Nama aku Song Hye Mi. Btw aku menetap di Seoul. Masih lagi bujang😂.
Aku ni baru je lepas habis peperiksaan besar dekat Korea ni. Peperiksaan tu akan menentukan sama ada aku masuk Universiti, terus kerja ataupun melingkup dekat dalam rumah.
Sementara tunggu result keluar, aku pergi la cari kerja sambilan.
Dari satu kedai ke satu kedai, semua tak terima aku. Ada yang cakap 'pekerja dah full lah', 'result percubaan tak boleh guna dik', 'sini untuk orang yang berpengalaman je'.
Hmmm...
Aku berjalan dengan hampa. Merayau dekat bandar cari kerja tapi tak dapat. Dalam perjalanan pulang, aku terjumpa satu tiang elektrik ni yang ditampal satu iklan.
*MAID DIPERLUKAN
GAJI: 500,000 WON SEMINGGU
SILA TELEFON: +92********
Wow. Lumayan gila gaji dia. Rugi kalau tak cuba. Gaji ni boleh jugak tampung kos perbelanjaan aku dekat universiti nanti.
Aku memasukkan tangan ke dalam beg. Cepat-cepat cari 'handphone' dan call tuan empunya iklan ni.
Panggilan aku dijawab.
"Yeoboseyo"
"Nae, Yeoboseyo"
"Tuan cari orang gaji kan? Boleh tak saya bekerja dengan Tuan. Sebab saya nak tampung kos sara hidup saya"
"Boleh. Esok pergi ke syarikat saya 'CREATIVE ENTERTAINMENT', masuk ke dalam dan pergi ke kaunter cakap nak jumpa bos"
"Ok boss, tapi kan... "
Panggilan diputuskan.
Loh. Dah end call. Aku baru nak tanya betul ke tak pasal gaji tu. Tak apa lah. Aku nak balik rumah dulu. Esok aku kena temuduga.
'Maid pun ada temuduga ke? ' idk. Tak kesah apa pun. Janji dapat duit.
***
Keesokkan harinya ,Aku datang dalam pukul 10 pagi. Tak awal sangat tak lewat sangat.
Aku melangkah masuk ke dalam syarikat tersebut.
"Wahhh... Besarnya syarikat dia" Aku terpegun.
Lepastu Tuan cakap, cari kaunter.
"Kaunter dekat mana? "
360 darjah dipusing. Kaunter kat mana kaunter kat mana kaun-kaun-kaunter kat mana?
Akhirnya aku memberanikan diri untuk masuk lebih dalam.
Ha, tu dia kaunter. Jauh kemain lagi.
"Annyeong cik"
"Ye, nak apa? "
"Saya nak jumpa dengan bos"
"Oh ya ? Jap. Pergi ke tingkat 6 jalan terus dan belok kiri"
"Oh okay, thanks"
Aku berjalan perlahan-lahan . Bukan apa, "ni hotel ke pejabat? "
Ada 3 lif. Orang masuk dan keluar tak henti-henti. Nak naik tangga, nanti takut ketiak berpeluh. Takkan first day jumpa boss ketiak dan menangis.
Naik lif la.
Sekali pintu lif dibuka. Lelaki dan perempuan sumbat masuk ke dalam lif macam ikan tuna dalam tin. Aku terpaksa tunggu lif satu lagi. Saki baki orang cuma tinggal 3 orang ja.
Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tak bertegur sapa langsung.
"Selamat Pagi Tuan "
Seorang jejaka yang digelar Tuan masuk ke dalam syarikat.
Semua yang nampak jejaka tersebut terus bow, mengucapkan selamat pagi dan melemparkan senyuman.
Tapi Tuan tersebut hanya diam menangguk dan terus berjalan.
"Tuan dah sampai" bisik seorang yeoja yang berdiri di sebelah aku.
"Selamat Pagi Tuan"
"Annyeonghaseyo"
Ada lelaki tepuk bahu aku dan dia cakap "woi tunduk la, nanti bos marah"
Aku pun bow jugak.
K, first time aku kesini.
"Ok"
Pintu lif dibuka.
"Mari kita naik sesama" kata Tuan tersebut kepada kami bertiga.
"Jom"
Dah dia ajak. Aku pun masuk la sekali. Takkan nak tunggu satu lagi lif.
"Okay"
Dalam lif tu aku berdiri di sebelah Tuan.
Ni kot Tuan yang aku call kelmarin.
Seorang lagi lelaki, pembantu dia kot tengok aku dengan muka yang pelik.
Lagi dua orang perempuan berdiri betul-betul depan lif.
Dah kenapa?
Pintu lif dibuka. Baru tingkat 3.
Dua orang perempuan tadi keluar dulu, belum sempat pintu lif dibuka sampai habis.
Pembantu Tuan menekan butang ▶◀.
Lagi 3 tingkat lagi.
Dah la duduk dalam lif bertiga dengan lelaki. Rasa tak selamat pulak. Tiba-tiba rasa nak jadi hulk lepastu koyak pintu lif.
Aku perhati pembantu Tuan tu. Ada kad nama yang disepit di bajunya. Gambar ic nya sekali terpampang.
'Park Jinyoung'
Ouh. Tu nama dia ke. Yang Tuan ni penama pulak?
Aku tersilap tenung dia.
Tuan perasan yang aku tengah tenung dia. Dia pun tengok aku.
"Hi"
Aku terdiam. Lalu aku perhatikan dinding lif yang berbau logam atau besi yang pasti dinding lif tu lincin kilat-kilat gitu.
Pintu lif dibuka.
"Ladies first"
Uish. Mat salleh ka?
Tanpa berlengah aku terus keluar dari lif tersebut. Actually aku takut kalau keluar lambat lif tu kepit aku.
Then aku lupa nak pergi mana.
"Cari apa? " kata Pembantu Tuan. Park Jinyoung namanya.
"Nak jumpa encik boss tuan" aku tersasul. Semua aku sebut. Kecuali abang. Erghhh
"Ni Tuan " tangan Park Jinyoung dituju ke arah Tuan
"Errrrr "
_________________♡_________________
YOU ARE READING
[H] MAID ✿ || Jb
RomanceCoretan hidup seorang gadis yang menjadi maid sepenuh masa kepada Tuan Jb dan pengasuh kepada tiga beradik yang sangat nakal. Start: 6/1/2017 [Birthday JB oppa😽]