Hijau pokok-pokok rimbun begitu mempersonakan seorang gadis remaja. Terlihat gadis kecil itu asyik dengan pemandangan yang memukau dan begitu taksub lantas mengucapkan rasa syukur kepada sang penciptaNya. Mana tidaknya, pengalaman dan ujian yang dilaluinya tempoh hari begitu perit dan tidak diduga sebegitu. Namun, dia percaya setiap ujian yang berlaku bukan saja-saja diduga, tetapi ada hikmah besar disebaliknya.
Gadis kecil molek itu bernama Firash Medina. Keluarganya senang memanggilnya Kak Nina. Nina merupakan seorang gadis lepasan SPM tahun 2016 dan sedang menunggu tawaran untuk menyambung pengajian di universiti. Nina berhasrat untuk menyambung pengajiaannya di Kolej Professional MARA Bandar Melaka.
"Papa, akak rasa nak masuk KPM la, yuran murah dan dapat elaun setiap bulan.. Senang la nanti tak guna duit banyak sangat" kata nina.
"Ha.. Bagus juga tuu, nanti papa tanyakan dengan kawan papa tu, dia timbalan pengarah KPM, mesti dapat punyalah " semangat papa.
" In sha Allah, akak okay je"
Dan semestinya, Nina ditawarkan ke KPM dengan kursus diploma yang diminatinya iaitu, Islamic Banking. Sebenarnya, Nina merupakan pelajar jurusan sains, bermain dengan kimia, biologi, tetapi subjek itu tidak boleh sebati dengan jiwanya yang suka mengira. Keputusannya itu juga difikir beberapa kali setelah Nina tiada kudrat untuk mendalami tentang selok belok dalaman organ manusia dan bancuhan serbuk-serbuk zinc di dalam experiment.
Akhirnya, dia merasakan KPM Bandar Melaka itu tempat yang sesuai dengan jiwanya. Cuma hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk melanjutkan pelajarannya disana. Dan semestinya,dalam masa yang sama, Nina juga mendapat tawaran di UITM Segamat, diploma pengajian perbankan. Aduhai, dua kos yang sama cuma universiti yang berbeza. Lantas, Nina bergegas ke bilik air mengambil wuduk dan segera solat istikarah supaya Allah dapat tunjukkan jalan yang terbaik untuk dia memilih tempat pengajian yang sesuai..
YOU ARE READING
OVARY
Short StorySebuah cerpen tentang gadis, Firash Medina yang melalui ujian sehingga dia perlu korbankan nyawanya supaya dia dapat teruskan hidup mencari cinta khaliq yang abadi. Cerpen ini berdasarkan 80% pengalaman penulis sendiri. Hayati dengan iman dan semoga...