam poket terjatuh dari genggaman yang menggeletar. Ah! Ini bukan masanya! Laju dia menunduk mendapatkan gugusan kunci tersebut lalu menyucuk masuk ke lubang kunci rumah. Sedar sedar dia sudah masuk. Tak pasti dia sudah mengunci semula pintu pagar atau tidak. Ah! Biarkan saja.
Nasibnya agak baik kerana lampu di ruang tamu memang dibiarkan terbuka sebelum keluar rumah. Tidaklah begitu seriau dibuatnya. Dia menapak lemah ke bilik air membasuh kaki. Syukur juga dia telah "memagar" rumahnya selesai solat Isyak tadi. Kini dia tak mampu tidur dan tubuhnya yang menggigil sudah diselimuti kemas.
YOU ARE READING
JIRAN
HorrorAmin sudah lama menetap di bandar. Hidup di bandar tak seperti di kampung. Jiran sebelah yang pintunya berjarak setapak kaki pun belum tentu kenal apa namanya. Rupanya pun ingat ingat lupa. Ekonomi kian meruncing memaksa Amin mencari teman serumah u...